30;

868 30 0
                                    

Selama beberapa jam mereka berada di dalam kapal terbang, akhirnya mereka telah pun sampai ke destinasi dengan selamat.

Hariz lantas mengejutkan Afea yang tertidur di bahunya, kelihatan nyenyak sekali.

" sayang, bangun kita dah sampai, eh sayang" ditepuk-tepuk pipi Afea

Tapi malangnya, itu tidak membuat Afea terbangun dari lenanya. Lalu Hariz mengerak-gerakkan jarinya di atas muka Afea.

Afea yang merasa terganggu langsung bangun dari lenanya, dengan keadaan mamai dia berkata " kita dah sampai ke abang?" sambil menguap dia bertanya lalu.

" Ye, sayang kita dah sampai ni, dah cepat bangun, kita turun sekarang"

Setelah itu, Afea terus bangun dari duduknya dan terus mengekori langkah Hariz untuk turun dari kapal terbang.

" sayang nak makan dulu ke, ataupun kita Check-in hotel dulu?" tanya Hariz

" kita Check-in dulu lah, sayang mengantuk ni" jawab Afea manja

" alolo, sian dia ngantuk, ok lah kita pergi Check-in dulu okey". Lalu mereka berdua bergegas ke hotel yang telah pun mereka tempah.

....................................................

Mereka disambut dengan mesra dengan staf hotel di situ.

" yes, Sir May I help you?" tanya Receptionist itu

"yes, I have a room reservation in the name of Tengku Hariz Naufal " jawab Hariz

" oh yeah, let me check first" kata Receptionist lalu dengan cepat dia memeriksa tempahan tersebut.

" okay, you booked a Honeymoon package room, right?" sebut kerani itu

" yes" jawab Hariz ringkas

" okey,so this is your room card, and the room is at number 498"

" thank you"

" you're welcome, Sir"

Dengan cepat dia membawa Afea pergi ke bilik mereka berdua. " sayang, jom naik bilik".

" ha, okey abang" lantas dia mengekori langkah Hariz menuju ke bilik mereka berdua.

~dalam bilik.

Sebaik sahaja mereka berdua masuk ke bilik, Afea terpegun melihat hiasan bilik tersebut , sungguh terlihat indah nian.

" wah, cantik lah hiasan bilik ni, pandai abang book bilik" puji Afea

" eh mesti lah, cantik kan, dah sayang kata tadi ngantuk, so sayang pegi rehat dulu, nanti kalau dah nak maghrib abang kejut" ujar Hariz

" okay, saya pegi rehat dulu eh" lalu terus menuju ke katil mereka berdua.

**************

~Skip~

Manakala Hariz pula, mengemas dan susun atur semua barang-barang mereka di almari yang telah di sediakan.

Setelah selesai mengemas semua barang, dia kemudian bergegas untuk mandi sekaligus mengambil air wudhuk.

Dan baru lah dia mengejutkan Afea untuk mandi dan berwudhuk. " sayang bangun, sayang ~".

" ermm, dah pukul berapa ni?" tanya Afea

" dah pukul 7.00, dah gi mandi, ambik wudhuk sekali, kita solat maghrib, cepat sikit" gesa Hariz

" okay, saya gi mandi dulu" lantas bergegas untuk mandi dan berwudhuk.

Setelah itu, baru lah mereka sama-sama menunaikan solat Maghrib.

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐀𝐊𝐔 , 𝐖𝐈𝐅𝐄 𝐀𝐊𝐔 [𝐂] ✔Where stories live. Discover now