PART 24

14.7K 69 0
                                    

Hari bekerja aku berbaki beberapa jam sahaja lagi. Lepas ni, aku boleh rehat secukupnya di rumah. Bila dah puas rehat, baru aku akan fikir tujuan akan datang.

"Medina," panggil bos.
"Ye bos,"
"Ini," bos menghulurkan sekeping sampul surat pada aku.
"Apa ni?" soal ku.
"Buka lah,"

Aku membuka sampul surat itu. Beberapa lembar not RM100 didalamnya.

"Apa ni bos?" tanyaku.
"I tak tahu nak beli hadiah apa. So I bagi ni tanda hadiah perpisahan," jawab bos lembut.
"Banyak ni bos, tak perlu susah-susah," aku berkata perlahan.
"Tak apa, ambil sahaja. Lepas ni, kalau nak kerja balik, bagitahu I. Kalau tak nak, tak apa. Jaga diri, semoga ada yang lebih baik untuk you akan datang," ucap bos. Aku terharu.
"Terima kasih bos," bos mengangguk lalu pergi dari pandanganku.

"Medina," panggil Ben pula.
"Ye Ben," jawabku.
"Kalau dah resign, still nak main dengan kita orang kan?" soal Ben. Aku terdiam sejenak.
"Tak kot," Aku mengaku.
"Kenapa? Sudah ada orang lain?" tanya dia.
"Bukan. I yang dah tak mahu. I yang memang nak berhenti dari beromen ni," jujur aku menjawab.
"Mana boleh?! You dah habiskan duit kita orang. Kita orang support you, kita orang bagi duit masa you tak tahu you mengandung anak siapa! Sekarang you suka hati cakap tak mahu dengan kita orang lagi?!" Mog mencelah dengan nada sedikit tinggi.
"Saya tahu, tapi saya dah janji dengan anak I..."
"Anak you dah mati, Medina!" tinggi suara Mog. Mukanya yang putih bertukar kemerahan macam udang kena bakar. Telingaku berasap.
"Ye, dia dah mati. Sepatutnya masa dia hidup lagi I dah berhenti buat semua ni! Tapi sebab I nak duit you semua, I layan je you semua ni," Semua terdiam. Ahh! Apa aku cakap ni?
"So, you memang nak duit kita orang lah?" tanya Ben. Aku menggeleng.
"Bukan, bukan tu maksud I. Sorry, I tak tahu apa yang I cakap. I terkejut, Mog tiba-tiba datang marah I," nadaku perlahan.
"You, you tak boleh marah I Mog. I bukan siapa-siapa pun dengan you. I bukan wife you, I bukan girlfriend you. So, kalau I dah tak mahu, you tak boleh nak paksa. Ni keputusan I," aku jawab dengan rasional sambil memandang Mog.

"You main dengan kita orang memang tak ada perasaan suka meh?" soal Yen, lagi sorang mencelah. Aku tersentak.
"Kenapa I kena suka you semua?" tanyaku pelik.
"You mesti ada perasaan ma. You tak ada perasaan ke main dengan kita orang?" tanya Yen lagi. Aku pantas menggeleng.
"Tak, tak ada langsung. Nak main, main aje lah. Kenapa kena suka?" Semua terdiam.
"You macam ni meh? Tak apa, nanti you akan menyesal Medina," jawab Mog sebelum ketiga-tiganya meninggalkan aku keseorangan.

Kenapa kena suka pulak? Beromen jelah! Ahh lantak lah, yang penting esok aku tak akan jumpa dia orang lagi. Medina tersenyum sendiri.

P/S : cerita ni dah nak tiba ending tau. Mungkin 2/3 part lagi? mungkin lebih 🤗

S U N D A LWhere stories live. Discover now