Rahsia Yang Orang Lain Tak Tahu

20 0 0
                                    

Hari pertama persekolahan.
Seperti yang selalunya, undian perlu dilakukan untuk menentukan kedudukan di dalam kelas. "Ahh y/n, sebentar! Kejap lagi ada undian untuk menentukan tempat duduk pelajar" panggil Soobin. "Maaf aku tak ada masa. Tempat duduk saya ditentukan oleh undi yang ditinggalkan je". Hari pertama sahaja y/n dah berikan anggapan yang buruk kepada pelajar yang lain tapi y/n kesuntukan sudah kesuntukan masa.

Di hadapan loker pelajar.
Pengetua sekolah menegur y/n. Pengetua memuji y/n kerana beliau telah dengar berkenaan ujian percubaan y/n yang berjaya mendapat tempat pertama di peringkat daerah dan perlu dibanggakan oleh pihak sekolah. Y/n agak cemas kerana sudah agak lambat untuk ke tempat kerjanya. Tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri disebelah y/n, Jimin! Jimin merupakan pelajar sekelas dengan y/n dan merupakan anak kepada pemilik sebuah syarikat. Pujian pengetua beralih kepada Jimin kerana dia mendapat tempat kedua dan berharap Jimin dapat berusaha lagi untuk lebih ke hadapan. Pengetua pergi meninggalkan kami berdua. "Aku bukannya ulat buku. Aku tak kisah pasal kedudukan. Masa sekolah menengah ni perlu mencari keseronokan dan menghitung hari dalam keadaan suka ria. Belajar cara sederhana pun boleh masuk universiti" kata Jimin. 'Huhh?'

Tempat kerja sambilan y/n.
"Ahhh! Berlagak betul! Aku bukan macam kau yang boleh berfoya-foya habiskan duit mak ayah. Huh, kesronokan bermakna?!" kata-kata Jimin menunjukkan dirinya sangat sombong. Pakcik y/n datang memarahi y/n kerana membuat bising dan menghempas barang di kedainya sesuka hati. Y/n bekerja sebagai pelayan COSPLAY di kedai makan pakciknya. Perwatakan y/n di sekolah hanyalah seperti pelajar ulat buku namun sebagai pelayan COSPLAY, y/n terlihat sangat comel dan menawan.

"Pengurus! Pelanggan tadi ketinggalan barang, boleh saya tolong hantar?" Pakcik y/n risau jika y/n terserempak dengan rakan sekolah y/n. Dalam perjalanan ke stesen kereta api, y/n terlanggar seorang lelaki dan ternyata itu Jimin! Y/n yang terkejut berlari meninggalkan Jimin. Jimin hanya terpinga-pinga dan terlihat gelang yang terjatuh dari y/n. Jimin mengikuti y/n dari jauh untuk memulangkannya. Sesampai sahaja Jimin di kedai y/n, Jimin dihalau keluar kerana pelajar sekolah tidak dibenarkan masuk. Jimin mengambil keputusan untuk tunggu sampai waktu habis bekerja.

Jam 21:35 malam.
Y/n melangkah keluar dari kedai Borahae Cafè. Jimin keliru, mengapa y/n berada di cafe itu. Y/n merapati seorang lelaki yang kacak iaitu Jungkook, abang y/n. "Kenapa jalan seorang diri tengah malam ni? Bahaya tau. Hmmm ayah kata dia nak pergi Cambodia untuk tolong budak-budak yang perlukan bantuan kat sana. Jadi, kau nak pergi beli bahan untuk makan malam kan?" Y/n berasa agak kecewa kerana kesibukan ayah yang sering mementingkan pekerjaan doktor sukarelanya yang tanpa pendapatan itu. Jimin yang memerhati dari jauh terasa bengang dengan aksi y/n yang kelihatan mesra dengan lelaki kacak itu.

Keesokan hari di sekolah.
'Hmmm macam mana ni? Gelang yang mak tinggalkan hilang macam tu je' rungut y/n. "Woi ulat buku! Kenapa kau boleh masuk tapi aku kena halau dari cafè tu hah?! Bukan ke kedai tu melarang budak sekolah menengah macam kita ni masuk dalam?" bentak Jimin tiba-tiba. "Ah? Itu kedai pakcik saya jadi saya dapat masuk" penerangan y/n tidak diambil kesah. Jimin langsung bertanya tentang gadis yang berpakaian COSPLAY di cafe itu tanpa berlengah. Dia juga menyatakan bahawa gadis tersebut berlanggar dengannya dan menjatuhkan seutas gelang. 'Huh?! Gelang mak! Aku kena bagi alasan yang baik supaya dia dapat pulangkan kepada saya' "Oh gadis itu. Nanti saya akan ke cafe itu lagi. Awak boleh berikan kepada saya dan saya akan berikan padanya" namun, itu percubaan yang sia-sia. Jimin ingin berjumpa dengan gadis COSPLAY itu juga.

Borahae Cafe.
Keadaan y/n yang mundar-mandir membingungkan fikiran pakcik y/n. Pakcik y/n mencadangkan y/n berjumpa dengan Jimin dalam berpakaian yang comel seperti pemakaiannya di tempat kerja sebagai pelayan COSPLAY. Pakciknya juga telah menghadiahkan beberapa pasang pakaian yang menarik kerana katanya y/n akan memakainya suatu hari nanti.

Perjumpaan y/n dan Jimin.
Dari jauh kelihatan kelibat Jimin datang mendekat. "Y/n! Maaf dah lama awak tunggu?" 'Tak sangka pakaian ringkas y/n juga kelihatan comel' Bisikan Jimin agak kurang didengari kerana ramai orang yang lalu lalang berdekatan mereka. "Awak ada bawa gelang mak saya?" "Ah? ya ini dia. Biar saya pakaikan untuk awak" Y/n terkejut dengan perwatakan Jimin yang berbeza sewaktu dirinya hanya seorang pelajar sekolah menengah. "Awak ada masa tak? Sebagai pulangan jasa baik saya dah pulangkan gelang awak ni, awak kena teman saya sepanjang hari. Awak ada tempat yang awak nak pergi tak?" Jimin menarik tangan y/n tanpa menghiraukan jawapan y/n yang sepatutnya pulang ke kedai untuk bertugas.

Rahsia Cinta Yang Tak TerungkapWhere stories live. Discover now