PART 32

12.9K 51 0
                                    

Beberapa hari lagi genap lah aku tiga bulan di sini. Di ruang sempit, didalam kediaman Keith. Dengan perutku yang aku kira-kira sudah 2/3 bulan. Bila-bila perut aku akan nampak.

Hampir lima hari aku tak melayan sesiapa, batu itu juga tidak ku sentuh. Aku memberi alasan aku sakit perut, mereka seakan percaya tak percaya namun terpaksa menuruti.

"Medina," Ben masuk ke dalam bilik.
"Ye?" jawab aku.
"I nak tanya,"
"Tanya lah,"
"You dah test ke barang yang I belikan tempoh hari?" aku terkedu.
"Dah," jawabku perlahan. Aku memegang perutku.
"Jadi? Pregnant ke?" Ben yang melihat reaksi ku, mengagak. Aku mengangguk sambil tersenyum lebar.
"Hah?" aku pelik melihat reaksi Ben.
"Kenapa?"
"You jangan bagitahu Keith atau Mog tau! Kalau dia orang tau..." aku cepat memangkah.
"Kenapa?" Ben mengeluh.
"Saya tak tahu lah apa akan jadi dekat you dengan baby you. Sebab Keith ada cakap juga, kalau dia dapat tahu you pregnant, dia akan paksa you buang. Sebab dia tak mahu tanggung susah. Klien makin ramai," terang Ben. Aku diam.
"Tak boleh ke you bawa I lari keluar?" tanya ku. Ben menggeleng.
"Tapi I akan cuba," ujar Ben seakan memberi harapan.
"Terima kasih," ujarku tersenyum. Ben mengangguk lalu berlalu keluar.

Aku tunduk, air mata ku mengalir lagi. Entah apa nasib aku kali ini, aku mula ketakutan. Fikiranku jauh melayang.

Lamunan ku terhenti bila aku melihat kelibat Mog dan beberapa lelaki yang tidak ku kenali di belakangnya.

"Kenapa menangis? Sakit perut lagi?" tanya Mog. Aku mengangguk.
"Ben tak ada bagi ubat meh?"
"Ada, I baru makan ," tipu ku.
"Kalau sudah makan okay lah, ini malam you kena layan dia orang," Mog memberi arahan. Aku melihat wajah lelaki di belakangnya. Lelaki ini aku pernah lihat, sebelum ini pun dia ada datang. Tapi dia sedikit pun tidak menyentuh aku. Aku mengerut dahi.

'Datang tapi tak main pun, buat apa datang?' desisku. Beberapa lelaki di belakangnya tidak aku kenal. Orang baru mungkin.

"Kalau hari ini I cuti lagi, tak boleh?" pintaku.
"Tak boleh, berapa lama nak cuti?"
"Hmm boleh la Mog," aku cuba memujuk.
"Tak boleh!" tegas Mog. Aku terkesima. Macam mana ni?
"I tahu, malam you dah siap ambik 'barang'" arah Mog lagi.
"Kalau I taknak ambik boleh? I layan dia orang macam biasa," pujukku lagi.
"Suka hati you lah. Yang penting layan!" ujar Mog.

Aku memaksa diri untuk senyum. Mujurlah dia tidak memaksa, terlepaslah satu kesiksaan aku. Aku cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri dari melakukan perkara yang boleh memberi kesan kepada janinku. Sekarang ni, macam mana dengan klien hari ini? Haih, aku mengeluh.

................

Aku memegang perutku. Perutku yang tiba-tiba sakit merisaukan aku. Aku termenung sendiri. Macam mana aku nak lari kalau mereka mengunci bilik ini. Bilik ini tiada lubang seinci pun untuk aku melarikan diri. Telefon bimbit juga tiada.

Kehilangan aku tidak mungkin orang sedari. Aku jarang contact adik-beradikku, malah rakan-rakanku juga semakin hilang dalam ingatan. Aku cuma dengan kehidupan liar ku, beromen sana sini. Elhan? Entah macam mana keadaannya, kalau selamat, baguslah. Kalau tidak selamat? Aku mengeluh sendiri.

Sedang aku mengelamun, pintu dikuak kasar.

"Hei Medina!" tengking Keith. Aku terpinga-pinga.
"You pregnant kan?" tanya Keith dengan nada kemarahan yang ditahan. Aku bingkas berdiri di hujung katil.
"Ma... mana ada," jawabku tergagap.
"Jangan tipu! Kalau you tak pregnant, kenapa you tak ada kirim pad dekat Ben?"
"Sebab... sebab period I memang tak teratur," aku bohong lagi.
"Berani you tipu I lagi! Hah!" jerkah Keith. Aku memejamkan mata. Keith menerpa ke arahku lalu menolak aku sehingga jatuh.

Dia duduk di atas perutku. Aku cuba menolak badannya.

"Kenapa tolak? Sebab ada baby kan?" tanya Keith. Aku tidak menjawab, aku cuba menolak sekuat tenaga aku.
"I tanya, you jawab lah!" Keith menampar pipiku sekuat hatinya. Bibirku pecah lagi. Aku menangis. Keith mencengkam pipiku.

"Ini apa?" Keith menunjukkan pregnant test ku yang jelas menunjukkan dua line.
"Mana you dapat?" tanyaku.
"Klien you yang jumpa," jawab Keith.
"So?" sambung Keith. Aku diam.
"Tak mahu tipu lagi?" sinis kedengaran.
"You dah tahu I tipu kan? Apa lagi?" jawabku geram.

Tanpa berkira, Keith menarik aku bangun sebelum memukul aku berkali-kali. Aku tidak membalas. Cuma tiap kali tumbukan Keith dituju perutku, aku akan mengelak.

"Kenapa elak? Kenapa elak?!" Keith menjerkah lagi.
"Kenapa nak tumbuk perut I?" suaraku bercampur baur, dalam keadaan marah dan sebak.
"I tak boleh biar you jaga budak tu! Susahkan I, susahkan you!" jawab dia menengking.
"Dia tak susahkan I! Kalau tak nak susahkan you, lepaskan I!" aku menjerit bagai orang gila.
"Sebab I tak puas nak jual you!" aku memejam mata. Bodoh! Ingat aku anjing?
"Tak cukup lagi ke duit yang you dapat? Berapa ribu dah you dapat? You nak balas dendam apa lagi? Kalau you lepaskan I pun, I tak ada kerja. I tak ada duit! I dah susah! You boleh senyum dengan kesusahan I!" aku mengumpul kekuatan, aku menolak Keith sehingga dia jatuh kebelakang. Nak jadi apa hari ini, jadi lah! Yang penting aku akan jaga anak aku.

Muka Keith merah padam. Dia menerpa ke arah aku, lantas menendang perut ku sekuat hati. Aku terpempan. Aku terduduk sambil memegang perut aku. Pedih! Aku melihat bawah perut aku. Darah merah pekat mengalir. Aku menangis, menangis semahu aku. Aku memegang kaki Keith meminta tolong.

Keith kelihatan terkejut akibat perbuatannya. Dia menolak aku lalu keluar meninggalkan aku. Aku terus menangis sepuas hati. Tenaga aku semakin kurang, darah semakin banyak mengalir. Kepalaku berpinar, bila-bila aku boleh tumbang.

Aku menyandar di tepi katil. Aku tiada tenaga lagi untuk menangis, tiada lagi tenaga untuk aku meratapi anak aku yang kemungkinan sudah tiada. Hampir mataku tertutup, aku terdengar pintu dirempuh kasar.

"Medina!"

S U N D A LWhere stories live. Discover now