𝕭𝖆𝖇 7 : THE BEGINNING

400 51 1
                                    

"NAH ! Kau dengar apa yang terakam dalam ni." Natrah menyuakan telefon pintarnya kepadaku. Terdapat fail berupa suara rakaman yang sudah pun dimuat turun yang ku lihat di skrin telefon tersebut.

"Tekanlah." Arah Jojo sambil menyilangkan tangannya di dada.

Aku gementar. Namun, hatiku benar-benar ingin menekan dan mendengarnya. Tapi aku takut...

No... Kau boleh, Issa ! Kau boleh !

Dengan teragak-agak, fail itu ku tekan. Kedengaran suara dua orang manusia yang aku cukup kenali. Aku mula teliti mendengarnya.

"Kau kenapa, Wawa ?! Kau tahu kan aku tengah bersiap, kenapa kau nak ajak aku juga ? Asal tak ajak Issa je ?" Kedengaran suara Hanani Qalisha berbicara.

"Aku terpaksa lah. Nah. Baca ni."

"Apa ni ?"

"Mana lah aku tahu. Kau bacalah sendiri."

Aku memandang ke arah Natrah dan Jojo buat seketika. Baca ? Apa yang diaorang maksudkan ?

"Amboi, senyum bukan main ea ? Apa yang ditulis dalam tu ?"

"Ada lah..."

"Poyo lah kau !"

"Wa, boleh tak kau bawa aku pergi satu tempat ni ?"

"Pergi mana ? Aku risau lah. Kau tu lagi beberapa jam je nak nikah tau. Kang nanti apa-apa jadi mesti aku yang kena !" Kedengaran enjin kereta dihidupkan.

"Eleh, habis tadi kau paksa-paksa aku ikut kau kenapa ? Sampai menipu suruh aku teman kau pergi beli barang ! Boleh je kau suruh Issa teman, lepastu kau bagi jelah aku surat ni."

"Surat ?" Dahiku berkerut. Aku kembali memasang telinga mendengar setiap apa yang dibualkan.

"Bukan aku tak nak tapi perempuan yang kirim surat ni suruh baca dekat luar. Lagi bagus bukan dekat rumah. Rahsia besar katanya. Aku pun tak tahu apa isi surat tu."

"Perempuan mana ?"

Perempuan ? Ada perempuan bagi surat dekat Wawa untuk kakak Qalis ?

"Dia kata dia adik perempuan Azamee. Aku mana kenal sangat adik-beradik tunang kau. Aku cuma sampaikan je apa yang dia suruh. Katanya abang dia yang arahkan dia..."

"Boleh lah. Kau bawa aku pergi satu tempat ni. Tak lama pun. 10 minit je. Amee tunggu aku dekat sana." Kedengaran suara Hanani Qalisha memujuk.

"Korang berdua ni gila tahu tak ? Lagi berapa jam nak nikah still lagi gatal nak jumpa. Kuda betul !"

Kereta mula bergerak. Mungkin ? Kerana aku dapat mendengar bunyi seperti Wawa sedang memandu. Mungkin mereka akan pergi ke tempat yang Hanani Qalisha ingin pergi ?

"Weh, wa. Betul ke apa yang aku buat ni ?"

"Manalah aku tahu.Fikir betul-betul. Kalau nak balik, aku boleh patah balik. Aku risau lah."

Keadaan menjadi senyap buat seketika. Aku tertanya-tanya dengan jawapan akak kembarku.

"No. Kita dah nak sampai. Aku tak nak buat dia tunggu sorang-sorang..."

Arrrghhh akak ! Bodoh !

"Suka hati kau lah. Aku follow je. Nanti kalau diaorang bising, kau tanggung ea ? Aku malas nak dengar mak aku bebel. Bukan takat mak aku je nanti, sekali akak aku. Lagi aku tak tahan nanti si Issa bebel. Bernanah woi telinga !"

BOOK 5: WIFE FROM HELLWhere stories live. Discover now