sɪx🌱

226 38 3
                                    

💚 엔시티 ᴊᴜɴɪᴏʀ 💚

———

90's Love Café

"WE GOT THAT KICK KICK KICK—"

"WOIH UNNIE DIAM AH, CUSTOMER TENGOK SIAL" Minyoon membaling sebiji kentang tepat mengenai kepala Soonyin yang tengah heaven berjoget sambil mop lantai.

"LORHH SORRY AH" Soonyin mencebik. Balik nanti nak mengadu dekat Winwin lah. Eh mengada kau kak.

Yoonha menggelengkan kepalanya melihat telatah Soonyin dan Minyoon yang tengah berperang di dapur. Dia menunduk meminta maaf kepada semua pelanggan yang ada di cafe mereka. Para pelanggan hanya tersenyum, dah terbiasa dengan perangai tidak bermoral dari mereka semua. Beberapa ketika kemudian, Mieun dan Seungji datang menghampiri dirinya di kaunter cafe.

"Tak ramai yang datang hari ni, selalunya waktu macam ni dah penuh" mata Mieun memerhati keadaan cafe yang hanya ada beberapa orang saja di dalamnya. Keluhan kedengaran dari mulut Seungji bersama Yoonha.

"Aku rasa kita kena buat meeting lepas ni, dah tiga hari cafe ni macam kosong je" cadang Eunjin yang datang bersama dengan Haemin dan Yijoon. Mereka kelihatan seperti berfikir sebentar sebelum menganggukkan kepala masing masing. Yolah tak kan nak pergi anggukkan kepala customer en.

Ketika itu, terdapat dua ekor tenuk berkeliaran di luar cafe. Hannah dan Chaeni berborak sesama sendiri sambil tangan menyapu lantai cafe yang di penuhi daun daun kering yang gugur. Semasa mereka berdua rancak berborak, mata Chaeni terarah ke sebuah kedai baru di seberang jalan berhampiran dengan cafe mereka. Dia mencuit Hannah dan menyuruhnya memandang ke arah kedai tersebut.

"Pergh kedai baru siak, ramai pulak customer diorang. Baca sikit nama kedainya" Hannah mengecilkan sedikit matanya akibat silau dari matahari yang terang. Sama jugak seperti Chaeni.

"Food Paradise Café? Nama bukan main eh" komen Chaeni. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati dengan kemunculan cafe tersebut. "Asal ramai sangat eh?" sambungnya lagi.

"Alah biasa la tu, kedai baru. Lama lama nanti berkurang lah macam kita mula mula bukak cafe ni dulu" Hannah cuba menyedapkan Chaeni lalu mengajaknya masuk ke dalam.

di Food Paradise Cafe— panjang pulak aku nak menaipnya, kita panggil FPC je la*

"Kau tengok apa tu Yina? Customer ramai ni" sapa seseorang kepada wanita bernama Yina itu. Dia mengalihkan pandangan memandang gerangan tersebut. Jarinya menunjuk ke arah cafe squad kentang.

"Aku dengar cafe tu boleh tahan femesnya dekat area sini. Sampaikan orang dari jauh pun sanggup datang nak makan" balas Yina kepada rakannya itu.

"Alah nanti kita fikir la idea nak beat cafe tu. Sekarang ni fokus dengan pelanggan hari ni" susuk tubuh itu berlalu pergi kerana ada pelanggan yang memanggilnya. Yina jugak kembali melakukan kerjanya.

Squad kentang*

"Hmm hari ni tutup awal lah nanpaknya"

"Tu lah, tak ramai yang datang haih"

"Eleh korang kerja pun memain" Nihyeon menjeling ke arah Hyuni dan juga Minkyung yang tersengih tidak bersalah. Nak je dia tekuk muka memasing dengan doh biskut di tangannya itu. Sabar je lah fuh.

"Ok, wahai kentang sekalian. Amarilah kita dating— eh meeting" panggil Mieun sambil menepuk tangannya dari luar dapur utama.
Semua bergerak keluar menuju ke arah Mieun yang dah stand by dengan whiteboard dan marker pen. Mereka melabuhkan punggung lalu memandang Mieun di depan.

"Macam yang korang tau, customer kita makin berkurang jadi sila lah sumbangkan idea anda semua dari otak kecil anda yang entah ada apa dalam tu" panjang lebar Mieun berucap di depan. Semua pandang dirinya yang tersenyum begini -dia-mengutuk-depan-depan-ke-acener-ni?-.

ᴄᴏᴜsɪɴs² ⁿᶜᵗ ʲᵘⁿⁱᵒʳ [HIATUS]Where stories live. Discover now