Episod : Rawatan Tradisional (Sambungan)

13.4K 47 0
                                    

"hahaha.. Aida, Aida.. Kau jangan silap Aida.. Masa kita masuk kealam bunian tak sama dengan masa yang ada di dunia kita.. Walaupun kita pergi hanya tujuh hari di sana, bila kita balik kesini seolah-olah kita hanya pergi selama tujuh minit hahaha.."

"huh.. Pelik ya..kenapa pulak boleh macam tu"

"walaupun ayah din ni bomoh tradisional tapi ayah din tetap ikut perkembangan dunia masa kini.. Kalau kau biasa dengan time paradox macam cerita Narnia atau Interstellar kau akan faham. Ini ada kaitan dengan time relativity. Kau ada tengok cerita Narnia tak Aida..? "

" oh yg kisah kanak-kanak yang masuk ke alam bunian dan tinggal kat sana hingga dewasa tu. Bila dia masuk semula ke dunia kita dorg tetap kembali sebagai kanak-kanak sebab bila kat dunia kita ni hanya baru beberapa minit saja masa berlalu.. "

" ya betul tu Aida.. Jadi kau jangan terkejut bila kita balik nanti kau tengok Sofia masih sedang elok duduk disini sebab bagi dia kita baru pergi tak sampai sepuluh minit! Hahaha.. "

" ayah din saya nak ikut sekali ke alam bunian tu boleh tak? "

" Eh mana boleh.. Nanti kau sesat dalam tu.. Ramai dah orang yg sesat dalam alam tu Sofia.. Ayah din boleh jaga Aida seorang sahaja.. Mungkin lain kali kau boleh ikut ayah Kesana.. "

" oh macam tu ke.. Kalau macam tu tak apalah.. Saya tunggu je kat sini.. Err.. Budak budak ayah tu mana yah? "

" dorg keluar kerja Sofia.. Hehehe.. Kau nak makan kenduri lagi ke Hehehe. "

" hahaha.. Ayah macam faham faham je.. Lapar ni yah.. "

" kau datang time hari  bekerja tak dapek lah den nak nolongnyeh hahaha.. Pandai-pandai lah carik sendiri ya.. Hahaha.."

" ayah ada apa-apa pantang larang tak bila masuk ke alam bunian tu yah?" tanya Aida..

" oh ada.. Kalau kau jumpa manusia lain kau buat tak tahu je.. Dorg semua tengah sesat tu.. Ada yg dah bertahun tahun tak jumpa jalan pulang ke dunia sebab sesat masa hiking, ada yg sesat sebab jatuh gaung, ada yg kena culik sebab cakap besar dalam hutan belantara.. Makan pun jangan sebarang makan.. Kau makan apa yg ayah makan.. Benda yg ayah tak usik tu kau jangan makan.. Kau ingat tu Aida.. Kalau kau degil tak nak dengar cakap ayah Din.. Apa apa jadi kat kau nanti ayah tak tanggung! "

" baiklah ayah Din.. Bila kita nak pergi ni? "

" sekarang kita pergi.. Ikut ayah sekarang.. " Lalu ayah din pun memimpin tangan Aida masuk kedalam bilik lalu mereka berdua berdiri di sebuah cermin besar yg tergantung pada dinding bilik itu..

"kat mana ayah din? Saya ingat ayah din nak bawak saya ke alam bunian. Yg kita masuk bilik berdiri depan cermin ni dah kenapa.. Ayah din nak main dengan saya depan cermin ni ke hahahaha?!!"

"hish kau ni Aida.. Alam bunian ni ada di sebalik cermin sakti ni.. Kejap lagi kita langkah sama-sama. Apa apa jadi dalam tu kau jangan takut. Ayah din ada untuk jaga kau.. Kau ikut je arahan ayah Din kalau kau nak selamat.. Kau buat besar kepala ke apa ayah Din tak tahu ah"

Kemudian ayah din pun membaca beberapa kerat mentera dalam bahasa Melayu kuno.. Lalu tiba-tiba cermin tu bertukar menjadi dinding air yg berombak...

"mari kita masuk sama-sama Aida.. Kau pegang tangan ayah din ni dan jangan lepaskan.. Jangan cakap atau tegur sesiapapun dalam alam tu.. Apa-apa masalah biar ayah din yg uruskan.. Kita masuk sekarang.."

Lalu mereka berdua pun masuk kedalam ombak itu.. Sebaik sahaja melangkah masuk Aida melihat mereka berada didalam sebuah rumah tinggal yg agak menyeramkan...

" pegang tangan ayah din ni Aida.. Jangan takut.. Ikut ayah din sekarang.. Kita terus pergi ke istana maharaja bunian.."

Sebaik keluar dari rumah itu suasana yg ada di luar rumah itu agak suram seolah-olah waktu sedang senja.. Terdapat beberapa orang bunian sedang memerhatikan mereka berdua..

BOHSIA ITU ISTERIKU : AIDAOù les histoires vivent. Découvrez maintenant