2 | Enemy from hell

1.7K 245 110
                                    

PRANGG!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PRANGG!

"ARGH sial! Aku sumpah aku akan bunuh kau, Leo!" Dia menjerit sambil melemparkan bekas kaca pada dinding sebelah.

Penghawa dingin yang mencecah ke tahap maksimum di ruangan markas sederhana besar itu, tidak mampu menaikkan api kemarahan ketua gangster Dragon Wu iaitu Kris Wu Yifan.

Kris Wu Yifan menghamburkan api kemarahan di hadapan konco-konco kumpulan Dragon itu. Habis jatuh semua barang yang tersusun elok di atas meja miliknya dengan buku berselerak di atas lantai, pasu berkecai.

Adik angkat dia, Luhan Wu juga merangkap orang kanan yang sangat dipercayai mati di tangan musuhnya. Siapa yang tak sakit hati melainkan orang terpenting yang dipercayai selama ini telah meninggalkan dia.

Kris Wu Yifan merupakan ketua kumpulan gangster yang juga di segani dalam kalangan ketua gangster mahupun mafia. Dia mempunyai beberapa club termuka selain menjalankan aktiviti haram seperti perjudian biskut emas dan menjual dadah yang agak membahayakan untuk golongan remaja kini.

"Bos, kita tak boleh lawan si Leo Jungkook Cassano itu bos."

Salah seorang orang kanannya yang bernama Lucas Woochan memulakan bicara. Kris berpaling ke arah Lucas bersama riak wajah dingin itu.

"Memang susah nak lawan dengan dia, bos tau kan dia siapa?" Lucas bersuara lagi sambil menelan air liur kasar. Sedangkan dia sendiri tahu bahawa Leo Jungkook lagi berkuasa dari tuannya sendiri.

Namun, Kris mula mengepal tangannya sehingga menampakkan urat tangan dan dia menghentak meja di hadapannya kuat.

"APASAL KORANG BENGAP SANGAT HAH?!" Kris menghamburkan kemarahannya dengan nada yang lantang.

Mereka mampu berdiam diri bahkan suara mereka berada di kerongkong tersekat agak payah mahu keluar sedikit disebabkan takut dengan api kemarahan bos mereka.

"Aku tak kira siapa Leo Jungkook Cassano itu! Dia kena bersemuka dengan aku dulu sebab dia Luhan kita mati" bentak Kris dengan matanya mencerlung tajam kepada mereka.

Ingat Leo Jungkook lagi berkuasa dari Kris Wu. Tak mustahil lah.

"Korang semua dengar tak?!" Kris bersuara lagi mereka semua sedikit terkejut.

"Ingat aku takut dengan dia ke hah?! Langkah mayat aku dulu" ujar Kris Wu sambil mengempal penumbuk itu bersama riak wajah jahat itu.

Konco-konconya memandang sesama sendiri sambil menelan air liur masing-masing.

"Dah keluar! Aku dah serik tengok muka orang bodoh ni!" Kris menjerit marah. Manakala konco-konconya menunduk hormat lalu melangkah pergi untuk menyambung kerja mereka.

ADDICTED : LEO  Where stories live. Discover now