BAB 17

6.2K 559 62
                                    

"Edrian, do you know how rude your wife is?"

Rosalina dan Edrian sedang duduk di sofa. Wanita itu mengadu kepada Edrian sambil berpura-pura sedih dengan suaranya yang sayu, cuba meraih simpati Edrian.

Edrian memicit kepala. "Mama, come on. Let's not make this hard okay."

"I told you so many times. She's not a good wife for you." Rosalina bersandar pada sofa sambil bersilang tangan. "She's rude, she's uneducated and she's an orphan...kita sendiri tak tahu latar belakang keluarga dia macam mana. Entah2 dia dari keluarga yang..."

Rosalina segera menutup mulutnya apabila dilihatnya Edrian sedang memandangnya tajam. Rosalina berdehem sedikit lalu matanya dialih dari wajah Edrian.

"I also told you so many times, mama. I hate it when you try to meddle in my decisions. What I want to do, where I'm going or who I want to marry...it's totally up to me. That's what you taught me right, mama? You always let me do what I want since I was little. Why did you try to meddle in my life decisions now?"

Rosalina terdiam mendengar kata2 Edrian. Benar, sejak dulu, Rosalina dan bekas suaminya, Harold tidak pernah masuk campur urusan anak2 mereka. Apa yang Edrian dan Eva mahu buat, mereka benarkan saja tanpa halangan.

"So, mama. Don't let me hear something like this again. If you don't like Erina...then, just ignore her. Why did you waste your time for her anyway?"

Rosalina mengeluh. "Fine. I got it."

Rosalina menggenggam tangannya erat. Dia masih tidak sukakan Erina. Dia mahu gadis itu lenyap dari keluarganya. Erina tidak layak untuk Edrian.

Rosalina perlu lakukan sesuatu.

*    *     *

Erina baring di atas katilnya sambil mendengar lagu di telefon menggunakan earphone. Dia mengiring membelakangkan pintu bilik.

"Hai Cuppy cake."

Automatik Erina menoleh apabila kedengaran suara Edrian betul2 dekat  dengan telinganya. Kelihatan lelaki itu sedang duduk di atas katilnya. Wajah Edrian sangat dekat dengan Erina.

Tanpa berfikir lagi, Erina dengan pantas melompat dari katil. Bulat matanya memandang Edrian. Lelaki itu pula ketawa melihat reaksi Erina.

"Sejak bila awak masuk?!"

"I knocked." Balas Edrian sambil tersenyum lebar. "Tapi kau tak dengar."

"Awak ni kan..." Erina mengeluh sambil memicit kepala. Pening dia melayan Edrian. Erina menarik kerusi meja belajarnya lalu duduk di situ.

Dia memandang Edrian tepat. "Awak buat apa kat sini? Mama...dah balik ke?"

Edrian mencebik. "Yup"

Erina memandang lantai. Dia tidak berniat mahu kurang ajar dengan mak mertuanya sendiri. Namun, orang seperti Rosalina tidak boleh dibiarkan begitu saja. Erina bukan gadis yang akan berdiam diri apabila dia dihina.

"She's insulting you again, right?"

Erina mengangkat bahu mendengar soalan Edrian. "Bukannya saya tak pernah hadap perangai mama tu. Dah biasa dah. So, it's not a big deal."

"What are you guys talking about anyway?"

Erina memandang Edrian tanpa berkata apa2. Mereka saling berpandangan seketika.

"Takde apa la."

Edrian mengecilkan matanya memandang Erina, curiga. Mesti ada sesuatu yang menarik. "Come on. Spill it."

Erina berfikir seketika. Patut ke aku cerita? Ah, boleh kot. Kemudian, Erina mula menceritakan apa yang berlaku antara dia dan Rosalina.

Sebaik saja selesai mendengar cerita Erina, Edrian ketawa besar. Dia memegang perutnya yang sakit akibat terlalu banyak ketawa.

My Sweet Cupcake 🧁✔️जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें