BAB 16

846 76 1
                                    

"Anna"

Aku berpaling ke arah lia.

"Apo?" Tanya aku.

"Jom ikut aku"

Aku berkerut dahi.

"Pergi mana?"

"Jom kita kacau yang lain dekat pondok tu nak tak?"

Aku terdiam dan berfikir. Tak lama tu aku menyukir senyuman.

"Macam best je lia. Jom ah" Ucap aku bangun lantas menyimpankan telefon dalam beg.

"Jom-jom." Ajak lia.

"Weh! Buka lah telekung tu dulu. Kang kotor lah."

"Eh tak payah. Aku nak buat macam yang kau buat dulu masa dekat pondok. Tapi duri durian tak ada. Aku pakai bedak sejuk jap." Ucap lia lantas masuk ke dalam bilik dan diikuti oleh aku dari belakang. Nabila yang baca novel terus pandang ke arah aku dengan lia.

Lia mencapai bedak baby dan campur sedikit air kemudian dia sapu-sapu dan tepek dekat muka. Tak lama tu gincu di capai.

"Korang nak buat apa?" Tanya nabila.

"Lia nak mengusik diaorang kat pondok tu" Jawab aku.

"Macam menarik je. Aku nak join boleh?"

"Boleh je."

"Cantik!!"

Aku nabila dengan lia melangkah beriringan dan keluar dari rumah. Kitaorang berjalan perlahan-lahan supaya orang yang ada didalam pondok tu tak dengar. Aku mencuit bahu lia.

"Kenapa?" Tanya lia.

"Pintu pondok tak tutup tu. Diaorang tak perasan ke?"

"Tak! Tak. Kita jalan dekat sini".

Aku dan nabila ikut lia dari belakang. Kitaorang hanya mendiamkan diri. Antara takut dan kelakar untuk kenakan orang. Lama sungguh tak buat benda-benda macam ni. Tak lama kemudian aku lia dan nabila sampai dekat bahagian belakang pondok. Aku berpaling ke kanan. Gelap gelemat. Bulu roma automatik meremang. Tiba-tiba rasa seram.

Suara tv di dalam pondok membuatkan orang yang didalam pondok tu tak tahu kehadiran kitaorang bertiga. Huhu

"Dah sedia?" Tanya lia.

"Dah-dah" jawab nabila.

Aku hanya menganggukkan kepala walau hakikatnya lia tak nampak. Gasak!.

"Jom jalan dekat sebelah sana" arah lia.

Aku dan nabila hanya mengikut tanpa membantah. Tak lama tu.

"Haaaaaaaaa" Jerit lia lantas naik dekat pangkin pondok tu dan berlari masuk dekat dalam pondok. Aku dengan nabila ikut naik ke atas pangkin.

"Oh mak kau!" Sham melantah.

Izuwann reza ijat dan sham terkejut sampai melompat dan menepek kat tepi dinding pondok.

"Haaaaa!! Haaa"

Aku dengan nabila cover gelak dekat sebelah. Oleh kerana dah tak boleh nak tahan, aku dengan nabila terus gelak mengekek-ngekek dan masuk ke dalam pondok.

"Amacam bro bro sekelian? Terkejut ke?" Tanya aku dengan masih ada sisa ketawa. Nabila dah terduduk dekat tepi pintu. Lia pulak guling-guling dah gelak.

KISAH SERAM 'GERIK'Where stories live. Discover now