20 | Smooth Morning

206 29 2
                                    

Rayyan's POV :

Bangun sahaja dari tidurku pada pagi itu, langkah terus diatur ke bilik mandi untuk menyegarkan diri dan bersiap.

Hari ini merupakan hari cuti hujung minggu jadi rutin harianku sudahpun terlayar di ruangan mata. Teringat semula akan dua adik perempuanku, senyuman lebar serta-merta menampal di wajah saat memakai jam tangan.

Selesai bersiap, kunci kenderaan pantas dicapai seraya menyelit masuk telefon pintarku ke dalam poket belakang jeans berwarna hitam yg dipakai.

Melangkah keluar dari bilik, bauan enak dari dapur terus menyapa rongga hidungku.

Pastinya Areyz sedang menyiapkan sarapan pagi seperti setiap pagi cuti yg lainnya.

Membawa langkah kakiku ke dapur, belakang tubuh Areyz yg sedang menggoreng sesuatu menyapa pandangan.

"Hoi, masak apa?"

Lelaki itu berpaling sekilas ke arahku sebelum kembali fokus pada kerja di tangannya.

"Nasi goreng je. Tu omelette ada jugak atas meja. Kau nak makan dulu ke tak sebelum keluar?"

"Nah, I'm not feeling it," tanganku bergerak ke atas meja mencapai epal hijau yg sedang tersusun elok di dalam mangkuk kacanya.

"Danny dah balik?" tubuhku disandarkan pada island table di sisi seraya menggigit epal di tangan.

"Nope." ringkas lelaki itu membalas tanpa memandangku.

Kepalaku terangguk-angguk sendiri. Kebiasaannya setiap hari, Danny akan keluar membuat beberapa larian di sekeliling apartment kami berempat tepat pada pukul lima pagi.

Awal kan?

Aku pun tak pernah bangun awal macam tu semata-mata sebab nak berlari.

Adam pula selalunya lebih memanfaatkan waktu terluangnya yg ada dengan tidur. Namun tugasnya dalam membasuh dan menyidai pakaian kami berempat tetap dilakukan tanpa sebarang masalah.

Aku dan tiga lagi rakan baikku memilih untuk tinggal bersama sebaik sahaja berpindah ke RGH.

Dan tepat pada waktunya apabila Danny memberitahu bahawa dia menemui apartment di tepi jalan yg mempunyai empat buah bilik, tersedia dengan perabot dan perlengkapan dapur, dan cukup sempurna buat Knightz.

A bit expensive but it all worth it.

"Adam tidur lagi ke?" Areyz menyoal saat sudah menghidangkan nasi gorengnya di atas meja.

"Probably, senyap je." sisa buah epalku dicampak ke dalam tong sampah sebelum bergerak ke arah pintu dapur. "Aku gerak dulu," tanganku diangkat melambai sedikit tanpa memandangnya.

Sempat telingaku menangkap balasan singkat 'ok' darinya sebelum melangkah keluar dari situ. Kakiku diatur ke arah pintu rumah, memakai kasut lalu menutup pintu di belakangku. Melalui hallway di sebelah kiri, tubuhku terus diboloskan ke dalam lif.

"Ray," Danny menyapa saat pintu lif terbuka di tingkat bawah.

Tubuhnya bermandi peluh dan nafasnya kedengaran kasar dan tercungap-cungap.

"Nak pergi dah?" tangannya naik meraup rambut basahnya yg melekat di dahi.

Aku melangkah keluar manakala lelaki itu melangkah masuk. "Yup, kejut Adam lepasni."

Dia mengangguk sedikit, "Drive safe." pintu lif tertutup selepasnya.

Kenderaanku dipandu dalam kadar sederhana membelah jalanraya untuk ke rumah orang tuaku.

Memasuki sebuah taman perumahan elite, kenderanku segera diberhentikan di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat. Dua adik perempuanku sudahpun berlari keluar dengan tangan masing-masing didepangkan ke arahku.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now