Chapter 19

531 54 2
                                    

Beberapa hari lalu, Scarlet telah meminta izin Trystan untuk membantu Dave dalam meronda kota Villon, kerana dia merasa membaca buku tidak boleh membantu banyak.

Dave akan meronda luar dan dalam pagar Villon manakala Scarlet hanya meronda sekitar sahaja.

Scarlet berjalan dengan aman sambil melihat sekitarnya. Sesekali dia melambaikan tangannya kearah penduduk yang melambaikan tangan kearahnya.

Ramai penduduk Villon yang dah kenal Scarlet. Bagi mereka Scarlet ialah kedua tercantik di Villon selepas Yulia Astra.

"Hei, Scarlet."

"#¥¥*¥;#!!!" (*dia tak mencarut)

Dave tiba-tiba sahaja muncul dihadapan matanya. Scarlet hampir sahaja menampar wajah tampan Dave. Untung dia boleh menahan tangannya.

"Haih~ Biasakan la diri kau tu.."

"Boleh ke ada orang terbiasa kalau tiba-tiba ada muka kat depan muka diorang?"

Kuasa Dave, teleportasi, membolehkan Dave bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tapi had kuasanya hanya dari dan ke tempat yang dia tahu sahaja. Walaupun begitu, Scarlet masih kagum akan kuasa Dave.

'Dave, teleportasi . Lillian, penyembuhan. Apa pula kuasa Trystan dengan Ashley? (Power: Teleportation and Healing)

Yang aku tahu Ashley boleh rasa aura magik orang lain, tapi tu je ke kuasa dia? Aku pun tak pernah nampak dia guna pedang besar dia tu.'

"Macam mana rondaan kau? Ada jumpa apa-apa ke?"

"Takde. Cuma banyak keluarga yang masih sedih kehilangan keluarga diorang, tapi diorang masih teruskan kehidupan diorang macam biasa."

"Biasalah tu. Rakyat jelata macam kita ni kena berusaha setiap hari untuk teruskan hidup. Lain lah dengan bangsawan yang memang dah penuh dengan harta."

"Hm..."

"Apa pun, sebab pagi ni takde kes, aku balik dulu. Nanti petang aku ronda lagi."

"Okay."

Dave langsung menghilangkan dirinya selepas melambaikan tangan. Tanpa membuang masa, Scarlet menyambung berjalan-jalan.

Scarlet tiba di salah satu pintu pagar yang melindungi Villon. Di pintu itu jugalah dimana dia melihat Ashley berangkat pergi ke Astela. Rasa sedih mula menjalar dihatinya.

'Aku mula rasa sunyi.'

Dia memusingkan badannya, berniat untuk kembali kemenara Trystan. Sebelum dia mendengar namanya dari jauh.

"Scarlet!!"

"!!" Scarlet melihat kearah hutan dihadapan pintu pagar. Seketika dia nampak satu lelaki yang berlari kearahnya sambil melambaikan tangan.

"Scarleeet~"

"Ashley?" Scarlet pun berlari kearahnya.

"Scarlet~ Aku dah ba- Uhuk."

Satu flying kick sempurna diberikan tepat diperut Ashley.

"E-eh? Ah? Scarlet?"

Scarlet menggenggam kolar baju Ashley. Matanya menatap Ashley tajam.

"Oh.. Berani kau balik tanpa kabar, eh.. Lepas lebih satu bulan kau pergi dan tak bagi apa-apa kabar."

"Ahh.. Tu.. Ah- Maaf?" peluh mengalir dimuka Ashley melihat Scarlet yang sedang marah.

"Tiada ampun bagi mu."

PAM
____________

"Trystan!" Jerit Scarlet seiring membuka pintu menara.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now