Bab 14 : All The Best

367 18 0
                                    

"Diorang makan tak tinggal kat orang sikit pun. Habis licin" sambil ketawa aku bercerita pada mak tentang asam rebus yang dikirim hujung minggu lepas.

"Nanti datang boleh lah mak masak... Nanti orang tanya diorang nak makan apa" aku senyum memandang mak di skrin telefon. FaceTime dengan mak selepas Maghrib.
"Okay, jangan lupa bagitau diorang mak nak tidur satu malam kat rumah kau" serius emak berpesan.
"Ye... tak lupa.. Ok mak, jumpa minggu depan" aku melambai seraya mematikan panggilan video.

"Korang, mak aku nak datang singgah rumah Sabtu ni. Tumpang tidur satu malam" text tersebut aku hantar dalam WhatsApp group rumah.

Memang dalam Tenancy Agreement dah disebut ibu bapa serta adik beradik perempuan boleh datang melawat dan tidur di bilik tetamu. Penyewa hanya perlu memaklumkan kedatangan keluarga sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal bagi memastikan semua orang boleh bersedia. Walaupun ini hanya rumah sewa, sifat kemanusiaan dan kekeluargaan sememangnya di jaga.

"Orait" simple jawapan dari Amy.

"Mak aku tanya ada apa-apa request nak makan ke? Mak aku nak masak" sambung aku lagi.

"Alhamdulillah Ya Auloh.... Ya Auloh Kau telah bantuin Nabila...." jawapan dari Amy membuatkan aku berdekak gelak. Amy ni tak pernah serius dalam WhatsApp chat.

"Asam rebus boleh?" tiba-tiba text dari Hani terpampang di skrin telefon.
Dah lama rasanya aku tak nampak text dari Hani. Baik dalam group, apatah lagi personal.

"Boleh. Esok free?" ini peluang baik untuk patch up plan!

"Free!" Adeh! Jawapan dari Amy pulak yang sampai.

+ I offday esok. Kenapa? - Hani

Text personal dari Hani diterima.
Tiba-tiba aku rasa perasaan aku kembang semacam. Macam excited. Dup-dap-dup-dap.

+ I nak beli bantal baru untuk bilik tetamu. Ikut I jom? Perlukan advice dari you. I nak bantal macam hotel.

Meluncur cantik idea yang relevan untuk ajak Hani keluar dengan aku esok.
Heh, perlukan bantuan nak cari bantal hotel konon. Fernex Athlete orthopedic pillow tu aku beli tak mintak pendapat sesiapa pun...

+ Okay.

Jawapan yang ringkas dari Hani namun mampu membuat aku tersenyum sampai telinga.

"Woi, esok aku free... kenapa?" alah.. sibuk pulak personal text dari si Amy ni.
"Aku ajak Hani lah..." haish.. dah satu hal nak kena explain lagi.
"Dating?" Amy dan perangai menganjing dia.
"Patch up...kinda" jujur jawapan aku.
"All the best" Amy seakan mengerti niat sebenar aku.

HaniWhere stories live. Discover now