ғɪᴠᴇ🌱

215 44 10
                                    

💚 엔시티 ᴊᴜɴɪᴏʀ 💚

——

Waktu rehat di sekolah Czenie*

"Anak anak—"

"Siapa anak cikgu? Bukan cikgu single ke?" Hoyeun mengerutkan dahinya. Hinata disebelah dah menepuk dahi, bangga dengan kebengapan sepupunya. Pelajar kelas itu ketawa dengan sangat kuat sekali lalu membuatkan Cikgu Minho mengusap dadanya meminta agar bertenang bukan bertendang. Kang dia tendang si Hoyeun tu, surat saman mareyy.

"Kamu semua dah boleh pergi rehat, esok saya nak tengok kerja yang saya bagi tad—"

"Tapi esok takde kelas cikgu" balas Hoyeun lagi. Waduh, natang apalah yang Johnny bagi anak dia makan ni?

"Eh hampeh bethol la budak ni dah keluar je lah pergi rehat. Cikgu nak pergi dating hokay bai!" guru subjek bahasa Korea itu mengambil begnya lalu berlari keluar.

"TAPI CIKGU SINGLEEEE" sempat Hoyeun keluarkan kepalanya melalui tingkap kelas. Cikgu Minho pusing menghadap Hoyeun lalu mengankat jari— eh tak tak, dia angkat kasut yang dipakainya. Hoyeun hanya ketawa dengan tindakan gurunya itu. Lama tak sakat dia.

Taemi mengajak Hoyeun dan Hinata ke kantin. Haeyong dan Dayeon diorang tinggal kat belakang. Sampai je di kantin mereka berlima disapa oleh Aeyoon, Minha, Jinwoo dan Qiren. Zhoafe ada dengan Minjae, tengah memujuk.

"Kenapa dengan Minjae tu?" soal Haeyong lalu menghirup air yang di belinya tadi bersama dengan Dayeon.

"Pisang dia hilang" balas Jinwoo. Tersedak kembar Lee selepas mendengar balasan dari Jinwoo. Manusia mana pulak yang nak curi pisang? Pokok pisang tepi jalan nak masuk sekolah diorang punya lah banyak, takde pulak nak curi.

"Dah dah jom makan, kang rehat habis nanti" Hinata menolak mereka ke tempat duduk semula.

Waktu rehat di tadika rumput*

Jap author nak bangga dengan nama sekolah tu—ok dah siap bangga.

"Kau tau tak—"

"Tak tau dan aku tak nak tau" Hyeonseo sambung makan makanannya tanpa menghiraukan Namie. Dia tau yang Namie nak buat lawak hambar sebab tu dia ignore.
Namie merengus geram, dia sebenarnya nak bagi tau yang dia ada bawak cupcake omma dia buat. Namie bergerak pergi ke arah Junhyun, Xingru dan Nako di depan pintu kelas. Borak apa pun entah la.
Yeeseung masih lagi makan di mejanya.

"Oii"

"Apa kau oii oii? Nampak ni?" Nako mengangkat penumbuknya. Kacau lah orang tengah membawang. Dah la datang tak bagi salam tetiba oii, anak siapa la ni.

Jeno mohon kutip.

"Hok alorhh gurau je, ha ni korang nak cupcake tak?" bekas berisi cupcake itu dibuka. Tanpa sempat mereka bertiga menjawab, dah ada lima malaun yang jawabkan. Siapa lagi kalau bukan Hyungmin, Xiyun, Haojun, Fengqing dan Ninxing yang datang tidak diundang.

"Eh noona dengan hyung buat apa sini?" tangan Junhyun bergerak mengambil sebiji cupcake tanpa segan silu malu malu taik biawak. Namie pandang je anak Huang sorang ni, maklum la situ ada empat anak Huang.

"Saja jalan jalan, lama tak ronda tadika. Ni cupcake ni boleh la kami ambik?" Fengqing memandang Namie dengan kening di naik turunkan. Tak menyabar bethol dia ni, cepuk kang.

"Ambik lah, jangan malu malu taik unta kat sini" balasnya semula.

"Ha kau dengar tu, jangan malu malu taik angsa katanya"

"Taik gajah la"

"Oh ye ke? Bukan ta—"

"Korang kalau nak sembang pasal najis mughallazah kat sini sila berambus, kami nak makan" Ninxing menjeling Hyungmin dan Haojun yang tersengih sambil mengusap belakang leher mereka.

ᴄᴏᴜsɪɴs² ⁿᶜᵗ ʲᵘⁿⁱᵒʳ [HIATUS]Where stories live. Discover now