HEATHER 14

3.9K 169 8
                                    

" Hayder

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Hayder..."

Mata bertentang mata. Ruangan mall yang dipenuhi dengan manusia itu terasa begitu kosong. Mereka leka dengan tatapan mata masing-masing.

"Kak Laura."

Laura mengalihkan matanya apabila tangannya digoyang perlahan. Dia menunduk memandang Isya.

" Yes Isya?"

" Lambat lagi ke Kak Laura dengan abang ni nak bertentang mata?" Soal gadis kecil itu polos.

Laura terkedu. Wajahnya mula bertukar merah. Aduhh, kenapalah si Isya ni kena tanya depan Hayder?

" T-tak ada lah. Jom kita pergi cari ibu." Tangan Isya digenggam untuk berlalu pergi dari situ. Hayder yang berada di situ dibuat-buat tidak nampak.

" Laura, can we talk?" Suara Hayder mematikan langkah Laura.

" For what?" Tanya Laura tanpa berpaling memandang Hayder.

" Tentang kelmarin."

" Sorry, I busy. Jom Isya."

" Eh Kak Laura. Kak Laura cakap lah dulu dengan abang ni. Ibu dah datang tu, Isya boleh jalan-jalan dengan ibu." Kata Isya lalu melepaskan pegangan tangan Laura.

" Tapi–" Bicara Laura dicantas oleh Betty yang datang berhampiran dengan mereka bertiga.

" Kenapa ni Laura? Isya?" Betty memandang Isya dan Laura. Matanya melirik pada lelaki yang sedang berdiri di belakang Laura itu.

" Ibu, kak Laura nak jumpa abang tu kejap. " Beritahu Isya sambil menujukan jari telunjuknya kepada Hayder.

" Ohh, kalau macam tu pergilah. Nanti kalau Laura dah siap berborak, Laura telefon Kak Bet." Ujar Betty lalu tersenyum kecil.

Laura memandang kepergian Betty dan Isya itu dengan pandangan resah. Bukan. Bukan resah kerana mereka telah meninggalkannya, tapi resah kerana lelaki yang sedang berdiri di belakangnya ini.

*•*•*•*

" So, siapa tadi tu?"

" Huh?!" Laura yang sedang mengacau air menggunakan straw itu terpinga-pinga.

" Perempuan dengan budak tadi tu, siapa?" Hayder mengulangi ayatnya. Dia memandang reaksi canggung Laura, dan dia tidak sukakannya. Dia berasa seperti mereka berdua itu ialah orang asing.

" Kawan I." Balas Laura pendek. Wajah Hayder langsung tidak dipandang.

" Sejak bila you ada kawan dekat Malaysia?" Hayder mengerutkan dahinya. Setahunya, Laura baru sahaja tiba di Malaysia, tidak mungkin telah mendapat kawan secepat ini.

" Kawan waktu dalam lokap dulu."

Wajah Hayder yang mulanya tenang bertukar seratus peratus.

" I minta maaf. Kalau lah I tak percayakan cakap Nina bulat-bulat, mesti you tak akan kena pukul waktu dalam lokap dulu." Hayder memandang Laura dengan serba salah.

HEATHERWhere stories live. Discover now