"Rahsia"

31 1 0
                                    

Rahsia, bukan satu dua,

Sekali pecah rahsia hilang segala benda,

Biar pecah di perut jangan pecah di mulut,

Dulu tenang tetapi sekarang kelam-kabut.


Rahsia tinggal rahsia,

Tetapi itu sudah lama,

Jaga-jaga kerna ular masih ada,

Lilit badan atau yang patuk bisa.


Pandang kiri kanan jika mahu bercerita,

Takut bongkar rahsia dek yang bercerita,

Terlampau duka terurah buntil,

Terlampau suka terurah rahsia.


Jaga diri, nama dan bangsa,

Kerna mulut badan binasa,

Biar bersederhana sahaja,

Tetapi kaya budi bahasanya.


SasterakuWhere stories live. Discover now