14;

1K 80 3
                                    

Selesai sudah majlis akad nikah Afea dan Hariz, mereka cuma mengadakan Majlis akad nikah, yang hadir cuma keluarga terdekat, dan juga sahabat² Afea.

'' Afea, kenapa duduk kat sini? Pegilah naik atas,mesti penat "ujar Tengku Marhani

" kejap lagi lah ma, ni nak gi dapur sekejap nak minum"jawab Afea lalu berlalu ke dapur

" hmm, macam² lah kamu ni"

" hihi, dia takut lah tu ma" sergah abangnya yang sulung Afran entah datang dari mana

" ish kau ni bang!, mana ada lah" jawab Afea walaupun kenyataanya

" dah², jangan nak gaduh Afea gi naik, mandi apa semua esok nak Sekolah"

"yelah ma" akur Afea takkan lah dia nak melawan kang derhaka hah

Lalu Afea terus naik ke bilik....

Krek..

Perlahan-lahan kaki Afea menapak masuk, matanya melilau kesana kesini mencari Hariz, sama ada Hariz sudah tidur atau belum

Setelah lama dia memandang disegenap ruangan bilik tersebut, akhirnya dia terpandang sosok tubuh Hariz yang sedang Berbaring di katilnya dengan mata tertutup

" kalau mata tu, tutup ertinya dia dah tidur lah kan?" monolognya

Lalu masuk dengan kaki yang terjengket-jengket, tidak mahu mengejutkan Hariz....

Dia mengambil tuala mandi, dan baju lalu masuk ke dalam tandas untuk mandi

....

Hariz POV.

Dia terpandang Afea yang hendak masuk ke dalam bilik itu, mungkin hendak mandi tapi dia hairan kenapa mata afea seperti sedang mencari sesuatu

Tapi dia hanya membiarkan sahaja, lalu membaringkan dirinya diatas katil, dan menutup matanya

" dia ingat aku tidur ke huhu" kata Hariz tapi perlahan sahaja suaranya

" takpe², kita tunggu dia keluar" lalu kembali menutup matanya

Sampai lah Afea keluar daripada bilik mandi. Setelah itu afea membentangkan sejadahnya untuk solat maghrib dan isyak

Hariz terus membuka matanya, dan bertanya kepada Afea

" kau nak solat ke?"

" eh tak lah, aku nak mandi ni hah, dah nampak aku bentang sejadah, mestilah aku nak solat" jawab Afea sambil memakai telekungnya.

" eleh aku tanya je pun, tunggu jap kita solat sama²" kata Hariz lalu bergegas menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk

Afea hanya menunggu Hariz selesai berwudhuk, sambil² itu dia turut membentang kan sejadah untuk Hariz

Tidak lama kemudian Hariz pun keluar daripada bilik air, lalu mereka menunaikan solat berjemaah

....
Keesokan harinya🌅


Kring.. Kring..

Bunyi yang sangat kuat itu membuatkan Afea terbangun dari tidur lena nya, lalu melihat jam tersebut. Jarum jam menunjukkan pukul 5.30 pagi

Lantas dia bangun untuk mandi dan solat, tapi dia terasa ada sesuatu yang sedang menghimpit dirinya😱?

Dia rasa terkejut lantas membaca semua surah yang dia hafal, tetapi sama sahaja "benda" takkan lari punya

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐀𝐊𝐔 , 𝐖𝐈𝐅𝐄 𝐀𝐊𝐔 [𝐂] ✔Where stories live. Discover now