Bab 30 : Muktamad

339 18 0
                                    




Pintu diketuk perlahan. Aku yang sedang menonton televisyen atas katil mencapai remote lalu menekan butang power off.

Dimmed light ditepi katil diputar perlahan, lalu suasana bertukar menjadi malap. Setting mood baik punya!

Aku dah bersedia nak berdepan dengan keadaan ni. Sejak kelmarin aku dah praktis bagaimana nak handle situasi yang bakal terjadi sekejap lagi.

"You dah tidur?"
Seperti yang dijangka, Hani muncul di depan pintu.

"Masuk lah".

Pintu ditutup dan Hani melangkah ke arah katil. Dia kelihatan serba salah mahu mengambil tempat di sebelah aku.

Hmmm... dulu kemain bergurau nak suruh aku ajak duduk sekatil... sekarang dia pulak yang tak tentu arah..

Adoi... wangi pulak dia malam-malam macam ni...

Aku membetulkan bantal yang berada di sebelah kiri dan memberi isyarat agar di duduk di sebelah.

"So, boleh kita bincang?" Hani memulakan bicara dan aura serius mak yus menerawang ke segenap penjuru bilik.

*****

Kenapa tak bagitahu yang you sebenarnya tuan rumah?
I ada alasan sendiri. Kita duduk harmoni je selama ni.

Amy tau?
Tak. Tapi nanti I bagitau. Buat masa ni tak ada keperluan.

I dapat tawaran kerja. Naik pangkat.
Ya tau. You dah bagitau haritu. Tahniah.

You marah I?
Tak ada sebab untuk I marah you.

Kalau I terima, I akan pindah.
Ya. I tahu dan I faham.

Patut tak I terima?
I bukan orang yang terbaik untuk menjawab soalan tu.

Habis tu siapa?
Diri you sendiri. You and only you.

Ok tamat sesi pertama. Sekarang giliran aku pulak!

Macam mana you tahu I tuan rumah?
Tenancy Agreement yang Nawwar bagi.

Maksud?
Takkan tuan rumah direct contact dengan assistant you pulak...

Ada possibility juga kan, sebab I ketua rumah?
Nama you. Nama penuh you. Amy bagitau.

Oh! Amy tahu sebab aku bagi nombor akaun untuk bayar duit yang dia pinjam bagi pihak Faiz haritu. Maksudnya... Amy tahu aku tuan rumah!

Kenapa terus inform tuan rumah pasal nak pindah?
Sebab lambat laun kena bagitau jugak.

Kenapa tak bagitahu I dulu, I mean, in the first place.
Sebab tak jumpa you dekat tiga hari. You dengan Nawwar, kan?

Ok, kita sambung sesi ke tiga.

Mak tahu I nak pindah?
Tahu. Dia minta jumpa dulu sebelum pindah.

You kerap jumpa Nawwar baru-baru ni... (ada apa-apa ke?)
Lawat dia sakit. Urusan kerja. (dan urusan soal hati...)

Kenapa you tak terus tanya I bila dapat tahu I nak pindah?
Sebab I terkejut. Everything seems okay, well... I thought.

Tak semua perkara okay.
Kalau you nak cakap pasal Shah, I dah tahu tentang tu.

Amy bagitahu?
Ya. Jangan marah Amy. Dia memang concern hal macam ni.

Sorry.
Sorry kenapa? Bukan you salah.

Semua okay ke tu? Kita nak masuk pusingan ke empat ni...

Kenapa tak bagitau I pasal Shah blackmailed you?
I tak nak you pulak yang susah fikir hal ni.

So, you terima dia semula?
I memang dah move on. So, nope...

Then you terima jawatan ni sebab nak lari dari dia?
Partially correct.

Please elaborate.
I bukan lari. I cuma tak suka benda complicated. Especially bila Shah ugut I.

And you tinggalkan I?
You ada Nawwar, kan?

*****

"Terima kasih jumpa I" ucap Nawwar setelah masuk ke dalam kereta. Aku jemput Nawwar untuk makan tengahari bersama. Sepanjang perjalanan aku cuma fokus tentang hal kerja. Sekali sekala termasuk grapevine. Tapi butirnya masih berkisar hal pejabat.

Selepas makan, aku hantar Nawwar pulang. Kali ini, aku sekadar menghantar dia cukup sampai di parking level.

"I nak borak sikit hal malam semalam".
Aku mulakan perbualan dan Nawwar membetulkan duduk, tanda dia bersedia nak dengar butir bicara aku.

"You tahu kan you bukan assistant I yang pertama?"
Dan muka terkejut dia sudah aku jangka....

"Empat tahun lepas, masa I mula handle terminal project ni, I ada sorang assistant.
A lady.
Dia sama macam you. Baik, berdikari, resourceful, dan dihormati.
Everything was a challenge phase on that time... well, you know, green field.
As yuppie, kitorang memang bekerja keras. Dia banyak tolong I.
Kitorang struggle sama-sama. And... truly, kitorang banyak habiskan masa bersama untuk siapkan kerja dan project progress".

Aku diam untuk beberapa saat.

"Unfortunately, I fell for her"

Mata Nawwar seakan bersinar. Sabar, cerita belum habis.

"Few months after the first phase completed, I dapat tawaran kerja kat utara.
Disebabkan I sayang pada dia, I lepaskan tawaran tu. I bagitahu dia I nak settle down.
Everthing seems perfect, kitorang sewa rumah dan tinggal bersama.

Tapi, office relationship is very difficult to handle.

Ditambah dengan pressure among colleagues, nak rahsiakan hubungan, and you have to be strictly professional once you enter the office zone.

Sikit demi sikit, kitorang start argue dan bergaduh...

Dan bila terlibat dalam relation boss-assistant, benda tu jadi lebih tricky...

Kadang hal kecil dan remeh pun boleh jadi isu besar...

One day, dia datang jumpa I dan hulur satu sampul putih. Resignation letter.
Masa tu, I tak mampu nak tahan dia lagi.

On the same day, mortgage loan I approved.

So, I kekal kat sini... dan dia pindah. I dengar dia dah kahwin".


Nawwar pandang muka aku. Menunggu conclusion.

"So, I tak nak benda ni terjadi sekali lagi."


Dan dengan itu, aku pilih untuk tidak menerima Nawwar. Muktamad.

HaniWhere stories live. Discover now