68 | Dumbfounded

142 18 0
                                    

Fifi's POV :

Beberapa hari berlalu sejak kami berhenti mencari Ary dan menyerahkan tugas tersebut sepenuhnya kepada pihak berkuasa, fokus Knightz dan juga Darkrose hanya kepada latih tubi dan kelas tambahan.

Semakin dekat dengan peperiksaan besar tersebut, semakin berdebar dan gelisah aku dibuatnya.

Ary tiada. Bagaimana dengan kertas ujiannya nanti...

Aku mengeluh.

Tidak dinafikan, Alex dan yg lain benar-benar banyak membantu dalam menguruskan hal Darkrose. Aunty Liyana dan Blake juga baru sahaja pulang dari Itali semalam.

'Jared' yg aku tidak kenal siapa masih menghubungi nombor Ary. Ianya menimbulkan tanda tanya dalam diriku mengenai identiti lelaki itu yg tidak berhenti ingin mendapatkan Ary agar menjawab panggilannya.

Namun sebaik sahaja Alex mengetahui mengenai hal tersebut, telefon pintar si gadis merah terus di tangannya jadi aku dan yg lain tidak tahu lebih lanjut.

Jack lebih banyak memantau aktiviti aku, Nia, Rina dan juga Knightz.

Ya, Knightz sudahpun menjadi sebahagian dari kami.

Tiada seorang pun ahli-ahli Darkrose melayan mereka seperti orang luar apalagi musuh. Tambahan pula, Alex pernah memberitahu bahawa pintu villa Darkrose sentiasa terbuka untuk menerima kehadiran empat lelaki tersebut.

Selain dari itu, kami hanya fokus dengan apa yg ada di hadapan.

Kitaorang tak lupakan kau, Ary. Kitaorang akan sambung cari kau lepas semua urusan ni selesai.

Hati aku taknak percaya yg kau dah pergi. Aku tahu kau ada. Cuma...

...kau perlukan masa...kan??

° ° °

Tiga hari kemudian~

Aku yg sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik dikejutkan dengan terjahan tiba-tiba dari Luth.

"Fifi! Eh, sorry," lelaki itu baru tersedar bahawa dia tidak mengetuk pintu terlebih dahulu.

Namun ayatnya selepas itu berjaya membuatkan aku tersentak.

"But, Renuisse dah takde!"

Laju sahaja aku berdiri lalu bergegas ke arahnya yg berada di muka pintu. "What?"

"Yup takde, hilang! Alex baru teringat tadi yg sejak perang boss malam tu dia dah lama tak bawak makanan untuk Renuisse. Kitaorang expect dia dah tak sedarkan diri tapi waktu turun tadi dia memang dah takde." hampir tidak cukup nafas lelaki itu bersuara kerana terlalu laju.

"Aduh, macam mana dia boleh terlepas pulak."

Tanpa berlengah, kami berdua terus ke bawah. Ke ruang tahanan Darkrose.

Sampai sahaja di bilik yg menempatkan Renuisse selama ini, wajah gelisah milik Alex yg menyapa pandanganku terlebih dahulu.

"Aku careless, Fifi." laju sahaja dia bersuara sebaik sahaja matanya bertembung pandang denganku.

Fadh yg baru sahaja melangkah keluar dari bilik tahanan tersebut turut bersuara,

"Mungkin dia keluar masa perang malam tu. Last Alex tinggal pintu ni memang terkunci elok. Kitaorang masuk tadi memang takde apa-apa yg pelik jadi mungkin dia dah lama tahu cara nak keluar, cuma tunggu masa."

"What now? Macam mana kalau dia plan something dekat luar?" Luth sudah meraup kasar wajahnya, tertekan.

"Takkan kita nak buang masa cari dia pulak?" Eddy menyampuk.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now