BAB 21

6.5K 579 89
                                    

Erina duduk di atas sofa sambil mengemas barangnya ke dalam beg pada petang Ahad itu. Dia perlu pulang ke rumah hari ini. Walaupun berat hati, dia tiada pilihan.

"Thank you Erina, Nafisa for accompanying me this weekend. I have so much fun with you guys." Ucap Blanca, ikhlas. Kalau boleh dia mahu tinggal bersama mereka berdua selamanya.

"Me too. Thank you so much for everything Blanca. You're so sweet." Balas Nafisa sambil merangkul bahu Blanca.

Erina turut tersenyum. "Thank you Blanca. Next time let's spend time together again, okay?"

"Of course, gurll."

Mereka bertiga saling berpelukan. Kemudian, Blanca dan Erina menghantar Nafisa pulang ke rumahnya di tingkat bawah. Selepas itu Blanca menghidupkan enjin kereta untuk menghantar Erina pulang pula.

Di dalam kereta Erina diam saja, tidak berbual dengan Blanca seperti biasa. Erina hanya memandang ke luar tingkap, sedang mengelamun.

"Erina?"

Erina segera menoleh apabila Blanca memanggilnya. "Yes?"

"Hmm, actually where exactly is your house? You always asked me to pick you up at the seven eleven. You know, I can send you straight home. Because you look quite tired since yesterday." Terang Blanca, wajahnya kelihatan risau.

Erina menggeleng. "No, it's fine, really. My house is not that far from the seven eleven. I can take a walk. Don't worry. But thank you for worrying about me."

Blanca memandang Erina lama kemudian dia mengangguk. "Okay, I understand."

* * *

Erina berdiri tegak di hadapan pintu rumah Edrian. Sudah 5 minit dia berdiri di situ kerana Erina keberatan mahu masuk ke dalam. Sejujurnya, dia sedikit trauma dengan kejadian semalam. Seluruh tubuhnya tiba2 terasa tidak selesa dengan rumah itu.

Namun, Erina gagahkan juga diri untuk menekan butang pada code locks. Kemudian Erina memulas tombol pintu lalu melangkah masuk ke dalam.

Mata Erina melilau memandang sekeliling. Tiada sesiapa. Rumah itu sunyi. Mungkin Edrian sedang berada di luar.

Apabila nama Edrian muncul saja dalam kepala, automatik mood Erina berubah suram. Walaupun Erina mengaku dia sudah mula selesa dengan Edrian sejak belakangan ini, namun sekarang semua itu sudah berubah. Perasan yang Erina ada untuk Edrian sekarang hanyalah kebencian, sama seperti masa mula2 mereka berkahwin dulu.

Erina melangkah ke arah biliknya lalu pintu bilik dihempas sebaik saja dia masuk ke dalam. Dia mencampak beg di atas meja kemudian Erina baring tersembam di atas katil. Kepalanya sarat dengan pelbagai perkara membuatkan dia pening.

Lama-kelamaan, mata Erina terasa berat. Dia mula terlena, meninggalkan semua masalahnya buat sementara.

* * *

Knock! Knock!

Mata Erina terbuka luas dek kerana terkejut dengan bunyi ketukan di pintu biliknya. Erina segera mencapai telefon. Pukul 10 malam.

"Ya Allah. Dekat 7 jam aku tidur? Betul ke ni?" Bisik Erina pada diri sendiri. Entah kenapa dia boleh terlena sampai 7 jam. Penat sangat ke dia? Nasib baik dia mula 'cuti' hari ini maka dia tidak perlu risau tentang solat.

"Erina? Are you inside?"

Wajah Erina terus berubah apabila kedengaran suara Edrian dari luar biliknya. Erina tiada niat mahu menjawab soalan lelaki itu. Dia hanya bersandar pada penghadang katil sambil memeluk kaki.

"Erina?"

Tapi kalau Edrian masuk bilik aku macam mana? Dia kan suka main terjah je. Ahh, takpe la, kalau dia masuk aku pura2 tidur.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now