BAB 8

1K 75 17
                                    

Aku terus baring. Belum sempat aku nak pejam mata,

Buk!! Bunyi kat atas bumbung.

Aku terus mendonggakkan kepala. Aku pusing ke kanan berharapan nabila tak tidur lagi. Tangannya aku cuit tetapi hampa. Nabila dah terlelap terlebih dahulu.

Buk!! Buk!!

Aku terus merapatkan mata. Masa ni entah lah. Dengan ada jenazah dekat ruang tamu. Dengan kat luar bermacam-macam bunyi. Aku terus gerak mengereng ke kiri. Tak lama tu.

"Dah-dah." Ucap izuwann

Aku hanya mengangguk dan akhirnya aku terlelap. Tetapi masa ni aku terlelap hanya beberapa minit. Lepas tu aku terjaga sebab aku terasa kaki aku macam kena cuit. Bukan aku sorang yang rasa. Rupanya nabila dan lia pun kena cuit sama. Tak lama selepas itu, dinding rumah moyang lia macam kena cakar dari luar.

Krekk!! Krekk! Krekk!

Lia terus bangun dan duduk dekat sebelah aku.

"Aku takut" Ucap lia

"Shhh. Diam je dan tidur." Ucap aku.

"Aku tak boleh tidur anna"

"Tak ape. Kau baring je. Nanti kau akan terlelap sendiri."

Lia menganggukkan kepala. Aku yang duduk terus baring. Aku mengereng mengadap ke arah lia sebelah kanan. Belum sempat aku nak pejam mata, tiba-tiba

Tap! Tap! Tap! Tap!

Bunyi tapak kaki berlari. Lia terus pegang tangan aku. Jantung aku berdegup laju.

"Anna! Anna kau dengar tak?" Tanya lia berbisik.

"Aku dengar. Shh. Tidur je"

Aku dengan lia terus pejam mata. Kesian dekat lia. Malam tu tangan dia menggigil teruk. Nabila pulak aku rasa dia dah membuta selepas kaki dia kena cuit. Akhirnya aku terlelap jugak. Dah tak sedar apa dah.

Aku tersedar dalam pukul 8 lebih macam tu. Yang lain masih lagi membuta. Aku terus bangun dan menuju ke pintu. Belum sempat aku nak turun tangga, jenazah moyang lia masih lagi terbaring dekat ruang tamu. Aku terus patah balik dan duduk dekat atas comforter. Aku pandang lia.

"Lia bangun lia." Kejut aku.

Tak lama tu lia mengeliat dan buka mata.

"Pukul barapa dan anna?"

Aku mengerling jam dekat pengelangan tan.

"Lagi 10 minit nak dekat pukul 9"

"Ha?"

Lia terus bangun dan duduk.

"Diaorang dah pergi kebumi ke?" Tanya lia.

"Belum. Tu ada kat bawah tengah baca yassin. Bila nak kebuminya lia?"

"Mak aku cakap nak tunggu makcik aku yang lagi sorang. Dia duduk jauh"

"Oo yelah. Lia"

Lia memandang ke arah aku.

"Teman aku mandi. Aku segan lah"

Lia tergelak.

"Serius lah? Janna seorang yang penakut ketika ini?"

"Keeepala otak kau. Mesti lah. Aku pun manusia ada jugak perasaan takut. Kau ingat aku ni robot? Tak ada deria rasa?"

Lia terus gelak mengekek-gekek. Bila tengok keadaan lia macam itu, aku pun terus tergelak. Tak lama tu mak lia dari bawah terus naik ke atas.

"Hey! Apa gelak-gelak ni? Orang tengah baca yassin kat bawah tu"

Ketawa aku mati. Sama jugak lia selepas kena bebel dengan mak lia.

"Sorry makcik" Ucap aku.

Lia terus tutup mulut. Tapi aku tahu disebalik tangan dia tu, dia masih lagi gelak. Setan punya lia. Bila mak lia dah berlalu pergi, lia masih lagi dengan sisa ketawa dibibir.

"Anna, tak payah mandi lagi lah. Mandi dekat rumah opah aku je. Lagi pun kita bukan ada bawa baju'

Betul jugak apa yang lia cakapkan.

"Tapi tu lah. Cuma aku sedikit tak selesa lah."

"Tahu. Sabar lah dulu"

Aku hanya menganggukkan kepala. Tak lama selepas itu aku dengan lia dengar bunyi kecoh dekat ruang tamu. Kitaorang hanya menjengukkan kepala. Rupanya makcik lia baru sampai dan menangis-menangis teruk. Aku terus bersandar kat bilik yang bertutup pintu. Lia duduk dekat sebelah aku.

"Anna."

"Hmm"

"Kau nak tahu cerita tak?" Tanya lia.

Aku berpaling sekilas ke arah lia. Dan mengangkat kening.

"Apa dia?"

"Bilik yang kita tengah bersandar sekarang ni, bilik ni puaka tau"

Aku berkerut dahi.

"Maksudnya?"

"Yelah. Bilik ni tak ada siapa yang berani masuk kecuali oyang aku."

"Kejap. Semalam bukan pakcik kau ke yang masuk ambil bantal dan comforter tu?"

"Haah. Bilik ni penuh dengan bantal apa semua tu. Dan pakcik aku tak masuk sampai dalam. Kalau kau perasan, pakcik aku hanya masuk guna satu kaki je. Satu lagi kaki dekat luar pintu"

Aku terus terdiam. Memang aku perasan semalam masa nak ambil bantal, pakcik lia masuk hanya satu kaki. Tapi aku tak tahu pulak sebab apa dan tak ambil port langsung. Rupanya..

"Ni bilik moyang kau ke?"

"Tak lah. Kalau kau perasan, bilik moyang aku dekat bawah."

"Bilik ni?"

Lia tiba-tiba terdiam. Dia berpaling ke arah aku.

"Aku tak pasti lah anna. Mengikut apa yang makcik-makcik pakcik-pakcik aku cakap, bilik ni moyang aku letak saka dia. Kalau siapa-siapa yang masuk susah nak keluar. Pernah terjadi sekali. Masa tu anak makcik aku. Masuk bilik ni nak ambil bantal waktu malam. Hujung-hujung hilang. Puas jugak lah ustaz nak keluarkan. Tapi alhamdulillah lah anak makcik aku tak jadi apa-apa. Cuma emosi dia terganggu selepas kejadian tu. Yang paling pelik, dia jadi macam kau."

"Uish. Serius lah lia.?"

"Yes! Serius. Aku tak tipu kau anna. Sebab tu sampai sekarang, tak ada siapa yang berani nak masuk bilik tu."

Aku hanya menganggukkan kepala. Selepas itu mak lia naik dan menyerahkan selendang untuk aku dan lia.

"Jom lah. Nak pergi kebumi oyang dah."

Aku terus pandang lia. Lia mengerti pandangan aku tu.

"Mak tak ape lah. Kitaorang tak pergi kot. Lagi pun yang lain masih lagi tidur. Takkan nak tinggalkan." Ucap lia

"Tak apa lah kalau macam itu, ni dekat dapur ada sarapan, nanti ajak yang lain makan ye. Mak pergi dulu."

"Okay mak"

Aku hanya menganggukkan kepala dan tersenyum. Lega! Aku berpaling dekat lia.

"Tq lia."

"Sama-sama. Dah jom pergi sarapan"

KISAH SERAM 'GERIK'Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon