BAB 20

6.6K 518 144
                                    

Selepas Erina dan Nafisa selesai solat subuh, mereka membantu Blanca menyediakan Nasi Lemak untuk sarapan. Erina banyak memberikan tunjuk ajar kepada Blanca memandangkan gadis itu teruja mahu belajar masakan Malaysia.

Selesai saja bersarapan, mereka mula menyambung assignment yang tergendala semalam. Masing2 sibuk membuka buku dan nota untuk mencari maklumat yang diperlukan.

"Oh, Erin. Where is the rest of your part for the assignment? I want to compile everything." Soal Blanca kepada Erina.

"Wait a minute."

Erina membuka failnya yang berisi pelbagai jenis nota. Dia mencari satu persatu helaian kertas di situ. Dahi Erina mula berkerut apabila kertas kerjanya itu tiada.

Erina mula mencari di dalam beg pula. Dia mula gelabah apabila kertas kerjanya masih tidak kelihatan. Ah, sudah...tertinggal kat rumah ke?

"I'm so sorry, I think I left it at home. I'm so careless." Erina rasa bersalah kerana merumitkan kerja Blanca. Memandangkan sekarang Erina sudah mula membuat kertas kerja yang baru, dia terlupa mahu membawa kertas kerjanya yang lama.

"Oh, it's fine. Just bring it this Monday. I will compile it later before submitting." Jawab Blanca sambil tersenyum, tidak mahu membuat Erina serba salah.

"Okay, sorry again."

Erina menyambung menyiapkan tugasannya. Namun, beberapa saat kemudian tangannya berhenti menulis. Patut ke aku pergi ambik kertas tu kat rumah sekejap?

Sebenarnya, Erina agak risaukan Edrian. Sudah makan ke lelaki itu? Edrian cerewet bab makanan, maka Erina risau lelaki itu tidak akan makan langsung hari ini.

Namun Erina cuba menghiraukan perkara itu. Alah, malas la. Pandai la mamat tu cari makan kalau lapar. Erina menyambung menulis, dia cuba untuk fokus. Tapi...

Tap!

Erina meletakkan pen di atas meja lalu berdiri tegak, membuatkan Blanca dan Nafisa memandangnya pelik.

"Hurm, I think I will go back for a while. I'll get my paperwork."

Berkerut dahi Blanca mendengar kata2 Erina. "Eh, you don't have to. That's too troublesome, Erina. Just bring it this monday."

Erina tersengih hambar. Dia mula mencipta alasan di dalam kepala. "Err it's fine. My home is not too far from here, right? I'll just take a Grab. Really. It's fine. I'll be right back real soon."

"What? No. If you really want to go home I can send you." Protes Blanca.

Erina menunduk lalu memegang pipi Blanca. "It's fineeee. Really. Pleaseee don't worry. I'll just take a Grab and be right back. Is that okay?"

Blanca tiada pilihan selain bersetuju apabila Erina sudah berkeras. Erina tersenyum lalu mengambil telefon dan dompetnya. Dia melambai ke arah kedua gadis itu lalu mula melangkah keluar.

Erina berjalan di kaki lima menuju ke lif. Dia memicit dahi. Entah kenapa dia tidak dapat berhenti dari risaukan Edrian. Walaupun dia cuba menghiraukannya, tapi perasaan risau itu masih ada.

Ahh, balik je la. Masak untuk mamat tu sekejap, ambik kertas kerja lepastu balik sini semula. At least dapat la pahala masak untuk suami.

Konon.

* * *

Erina keluar dari lif sebaik saja tiba di level rumah Edrian. Dia melangkah sampai ke pintu hadapan rumah Edrian lalu kod pintu dimasukkan. Namun, kod itu salah. Erina berkerut. Tersalah tekan ke?

Erina cuba memasukkan kod lagi namun belum sempat dia mahu memasukkan semua nombor, tiba2 pintu itu dibuka dari dalam. Erina sedikit terkejut. Eh mamat Edrian ni tiba2 je bukak pin...

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now