Bab 34 : Realiti

428 25 0
                                    




"So... kita ni macam mana?"
Aku ajukan soalan pada Hani yang sedang berbaring di sebelah.

Tinggal kurang seminggu sebelum Hani berpindah. Aku mahu habiskan sisa yang terluang ini dengannya. Pelawaan untuk berpindah ke bilik aku diterima baik oleh Hani. Sekarang, kami berkongsi katil.

Gais, jangan fikir benda yang aneh-aneh... aku cuma nak habiskan masa bersama Hani.
Sex is off the table.

Hani bangun perlahan, kemudian duduk bersandar. Kepala dia lentokkan ke bahu aku yang turut bersandar bersebelahan dia.

"I sayang you. Serius."

Ini kali pertama Hani mengaku secara terang-terangan perasaan dia pada aku.
Suasana bilik yang malap membolehkan dia menyorokkan wajah yang mungkin sedang merah padma.

"You ada banyak ciri-ciri yang buat I mudah jatuh hati pada you". Hani membuat jantung aku berdegup laju.

"So, kita ni couple lah, kan?", soal aku.
Hal macam ni kena straight to the point.

Hani ketawa sambil tangannya menutup mulut. Mungkin tak percaya soalan jenis ini keluar dari mulut aku.

"Yes... you can call me your girlfriend" ketawanya masih bersisa.

Akhirnya....

Aku pandang wajah Hani yang kini betul-betul cuma seinci jaraknya dari wajah aku.

"Hani... I love you. I do". Satu kucupan aku berikan, menekan lembut bibir dia.

Hani diam sebentar. Mungkin mengambil masa untuk menghargai momen-momen terakhir kami.

So, this is...

"Sayang, I tak pernah pujuk you sekali pun untuk tarik semula keputusan you berpindah, right?"
Aku pandang terus ke dalam mata Hani.

Hani membetulkan duduk. Menunggu butir bicara dari aku.

"I sokong semua keputusan you. For your career. For your future".

"Sebab I percaya cuma you sendiri yang boleh atur kehidupan you. Kehidupan yang lebih baik."


I do love you Hani..


"But, hear me out, sayang."

Nafas panjang ditarik.

"I don't believe in long distance relationship"

Realiti.

HaniWo Geschichten leben. Entdecke jetzt