28

24 3 6
                                    

Seawal 7 pagi lagi Naeun sudah turun ke wad dengan mengenakan kemeja blouse berwarna merah muda dan berblazer hitam, lebih tepat lagi berpakaian formal, mengikat rambutnya menjadi sanggul dan mengenakan sedikit makeup.

"Morning doktor,"sapa jururawat bernama Yejin.

"Morning Yejin eonnie,"balas Naeun yang sibuk membalas message di telefon.

"Hari ni doktor pakai formal ni nak ke mana?,"tanya Yejin.

"Hari ni ada seminar pukul 10 kejap lagi. Petang nanti ada meeting kejap,"jawab Naeun tersenyum manis.

"Dah agak kalau doktor pakai cantik-cantik ni mesti ada seminar,"balas Yejin.

"Kenapa selama ni tak cantik ke?,"tanya Naeun.

"Cantik lah doktor. Maksud saya lebih cantik kalau pakai macam ni,"jawab Yejin.

"Kalau tak ada event formal, doktor-doktor nampak macam pontianak kan bila pagi menjelma. Tambahan kerja 24 jam,"seloroh Naeun.

"Doktor ni...Nasib dah pagi,"balas Yejin sambil ketawa.

"Saya nak tengok patient nama Mingyu tu kejap,"kata Naeun.

Naeun membaca semua catatan laporan Mingyu dari jururawat semalam. Naeun menghampiri Mingyu lalu meletakkan tangannya di dahi Mingyu. Mesin alat bantuan pernafasan pun sudah di buka.

"Still panas lagi,"kata Naeun perlahan.

"Alaa..bongoknya. Guna tangan dah kenapa. Mana nak tahu suhu dia,"gumam Naeun perlahan.

Naeun memandang Mingyu.

"Dah lama aku tak tenung muka kau Mingyu. Sumpah aku rindu. Tapi aku tak kuat nak cakap. Aku tak kuat nak luahkan. Sebab aku tak nak aku sakit hati lagi. Aku tak kuat Mingyu dan aku takut,"kata dalam hati Naeun.

"Cakap apa tu? Rindu ke?,"Mingyu bersuara.

"Eh?,"Naeun kehairanan.

"Tengok lah kalau awak rindu. Saya tahu awak rindu nak tengok saya,"kata Mingyu.

"Rindu? Mengarutlah rindu tengok muka awak,"jawab Naeun lalu bangun dari kerusi untuk keluar. Malas nak bercakap panjang dengan Mingyu kerana akan mengganggu ahli Sepuluh7 yang lain yang sedang tidur.

Pertuturan Naeun berubah kembali dari aku kau jadi saya awak sejak semalam. Entah mengapa dia tak mampu marah lama terhadap Mingyu. Susah.

"Kenapa semalam awak tinggalkan saya?,"tanya Mingyu menarik tangan Naeun.

"Lepaslah. Orang nampak,"kata Naeun.

"Biarlah semua member tahu siapa awak dengan saya selama ni,"kata Mingyu.

"Selama ni? Apa maksud awak selama ni? Kita tak pernah pun jumpa hampir 10 tahun. Apa yang selama ni?,"balas Naeun dengan senyuman sinis.

"Itu awak yang tak nak jumpa. Saya nak,"kata Mingyu.

"Awak nak salahkan saya lah ni? Memang. Memang saya yang tak nak jumpa awak. Kalau boleh sampai bila-bila. Walaupun di hari kematian saya,"balas Naeun geram.

"Saya tanya, kenapa awak tinggalkan saya semalam dan awak call Eunha datang?,"kata Mingyu dengan nada yang sedikit keras.

"Awak yang panggil Eunha. Dalam mimpi awak bukan saya. Jadi, buat apa saya pula nak temankan awak. Eunha yang awak perlukan,"balas Naeun.

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now