ʀᴀʏᴀ sᴘᴇᴄɪᴀʟ ᴇᴅɪᴛɪᴏɴ🌱

187 29 12
                                    

💚 sᴇʟᴀᴍᴀᴛ ʜᴀʀɪ ʀᴀʏᴀ ᴍᴀᴀғ ᴢᴀʜɪʀ ᴅᴀɴ ʙᴀᴛɪɴ ♡︎ ᴛᴜʟᴜs ᴅᴀɴ ɪᴋʜʟᴀs ᴅᴀʀɪ @ᴇᴍɪʀʀɪsʏᴀ ;) 💚

———

"HEY NAK BAWAK LARI MANA RENDANG TU?! ZHAOFE DAN FENQING BAGI BALIK RENDANG AYAM TU SEBELUM AUNTY SUNAT KORANG DUA!" Nihyeon bercekak pinggang memandang anak anak saudaranya berlari membawa sedulang rendang yang dia telah siap masak bersama Yeura dan Seungji sebentar tadi.

Mieun memandang Yijoon dan Hannah mengisyaratkan mereka untuk pergi mengambil anak lelaki mereka dari terus membuat kacau di dapur. Mereka berdua menganggukkan kepala sebelum tangan masing masing memiat telinga Zhaofe dan Fenqing.

"ADUH SAKITLAH MAMAAAA" jerit dua kanak kanak itu serentak. Mereka berdua mencebik sebelum pergi membawa diri kepada papa mereka. Hendery bersama Kun dah tergelak gembira di luar sementara yang lain sibuk membakar lemang dan mengacau dodol.

Oh lupa nak cakap, sekarang ni diorang tengah buat famili gathering dekat rumah lama Sooman. Maklum la Atok Sooman dengan Nek Hyerin dah menetap dekat Jeju di vila mereka. Mereka berdua dah menjadi petani berjaya di sana. Tahniah diucapkan kepada pasangan itu.

"Appa, lama lagi ke dodol ni nak masak?" kembar seiras tak lain dan tak bukan iaitu Haeyong dan Dayeon mula merungut. Tadi petang bukan main gedik nak tolong kacaukan. Siap berguling guling atas lantai lagi. Taeyong ketawa kecil melihat kerenah anak kembarnya.

"Aik dah penat ke? Tadi kata anak jantan" kata kata seketul Taeyong berjaya membuatkan mereka berdua mencebik.

"Dah dah pergi tengokkan sepupu kamu yang kecik kecik lagi tu. Dodol ni bagi uncle Lucas dengan uncle Jaehyun yang buat" dengan bahagianya Haeyong dan Dayeon menganggukkan kepala dan berlalu ke tempat yang menempatkan kanak kanak ribena di sana.

"YAYYY BUNGA APIII! BUTORUNEEEE FIREEEEEEEEE" sorak Junhyun, Yeeseung dan Hyeonseo di sebelah pelita yang dipasang. Renjun, Haechan dan Jaemin segera memegang dada.

Terkejut disebabkan diorang tengok anak lelaki diorang bergitu agresif bermain bunga api. Siap mencarut lagi kau haa. Minjae yang mendukung Sungjae berasa waswas ingin membiarkan sepupu kesayangannya itu turut serta bermain dengan trio tadi.

Sungmin berada dalam dakapan Qiren pun rasa takut. Manakala Soeun dan Jiaoni menyorok belakang Jinwoo. Soeun tetiba rasa tak nak mengaku Hyeonseo tu abang dia.
Bagus ini adekkkk.

Di sudut lain, Hyungmin serta Haojun sedang sibuk membakar lemang padahal diorang sibuk nak berkepit dengan papa diorang. Mark dan Xioajun menguburkan hasrat mereka ingin membaling anak mereka ke marikh.

"Hyungmin pergilah berkepit dengan mama tu. Papa nak bakar lemang ni" Mark menuding jarinya ke arah Minyoon yang seronok membawang dengan squad kentang yang lain. Hyungmin mencebik sebelum akur dengan arahan papanya. Mark bernafas lega.

"Haojun janganlah kacau papa bakar lemang ni kang papa terbakar kamu sekali macam mana?" kening diangkat sebelah memandang Haojun yang tak habis habis memeluk kakinya. Lapar kaki mungkin budak ni.

"Habis tu Hao nak buat apa?" soalnya polos.

"Hao pergi lah main bunga api dengan yang lain tu ataupun pergi tolong noona noona kamu kat dalam" arah Xioajun. Haojun mengikutkan saja kang kena bakar dia nanti dah tak sempat nak raya.

Di dalam rumah, Aeyoon, Minha, Xiyun, Namie, Xingryu dan Nako tengah tekun menonton tv yang menayangkan stage Hot Sauce daripada ensiti mimpi. Mereka mengabaikan Taemi, Hoyeun dan Hinata yang tengah membantu para ibu menggosok baju raya. Bermacam macam warna ada.

Dah macam buka dobi diorang ni. Haemin, Chaeni dan Eunjin menggelengkan kepala memandang Hyunsun, Yumi, Areum dan Yaenim yang turut berfangirl bersama anak saudara mereka.

ᴄᴏᴜsɪɴs² ⁿᶜᵗ ʲᵘⁿⁱᵒʳ [HIATUS]Where stories live. Discover now