Bab 10

18 1 0
                                    

Mina membuka matanya perlahan-lahan. Dia tersedar dari lenanya. Digosok matanya berulang kali. Dia melihat ke depan. Bagaimana pula dia boleh berada di dalam kereta ni? Mina melihat Jinyoung di sebelahnya yang sedang memandu.

"Jinyoung..." Panggil Mina.

Panggilan Mina memeranjatkan Jinyoung sedikit. Dia tidak perasan bahawa Mina terjaga. Jinyoung mulai berasa resah. Patutkah dia menjelaskan kepada Mina perkara yang sebenarnya.

"Jinyoung, kita nak pergi mana ni?" Mina terus bertanya. Dia mula berasa tidak sedap hati dengan tindakan Taehyung.

"Aku nak bawa kau pergi bandar. Kita tinggal dekat sana ya?" Jinyoung berterus-terang saja.

Mina terlopong saat mendengar kata-kata Jinyoung.

"Tak boleh! Kita kena balik sekarang. Jinyoung. Cepat patah balik kereta ni." Mina memegang lengan Jinyoung. Dia memujuk lelaki itu untuk pulang ke rumahnya semula.

Jinyoung memberhentikan seketika keretanya di tempat yang cerah. Dia berkalih menghadap Mina. Dia memegang kedua-dua belah pipi gadis itu.

"Mina, please... Jangan tinggalkan aku. Kita sama-sama hidup di bandar ya. Aku nak kau sentiasa bersama dengan aku. Lupakan semua janji yang telah kita buat hari tu." Jinyoung pula memujuk Mina.

Mina menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia meleraikan tangan Jinyoung di pipinya.

"Jinyoung, saya tak boleh tinggal di bandar. Di sini tempat saya, Jinyoung. Lupakah awak, saya bukan manusia macam awak lagi. Kalau awak tetap berkeras hendak saya ikut awak ke sana. Baiklah. Tapi saya akan menghilang sebaik saja sampai di sana nanti. Dan saya tak akan kembali lagi." Mina berkeras dengan kata-kata nya.

Jinyoung tercengang. Matanya berkaca-kaca. Dia berpusing menghadap ke depan. Stereng keretanya dihentak kuat melepaskan amarahnya.

Mina hanya mampu memerhati kelakuan Jinyoung. Dia tahu Jinyoung kecewa dengannya. Namun dia terpaksa mengatakan itu, itu semua demi kebaikan Jinyoung.

Jinyoung tidak lagi berkata apa-apa. Demi Mina, dia berpatah kembali untuk pulang ke rumahnya walaupun perjalanan mereka sudah jauh. Mereka berdua hanya terdiam seribu bahasa dan suasana pun menjadi tegang di dalam kereta.

♡♡♡

Keesokannya,

Puas Mina menunggu Jinyoung keluar dari biliknya. Sejak mereka pulang semalam, Jinyoung terus tidak berbicara dengannya malah masuk ke dalam bilik dan tidak keluar sampai ke hari ini.

Mina berjalan mundar-mandir di luar pintu bilik Jinyoung. Sesekali dia mengintai dari bawah pintu bilik Jinyoung untuk melihat lelaki itu. Mina berusaha untuk memujuk Jinyoung. Dia rindukan layanan Jinyoung kepadanya.

"Jinyoung... Janganlah marah-marah lagi. Kalau awak marah, saya nak duduk dengan siapa? Boringlah saya sorang-sorang dekat luar ni." Mina berkata kuat dari luar pintu bilik itu. Namun tiada respon dari Jinyoung.

"Jinyoung, jom pergi dekat pokok besar tu. Saya rindu la nak duduk dekat bawah pokok tu." Mina mencuba lagi tetapi hampa. Tetap tiada respon.

Mina mengeluh. Dia terduduk di luar pintu bilik itu. Tiba-tiba air matanya terasa hendak menitis keluar. Rasanya inilah kali pertama air matanya jatuh.

Mungkin salah dirinya kerana mengatakan hal itu kepada Jinyoung tetapi bagaimana sekalipun itulah kebenaran yang harus Jinyoung terima.

Mereka tidak mungkin akan bersama selamanya. Dapat bersama Jinyoung hanya untuk seketika pun sudah cukup membahagiakan Mina.

Sebenarnya Mina bukan tidak tahu menunjukkan rasa cintanya kepada Jinyoung. Cuma dia lebih memilih untuk tidak berekspresi yang berlebihan kepada Jinyoung. Dia berpura-pura tenang.

Walaupun hakikatnya dia sangat bahagia saat mendengar Jinyoung menuturkan cinta kepadanya.

Mina berasa dirinya dicintai dan diperlukan oleh seseorang. Terasa kehadirannya dihargai.

Tidak pernah sebelum ini dia merasakan begitu kerana sejak dia berwujud sebagai roh. Mina hanya duduk di hutan bertemankan pokok besar itu sehinggalah Jinyoung menemuinya.

My Girlfriend Is GhostWhere stories live. Discover now