Bab 5

21 1 0
                                    

Mina tertidur pulas di atas sofa di ruang tamu. Jinyoung yang baru saja keluar dari biliknya memandang sekilas ke arah Mina.

Cantik. Kata hatinya saat melihat Mina. Hampir seminggu gadis itu bersamanya. Dia masih lagi seperti tidak percaya bahawa gadis itu bukan manusia.

Entah kenapa tingkah laku Mina seringkali mendebarkan dadanya secara tiba-tiba. Namun dipendam rasa itu dalam diam.

Bimbang fikirannya akan memikirkan  sesuatu yang tidak masuk akal berkaitan Mina. Misalnya, dia akan jatuh cinta kepada Mina. Mustahil perkara itu akan berlaku. Pantas Jinyoung membuang fikirannya yang seperti itu.

♡♡♡

Jinyoung membuka matanya perlahan-lahan. Wajah Mina yang menatapnya tajam membuatkan dia terkejut lantas bangun dari sofa.

"Kau buat apa ni?" Tanya Jinyoung panik sambil memikirkan bagaimana pula dia boleh tertidur di atas sofa bersebelahan sofa yang Mina tidur semalam.

"Tengok awaklah. Lena betul awak tidur dekat sini. Bukan ke semalam awak tidur di bilik awak?" Mina menyoal kembali.

Jinyoung membetulkan rambutnya yang sedikit kusut sebelum menjawab pertanyaan Mina.

"Erk. Aku pun tak tau macam mana aku boleh tidur dekat sini." Jawab Jinyoung. Dia memang tidak pasti jawapannya, mungkin semalam saat dia melihat Mina, tanpa sedar dia tertidur di atas sofa tersebut.

Mina masih memandangnya dengan rasa curiga membuatkan Jinyoung sedikit cuak.

"Kenapa kau tengok aku macam tu? Aku tak buat apa-apa pun lah dekat kau." Balas Jinyoung sambil memegang lehernya.

Mina lantas bangun meninggalkan Jinyoung. Dia berjalan ke luar rumah. Jinyoung segera mengikuti Mina.

"Kau nak pergi mana tu?"

Mina menoleh melihat Jinyoung. Riak wajahnya tidak lagi dingin seperti tadi. Dia tersenyum seperti biasa.

"Rindu pulak dekat pokok besar dalam hutan tu, saya nak pergi jenguk sekejap." Mina berkata.

"Aku ikut." Spontan Jinyoung menjawab. Tidak tahulah kenapa dia berkata begitu.

"Hmm? Serius awak nak ikut?" Tanya Mina untuk memastikannya.

Jinyoung mengangguk lalu mengikuti Mina dari belakang. Mereka berjalan ke arah hutan belakang rumah Jinyoung.

Jarak ke pokok besar yang pertama kali Mina dan Jinyoung bertemu hari itu agak jauh dari rumah Jinyoung. Oleh itu, sempatlah mereka bersembang seketika.

"Mina... Kenapa rambut kau warna perang bukannya hitam. Bukan ke hantu rambut dia panjang berwarna hitam. Tapi kau..." Belum sempat Jinyoung menghabiskan kata-katanya. Mina laju menoleh ke belakang dan merenungnya tajam.

"Erk..." Jinyoung cuak. Dia terlepas cakap lagi. Gadis itu sudah melarangnya untuk memanggil perkataan 'hantu' itu.

"Maksud aku roh." Jinyoung membetulkan kata-katanya sambil tersenyum sumbing.

Mina terdiam seketika. Seperti biasa bila Jinyoung bertanya kepadanya dia berfikir dulu sebelum menjawab.

"Saya tak tau apa-apa tentang diri saya. Sememangnya saya sudah wujud begini." Tenang Mina menjawab soalan Jinyoung.

Macam tak percaya. Jinyoung bersuara di dalam hati.

Mina tergelak melihat riak wajah Jinyoung yang berkerut-kerut memikirkan sesuatu.

"Saya tau sukar untuk awak percaya semua ni. Tapi saya memang betul-betul wujud di depan mata awak. Dan hanya awak seorang yang boleh nampak kewujudan saya." Jelas Mina. Bibirnya terus mengukir senyuman.

Jinyoung mengalihkan pandangannya dari Mina. Jinyoung tidak kuat melihat senyuman gadis itu. Bimbang jika senyuman Mina akan meluluhkan hatinya.

Mereka meneruskan perjalanan ke dalam hutan kembali. Sejam kemudian, barulah mereka tiba di pokok besar tersebut. Jinyoung mengingat kembali bagaimana dia boleh mengambil gambar Mina tanpa sengaja tempoh hari sehinggalah menyebabkan Mina bersamanya sekarang.

"Arr.... Seronoknya duduk di sini." Mina lantas duduk di bawah pokok besar itu. Dia kelihatan begitu senang sekali.

Jinyoung menghampiri Mina lalu duduk di sampingnya. Dilihat Mina yang memejamkan mata dengan bibir yang tersenyum. Jinyoung pasti Mina begitu gembira sekali saat duduk di pokok besar ini.

"Kenapa kau suka sangat dengan pokok besar ni?" Jinyoung bertanya lagi. Sejak bertemu dengan Mina, dia lebih sering bertanya. Ada sesuatu pada gadis itu sehingga mulutnya tidak berhenti untuk bertanya.

Mina membuka matanya lalu melihat Jinyoung di sebelahnya. Tiba-tiba Mina melentokkan kepalanya di bahu Jinyoung. Terbuntang mata Jinyoung dengan perbuatan Mina itu.

My Girlfriend Is GhostWhere stories live. Discover now