32;

785 31 3
                                    

Sekarang ini mereka berada di hospital berdekatan ,kerana Afea mengalami luka yang sedikit parah .

" Tengok apa dah jadi?,tulah tadi tak nak dengar cakap abang kan ,hah dah kena cam ni " kata Hariz

" Eee,org tengah sakit ni takyah lah cakap pasal tadi , tau lah saya salah " rajuk Afea

" elele , ingat kan taktahu nak ngaku salah ,eleh sian dia ,sakit?"

" eh tak sakit ,kuat lagi ni nak debik muka abang " loyar buruk Afea

" Hahaha ,yelah² sorry ,meh sini tangan "di angkat tangan Afea perlahan-lahan dan dibelek-belek

" Herm tulah, abang baru nak cakap perkara sebenar , sayang laju je jalan tinggalkan abang kat belakang "

" Eh ,dahlah jom balik hotel penat lah ,ngantuk " ujar Afea sambil menggosok matanya yang dari tadi cuba ditahan daripada terlelap .

Hariz yang mengerti keadaan Afea , langsung bergegas memapah Afea. Dan terus mencari Taxi disekitar kawasan itu .

Skip**

Sebaik sahaja sampai ke hotel , Afea terus terlelap di atas katil,manakala Hariz keluar untuk membeli makanan dan minuman untuk mereka berdua.

Setelah hampir sejam,Hariz balik semula ke hotel ,dan mendapati Afea masih nyenyak tidur di atas katil . Dan sekarang pula menunjukkan waktu solat isya' .

Lantas dia mengejut Afea untuk solat isya' bersama. Afea yang masih mamai terus menuju ke kamar mandi untuk mengambil wudhu .

Dalam keadaan yang terhuyung-hayang nasib tak terlanggar dinding.Hariz yang melihat itu ketawa kecil melihat gelagat comel isterinya itu .

Skip lepas solat***

" Sayang , dahi sayang itu dah okay ke ? ,Sakit lagi ?" Soal Hariz dengan penuh tanda kerisauan

" Abang , sikit je ni tak sakit sangat lah " selamba Afea menjawab sambil mengunyah roti coklat yang sempat dibeli oleh Hariz tadi .

" Tu ,kaki dah okay, kalau tak elok lagi esok kita rehat kat bilik je lah , lagipun kita ada masa lagi kat sini " ujar Hariz yang masih risau dengan keadaan isteri tercinta.

" Herm , saya dah okay lah abang kaki ni dah tak sakit , saya boleh sepak bola lagi tau ,nak sepak abang pun boleh . Hehe gurau je" Afea menjawab dengan nada yang manja dan terselit gurauan sedikit .

" Amboi, kuat sangat itu , tapi ni betul eh dah okay ?" Meminta kepastian

" Ye betul , esok saya nak kita pergi LUXEMBOURG GARDENS saya search kat makcik Google dekat sana banyak bunga-bunga cantik ,colourful . Astu saya nak awak tangkap gambar saya banyak-banyak " celoteh Afea yang tidak sabar untuk hari esok

" Anything for you sayang ,dah sekarang ni gi tidur, esok boleh gerak awal " kata Hariz yang dari tadi menahan kantuknya

" Okay abang sayang " ujar Afea terus tidur , walhal dia tidur tadi melebihi sejam . Hariz turut melabuhkan badannya di sebelah Afea sempat ia mengucup kening Afea.

~•~•~•~•~•~•~•~•~•~Pagi •~•~•~•~•~•~•~•~

Pagi yang indah, udara yang segar membuat Afea seronok untuk memulai perjalanannya bersama Hariz.

Sebelum berangkat pergi , mereka sempat bersarapan untuk mengisi perut mengelakkan perut sakit sewaktu bersiar .

Akhirnya mereka pun berada di LUXEMBOURG GARDENS, tempat dimana yang dibincangkan semalam.

Hariz pun memulakan tugasnya sebagai photographer tak berbayar kepada Afea ,sesekali itu mereka juga meminta tolong kepada orang yang berada disana untuk mengambil gambar mereka berdua sebagai kenangan .

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐀𝐊𝐔 , 𝐖𝐈𝐅𝐄 𝐀𝐊𝐔 [𝐂] ✔Where stories live. Discover now