𝕭𝖆𝖇 15 : BLACK MEMORIES

379 40 3
                                    

KOPI suam diteguk rakus sebelum cawan kembali diletakkan di atas meja kopi. Aku menghirup udara segar di malam hari. Kini, sudah pun pukul 1:45 pagi namun mataku enggan menutup dan masih segar.

Aku memusingkan badanku menghadap ke bilik tidurku yang gelap-gelita. Dalam kegelapan, aku masih lagi dapat melihat sekujur tubuh sedang lena di atas katil. Aku mengelengkan kepalaku sebelum kembali menghadap ke palang.

Sampai bila aku kena buat semua ni ? Sampai bila aku kena tanggung semua ni ? Kepalaku benar-benar rasa berdenyut. Aku lelah.

Fikiranku kembali mengingati kejadian 2 bulan lepas. Kejadian di sebuah kafe di mana tempat yang sering aku dan arwah akak kunjungi.

2 bulan lepas...

Aku meregangkan tubuhku. Seluruh saraf ku bagaikan hendak terputus. Pelanggan yang mengunjungi kafe yang sedang aku kunjungi tidaklah terlalu ramai. Suasana senyap dan hanya bau kopi memenuhi segenap ruangan kedai.

Mana dia ni ? Lama lagi ke ? Rungutku sambil menilik jam tanganku. Jam sudah menunjukkan pukul 4:00 petang.

Ting...

Bunyi pintu kedai ditolak menandakan pelanggan masuk. Aku segera menoleh ke arah pintu masuk yang terletak tidak jauh dari mejaku.

Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai, berbadan sasa berjalan menghampiri mejaku yang terletak di hujung sekali. Lelaki tersebut melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan denganku.

"Maaf, lambat..." Ucap lelaki tersebut ringkas.

Aku hanya menganggukkan kepalaku sebagai tanda tidak kisah. Mataku mula meneliti setiap yang dipakai olehnya. Dari rambut hinggalah kaki.

Rambut yang ditutup oleh topi berwarna hitam. Tubuh yang disarungkan dengan hoodie tebal hitam tanpa sebarang corak. Kaki yang disarungkan dengan seluar jeans hitam. Telinga dan lehernya turut sama dihiasi dengan anting-anting dan rantai silver. Wajahnya tidak dapat dilihat sepenuhnya kerana ditutup menggunakan topeng muka berwarna hitam.

Dia ni memang ada aura kehitaman...

Sempat aku mengutuk penampilannya.

"Jadi, siapa kau ?" Aku mula membuka mulutku dan cuba membuang perasaan gusar.

"Nama aku Joss. Aku kawan Jojo." Lelaki misteri itu memperkenalkan dirinya sebagai Joss.

"Oh, jadi kenapa kau nak jumpa aku ?" Aku terus ingin ke inti perbincangan. Tidak mahu membuang waktu.

Sebuah fail diserahkan kepadaku. Tanpa teragak-agak,aku menyambutnya. Fail ku buka lalu 3 helai kertas yang sudah pun disatukan itu  ku ambil lalu aku teliti.

"Jojo arahkan aku cari maklumat pasal lelaki ni dan aku tahu kenapa korang cari maklumat pasal dia. Jojo dah ceritakan semuanya pada aku."

Helaian kertas ku teliti satu-persatu. Dari sijil lahirnya sehingga perihal dirinya.

"Dia belajar dekat Maktab Perguruan dekat Tanjong Malim,Universiti Pendidikan Sultan Idris." Joss mula menceritakan isi kandungan helaian kertas yang berada di tanganku dan aku hanya memasang telingaku.

"Dan dia sekarang mengajar di sebuah sekolah menengah sebagai guru matematik dan juga matematik tambahan..."

"Keluarga dia ?" Soalku.

Aku tak pernah mendengar kisah keluarganya. Aku sendiri tak tahu sama ada dia ada adik-beradik atau tak. Ataupun mak dan ayah ?

"Okey ! Nama ayah dia Zaim. Nama mak dia pula Laila. Waktu dia remaja, mak ayah dia bercerai dan akhirnya dia tinggal dengan ayah dia. Mak dia ? Mak dia dah meninggal akibat kemalangan jalan raya. Lepas je mak ayah dia bercerai, dia dah jarang dapat jumpa mak dia. Paling-paling pun setahun sekali..."

BOOK 5: WIFE FROM HELLWhere stories live. Discover now