Bab 4

23 1 0
                                    

Mina dan Jinyoung mengemas bersama-sama di dalam rumah tersebut. Tidak sangka Jinyoung apabila melihat Mina yang cekap membuat kerja rumah itu.

Tingkah laku Mina benar-benar membuat Jinyoung keliru dengan identiti gadis itu. Sudah beberapa kali, Jinyoung mengingatkan dirinya bahawa Mina itu bukan manusia. Gadis itu adalah roh. Roh yang akan menemaninya selama sebulan sehinggalah dia menghilang.

Seram sejuk pula Jinyoung dibuatnya apabila memikirkan perkara itu. Untuk menghilangkan rasa takutnya. Dia cuba mengajak Mina bersembang dengannya.

"Err... Mina. Macam mana kau boleh ada kat sini. Kau kan roh. Tapi kau nampak macam manusia biasa je." Tanya Jinyoung. Bila difikirkan memang tidak logik apabila roh gadis itu bersama dengannya tetapi memang itulah kenyataan yang berlaku kepadanya sekarang.

Mina memikirkan soalan Jinyoung itu sambil menyentuh dagunya.

"Entahlah. Saya pun tak tau kenapa." Lagi-lagi dengan selambanya Mina menjawab pertanyaan Jinyoung sebelum sambung mencuci tingkap.

Macam tu je?! Simple betul jawapan perempuan ni. Terpinga-pinga Jinyoung mendengarnya.

"Okey, kalau macam tu aku nak kau bagitau aku. Macam mana kehidupan kau dulu dan punca kau dah tak ada dekat dunia ni lagi?" Jinyoung mengubah pertanyaannya namun masih berkaitan dengan Mina. Dia ingin mengetahui perihal gadis itu lebih lanjut.

"Saya tak ingat." Pendek Mina membalas membuatkan Jinyoung tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

"Takkan kau tak ingat langsung?!"

Mina tertawa melihat wajah Jinyoung. Lucu pula melihat Jinyoung yang kelihatan aneh dengannya.

Eh? Boleh pulak dia ketawa. Jinyoung terdiam sambil memerhati wajah Mina yang sedang tertawakannya. Entah kenapa hatinya berasa senang.

"Jinyoung... Setelah saya menjadi roh, saya dah tak boleh mengingati apa yang berlaku sewaktu saya hidup dulu. Saya tak dapat ingat keluarga saya, kawan-kawan saya. Bahkan segalanya tentang saya. Saya tak dapat mengingatinya. Yang saya tahu, saya hanyalah roh. Maaf kalau jawapan saya tak dapat memuaskan hati awak."

Mina menjelaskan dirinya dengan tenang. Bibirnya sentiasa tersenyum kepadanya. Namun mata gadis itu berkaca-kaca.

Jinyoung dilanda rasa bersalah saat mendengar jawapan Mina. Di sebalik wajah tenang Mina, Jinyoung dapat melihat mata Mina yang sayu.

Tanpa disedarinya, Jinyoung melangkah menghampiri Mina. Tangannya menyentuh kepala gadis itu. Mina yang tadinya tersenyum tersentak.

Dia mendongak melihat Jinyoung yang sudah tentu lebih tinggi darinya. Mina tersenyum kembali dan membiarkan Jinyoung menyentuh kepalanya.

Apabila kembali sedar dengan perbuatannya. Jinyoung segera menarik balik tangannya daripada menyentuh kepala Mina. Dia malu sendiri.

Apa yang telah dia lakukan tadi? Mereka kembali membuat kerja masing-masing tanpa banyak bicara lagi sehinggalah selesai mengemas satu rumah itu. Kini, rumah itu kelihatan lebih kemas dan rapi.

"Terima kasih sebab tolong aku." Ucap Jinyoung. Buat pertama kalinya dia tersenyum kepada Mina. Mina membalas senyuman Jinyoung.

"Sama-sama."

♡♡♡

Keesokan harinya, saat Jinyoung membuang sampah di halaman rumahnya. Kelihatan seseorang yang datang untuk menyapanya.

Jinyoung segera menghampiri Mina dan berkata sesuatu.

"Ada orang datanglah. Kau masuk rumah dulu." Suruh Jinyoung.

"Kenapa?" Tanya Mina kehairanan.

"Kau boleh tanya kenapa? Nanti apa pulak orang tu kata kau ada dekat sini." Jinyoung berkata dengan cemas.

"Awak tak perlu risau, diorang tak nampak saya la." Kata Mina.

"Hah? Betul ke ni?" Jinyoung ragu-ragu dengan kata-kata Mina.

"Haish... Betullah. Tak percaya, jom." Mina lantas memegang hujung lengan baju Jinyoung dan menarik lelaki itu di halaman rumah.

"Eh."

Seseorang yang datang mendekati Jinyoung lalu menegurnya.

"Hai... Jinyoung. Ni akulah Mark. Kawan sekolah kau dulu. Bila kau balik? Lama tak nampak kau dekat kampung ni." Tegur lelaki yang bernama Mark itu.

"Ouh... Mark. Ha'ah aku pun lama tak nampak kau. Erk, aku baru je balik sini beberapa hari lepas." Jawab Jinyoung yang sedikit janggal dengan situasi itu. Sesekali dia mengerling Mina yang berdiri di sebelahnya sambil memperhatikan mereka berdua.

"Khabar cerita kau kerja dekat bandar? Macam mana, ok ke dekat sana?" Tanya Mark dengan ramah.

"Baik. Kau pulak..." Jinyoung bertanya kembali. Mereka berbual-bual sehinggalah Mark ingin pulang ke rumahnya.

"Tak apalah aku balik dulu ya." Mark meminta diri untuk berlalu.

"Kejap, Mark. Kau tak nampak apa-apa ke?"

"Hmm? Nampak apa?" Mark melihat-lihat kawasan sekeliling.

Oh. Ternyata betul apa yang dikatakan Mina. Orang lain tak boleh melihat gadis itu.

"Eh tak ada apa-apa... Sorry aku tanya macam tu." Jinyoung tersengih.

"No hal la... Aku balik dulu ok." Balas Mark tanpa mencurigainya langsung. Jinyoung menghembus nafas lega.

"Kan saya dah cakap, diorang tak boleh nampak saya. Awak sorang je yang boleh tengok saya." Ujar Mina sambil melihat Jinyoung.

"Hmm... Iyalah." Jinyoung mengiyakan lalu masuk ke dalam rumah.

My Girlfriend Is GhostOù les histoires vivent. Découvrez maintenant