BAB 16

6.3K 553 59
                                    

Selepas mandi dan mengenakan sweatpant dengan t-shirt hitam lengan pendek, Edrian turun dari tingkat dua ke ruang tamu.

Matanya melilau mencari kelibat Erina. Namun, gadis itu tiada di ruang tamu dan dapur. Edrian mula melangkah ke bilik Erina. Sebaik saja tiba di situ, Edrian mengangkat tangan untuk mengetuk pintu.

Namun, niatnya dibatalkan apabila kedengaran suara Erina membaca Al-quran. Edrian hanya berdiri di depan bilik gadis itu.

Edrian selalu mendengar Erina membaca Al-quran setiap hari. Setiap kali Edrian dengar, dia akan diam dan menghayati setiap ayat suci Al-quran yang keluar dari mulut Erina.

Edrian tahu dia tak mahir membaca Al-quran. Sudah berapa tahun dia meninggalkan kewajipan itu. Solat, membaca Al-quran, puasa dan kewajipan lain juga Edrian sudah lama tidak buat.

Edrian memang seorang Muslim. Namun, ibu bapa kandungnya tidak mendidik dia dan Eva dengan didikan agama. Maka, daripada melakukan kewajipan sebagai seorang Muslim, mereka cenderung melakukan perbuatan maksiat.

Edrian mengusap belakang lehernya. Edrian juga turut merasa sesuatu dalam hatinya setiap kali mendengar Erina membaca Al-quran. Perasan itu sukar digambarkan. Ianya lebih kepada rasa...serba salah.

Kemudian, Edrian melangkah pergi dari bilik Erina menuju ke bilik kerjanya di hujung rumah itu.

*     *     *

Erina bangun pada pagi ahad itu tepat pukul 5.30, seperti biasa. Selepas mandi dan solat Subuh, Erina keluar dari bilik untuk menyediakan sarapan. Memang itu saja rutinnya setiap hari. Erina sudah terbiasa.

Semasa dia sibuk menyediakan sarapan untuk Edrian, lelaki itu turun dari tingkat dua menuju ke arahnya. Erina kerut kening melihat Edrian bangun seawal itu. Lelaki itu memakai kemeja putih yang dimasukkan ke dalam seluar slack nya yang berwarna hitam.

"Awak nak pergi mana pagi2 ni?" Erina memandang Edrian kemudian matanya melirik ke arah jam dinding. Baru pukul 8 pagi.

"I have something to do outside." Edrian menyelak rambutnya ke belakang. "Not sure when I'll come back."

Erina hanya angkat bahu. "Okay."

Tanpa membuang masa, Edrian segera memakai kasut kulitnya. Lelaki itu kelihatan mahu cepat. Kemudian, dia membuka pintu dan hilang dari pandangan Erina.

Erina menyambung menyediakan sarapan. "Looks like I'll have some 'me time' today."

*    *     *

Erina baru selesai mengemas rumah. Vakum, mop, susun barang. Semua Erina buat untuk mengisi masa lapangnya.

Gadis itu duduk di atas sofa sambil mengeluh kepenatan. Erina menjeling jam dinding. Pukul 10 pagi. Lama jugak Edrian keluar. Namun Erina menghiraukan saja lalu bersandar pada sofa sambil memejam mata.

Namun, beberapa minit kemudian kedengaran loceng rumah Edrian berbunyi. Erina segera buka mata dengan dahi berkerut. Siapa pulak datang pagi2 ni? Parcel ke?

Erina bangun dari sofa dengan pantas apabila bunyi loceng ditekan lagi berkali-kali. Eh, urgent sangat ke sampai tekan banyak kali ni.

Sampai saja di pintu, Erina mencapai tombol lalu diputar. Dia membuka pintu perlahan-lahan, mahu memastikan dulu siapa yang datang

Sebaik saja melihat gerangan orang yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah Edrian itu, wajah Erina terus berubah.

"Mama."

Rosalina merengus dengan wajahnya yang penuh kebencian memandang Erina. Meluat dia mendengar Erina memanggilnya 'Mama'.

"Terhegeh-hegeh bukak pintu. Tau tak panas kat luar ni?" Tegur Rosalina dengan kasar sambil tangannya mengipas sana sini.

Erina diam saja mendengar kritikan Rosalina. Dia memandang ke arah lain. "Maaf mama. Silakan masuk." Pelawa Erina, cuba bersabar.

Rosalina menjeling Erina lalu melangkah ke dalam rumah itu. Dia melanggar sedikit bahu Erina membuatkan Erina segera memegang bahunya.

Erina kerut kening. Dia pelik mengapa tiba2 Rosalina datang ke sini. Jarang mak mertuanya itu datang melawat. Baru saja Erina nak berehat selepas mengemas rumah. Namun, 'masalah' lain pulak datang. Semakin penat la dia.

Rosalina duduk di sofa sambil bersilang kaki dan tangan dengan wajah angkuhnya. Matanya melilau memerhatikan sekeliling rumah Edrian.

"Where's my son?" Soal Rosalina tanpa memandang Erina.

"Edrian keluar. Ada hal katanya." Balas Erina. Dia duduk di sofa bersebelahan sofa yang diduduki Rosalina.

Rosalina mengeluh. "Huh, buang masa aku je. Aku datang sini nak jumpa anak aku, bukan kau."

Panas telinga Erina mendengar kata2 Rosalina namun dia masih bersabar. Mulut mak mertuanya itu memang begitu. Tiada penapis.

"Sekejap lagi balik la tu rasanya." Erina berdiri dari sofa. "Saya buatkan air mama ya." Dia segera berlalu pergi ke dapur.

"Wait."

Erina berhenti melangkah apabila Rosalina memanggilnya. Dia menoleh menghadap wanita itu.

Rosalina menjeling gadis itu. "Mesti kau seronok kan?"

Kening Erina berkerut mendengar kata2 Rosalina. "Apa maksud mama?"

Rosalina tersenyum sinis. "Yela, anak yatim piatu macam kau ni mesti seronok dapat kikis harta anak aku yang kaya raya tu. Plus, you can live in this luxury condo. Patutlah kau tak nak tinggalkan Edrian."

Berdesing telinga Erina mendengar Rosalina menghina dan memfitnahnya. Namun dia masih berdiam diri.

"Aku pun tak faham la apa yang kau buat kat Edrian sampai dia nak jadikan kau isteri. Entah2...kau 'guna2' kan dia tak?"

Rosalina tersenyum sinis. Puas hati dia dapat menghina Erina. Wanita itu menoleh menghadap Erina apabila tiada balasan dari gadis itu.

Rosalina terkejut. Dia sangka Erina akan marah atau menangis selepas mendengar kata2nya. Namun, sebaliknya gadis itu sedang tersenyum. Kemudian, Erina ketawa sedikit.

"Mama ni." Erina menutup mulutnya, cuba menahan ketawa. "Clichè la ayat mama tu. Ayat dari drama melayu mana yang mama ambik?"

Rosalina tersentak mendengar Erina memerlinya. Berani sungguh gadis itu cuba memalukannya. "How rude! Your manners are rotten!"

Erina ketawa lagi. "Look who's talking!" Wajah Erina automatik berubah. Matanya redup memandang Rosalina tanpa senyuman. "Mama yang mulakan dulu. So, tak payah nak triggered kalau Erina pun biadap dengan mama. If you're testing my waters, you better know how to swim."

Semakin sakit hati Rosalina mendengar kata2 Erina. Rosalina segera berdiri dari sofa. Mulutnya sudah bersedia mahu melemparkan lagi kata2 hinaan namun tiba2 kedengaran kod pintu rumah itu ditekan.

Rosalina dan Erina masing2 memandang ke arah pintu. Beberapa saat kemudian, pintu rumah itu dibuka lalu kelihatan Edrian masuk ke dalam rumah.

"Ed!"

Rosalina segera menukar wajah keruhnya lalu tersenyum lebar memandang Edrian, seperti tiada apa2 berlaku. Dia menuju ke arah anak lelakinya kemudian dipeluk Edrian dengan erat. Edrian pula pelik melihat kehadiran mamanya di situ secara tiba2.

"Mama? What are you doing here so suddenly?"  Soal Edrian.

Rosalina bersilang tangan. "What kind of question is that? Can't I come visit my son sometimes?" Balas Rosalina.

Edrian mengusap rambutnya ke belakang. "It's not like you can't..." tanpa menghabiskan ayatnya, mata Edrian melirik ke arah Erina yang berdiri di sebelah sofa.

Erina menatap tepat anak mata Edrian. Kemudian, dia tersenyum. "Saya ada kerja sikit nak buat. Awak dengan mama berbual la ya. Have fun."

Erina segera berlalu pergi lalu masuk ke dalam biliknya tanpa menoleh lagi. Malas dia mahu menatap wajah Rosalina. Rosalina pula hanya menjeling Erina dengan senyuman sinis.

Edrian mengeluh sedikit. Dia sudah dapat agak apa yang terjadi antara Rosalina dan Erina semasa dia keluar.

Edrian yakin mereka baru selesai bertikam lidah.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now