Bab 33

13.4K 681 18
                                    

Syafirah POV

"Selamat pagi Puan Bedah!" ucap seisi kelas 4 Nilam.

"Selamat pagi. Kamu boleh duduk. Sebelum kita mulakan pembelajaran kita hari ni, cikgu ada pengumuman sikit" kata Puan Bedah. Aduhh..jangan lah pasal disiplin. Dah hari-hari asyik cakap pasal disiplin murid je. Sama je aku tengok perangai diorang. Tak ubah apa pun.

"Kelas kamu terpilih untuk menyertai Kem Perkhemahan Peringkat Kebangsaan. Dan kem tersebut diadakan pada hujung bulan ni" aku mengukir senyuman. Excited pulak.

"Baiklah, kita mulakan pembelajaran hari ini. Buka muka surat......"

********

Lepas je loceng rehat berbunyi, Syuhada asyik senyum je memanjang. Bila aku tanya dijawabnya........

"Tengok lah nanti" apakah?? Urghh..

Aku perasan yang Syuhada daripada tadi asyik menguis je bihun dihadapannya. Itu tak kesah sangat. Yang aku kesahnya, dia tersenyum-senyum pulak! Ushh seram.

"Syu, kau okey tak ni?" Syuhada mengangkat mukanya melihatku.

"Haa? Okey okey. Hehe" tengok tuh! Serupa orang tak waras dah.

"Cuba kau story mory sikit dengan aku. Apa benda yang buat kau tersengih dari tadi?" ujarku. Soalanku dijawab dengan senyuman.

"Syafiq!" semua mata, termasukku pandang ke arah Aris yang tiba-tiba menjerit nama Syafiq. Senyuman di bibir Syuhada makin melebar.

"Syafiq! Ni apa?" kata Aris sambil menunjukkan kertas setelah berada di hadapan Syafiq. Drama apa pulak ni? Sinetron ke apa?

"Apa apa?" tanya Syafiq kembali dengan tenang.

"Kenapa you tiba-tiba nak putus dengan I?" tanya Aris dengan dramatik. Seriously? Drama queen betul minah ni.

"Kenapa? Tak boleh ke? I dah bosan la dengan you" balas Syafiq dengan selamba. Dasar buaya darat. Bukan setakat buaya je, alligator, dinasour, badak sumbu semua dia la tu.

"Sampai hati you! Apa? I ni tak cukup perfect ke untuk you?" raung Aris yang sudah mengalirkan air mata. Nobody's perfect la oii. Tak belajar ke?

Syafiq terus berlalu tanpa mengendahkan Aris. Mahu tak meraung 'Drama Queen' tu? Tak malu langsung. Dah la satu kantin menonton drama mengejut yang dibintanginya.

"Hahahaha" aku melihat pelik Syuhada yang sedang gelak sakan. Oh, baru aku ingat yang ini rancangan Syuhada untuk Syafiq dan Aris berpisah. Tapi.......kenapa Syuhada gembira gila? Macam baru menang kereta Ferrari.

Aku memegang kepala Syuhada dan membaca ayat-ayat Al-quran. Dengan doa makan sekali aku rembat haa kau! Yelah, mana tahu ada 'benda' masuk me?

Syuhada mengerutkan dahi sambil melihat tanganku yang berada dikepalanya.

"Syaf, are you okay?" tanya Syuhada dengan ragu-ragu.

"Eh? Aku pulak. Kau la. Dok gelak tak ingat dunia. Entah okey ke tak?" kataku dan menurunkan tanganku daripada kepalanya.

"Hishh aku okey la! Kot ye pun, tak payah la sampai baca doa makan. Yang paling tak boleh blahnya, doa ibu bapa pun kau bantai! Hahahaha" aku mencebik. Aku nak tolong je. Huh!

"Dah dah kau tak payah nak merajuk ye mak cik. Kita kena la gembira wuhoo!" aku memandang Syuhada pelik. Dia punya gembira tu.....lain macam? Takkan la..........

******

Syafiq POV

'Mak aihh! Malu la siot! Kena pulak tebalkan muka minta putus dengan Aris depan semua orang. Haishh!' bebel Syafiq di dalam hati.

"Weyh Syafiq!" langkahku terhenti dan berpusing kebelakang.

"Kau nak apa?" tanyaku dingin. Sakit pulak hati aku bila semalam dia buat aku macam tu.

"Aku nak cakap sikit dengan kau. Balik nanti jumpa aku dekat padang sekolah" ish gedik je nak cakap waktu balik.

"Cakap je la sekarang" kataku.

"Kalau boleh memang aku nak cakap sekarang, tapi masalahnya waktu rehat dah nak habis" hek eleh. Macam la banyak sangat benda yang dia nak cakapkan.

"Takde apa nak cakap dah kan?" belum sempat aku hendak berlalu, Danial memanggilku.

"Depan Syafirah aku dengan kau buat macam biasa je. Kau jangan ingat aku tak tahu la plan kau. Tak sangka dowh kau macam tu" Danial berlalu meninggalkanku yang terpinga-pinga. Aku.......tak tahu....

**********

Syafirah POV

"Aku tak sabar nak tengok Aris macam mana dekat dorm tu. Haihh ada drama la kita hari ni" kata Syuhada. Ish! Sumpah pelik kot Syuhada ni.

"Syu, cuba kau cakap dekat aku. Apa yang kau tak puas hati sangat dengan Aris? Or maybe....Syafiq? Ke kau dulu pernah ada boyfriend and perampas boyfriend kau tu muka macam Aris?" tanyaku bertubi-tubi. Soalan terakhir tu serious tak boleh blah. Ini la yang terjadi akibat banyak sangat tengok sinetron.

"Ish kau Syaf! Satu-satu la nak tanya pun. First of all, semua sangkaan kau tu salah. Aku ada sebab aku sendiri and I'm not gonna to tell you" ujar Syuhada. Berahsia pulak mak cik ni.

"Alahai Syu, tak sangka kau pun nak berahsia bagai. Takpe lah kan. Aku ni siapa je kan" aku cuba memancing Syuhada.

"Kau kawan aku dowh! Alaa Syaf, lambat laun kau akan tahu jugak. Cuma buat masa sekarang aku takkan bagitahu" kata Syuhada. Aku senyum segaris. Hai, apa benda la yang dirahsianya.

"Syaf, cuba kau tengok tu" mataku beralih ke arah yang ditunjuk Syuhada. Hmm?

"Pelik bin Weird betul la diorang ni" kataku.

"Pelik dengan weird tu sama je bro" aku tersengih.

"Semalam bukan main gaduhnya. Kalau boleh tengok dengan hujung mata pun tak nak. Sekarang? Balik sama-sama lagi tu?" ujarku melihat Syafiq dan Danial berjalan bersama.

"Biarlah diorang tu. Bagus la diorang dah berbaik" aku menjongket bahu dan berlalu ke dorm kami.

********************************

OMK! Rahsia apa yang disembunyi Syuhada? Besar sangat ke rahsia tu? Man! Excited ni nak tahu. Cehhh~

Danial dengan Syafiq tu pulak? Apahal? Ish ish ish....banyak betul konflik.

Hey guys! Sorry eh bab ni agak pendek and macam takde point je......kan? Urmm

Vote...Comment...

Miss Penyabar Dan Mr PendinginWhere stories live. Discover now