Bab 50

12.8K 542 18
                                    

Syafirah POV

Aku dah cakap, tak payah ikut aku. Diorang degil jugak. Aku nak beli aksesori perempuan untuk dihadiah kepada kak Rasyiqa sempena hari jadi dia. Diorang apa tau? Sibuk je. Bodyguard konon. Puihh.

"Err Syaf? Lama lagi ke?" tanya Danial yang berada diluar kedai bersama Syafiq.

"Laa, baru je masuk. Ni pun baru nak pilih. Kalau awak bosan, awak pergi la jalan-jalan dulu dengan Syafiq. Lifeless je tengok korang ni" kataku.

"Eh takpe-takpe. Saya boleh tunggu selama mana pun awak nak" selagi Sofea tak sampai, ah selagi tu la aku takkan keluar dari kedai ni. Biarlah tuan kedai ni fikir lain ke. Janji aku tak rimas dengan dua mamat tu.

Aku ke bahagian topi. Aku perasan kak Rasyiqa ni jenis yang swag gitu. Suka pakai topi.

Selepas aku selesai memilih topi, aku menjenguk diluar kedai. Tinggal Syafiq seorang je. Main fon tersenyum seorang-seorang pulak tu. Girlfriend baru ke apa?

Danial pergi mana? Ke diorang gaduh tadi? Ada apa-apa yang aku terlepas ke?

Aku ke kaunter untuk membayar barang-barang yang aku telah ambil.

"Syafiq, mana Danial?" tanyaku. Syafiq hanya mengangkat bahu tanpa memandangku. Main fon tak ingat dunia. Pirahh! Inilah budak-budak zaman sekarang.

Aku berlalu dari kedai itu.

"Syaf!" haa panjang umur pendek akal murah rezeki.

"Mana awak pergi tadi?" tanyaku.

"Nah, saya belikan ni untuk awak" ais krim? Mak aihh baskin robin punya ni. Dah berabad aku tak makan ais krim ni.

"Wahh ais krim baskin robin!" aku segera mengambilnya. Excited la katakan.

"Haha tau dah, mesti awak suka" pipiku memerah. Aku ni tak reti cover betul. Tapi...aku dah kenyang sekarang ni. Aduh macam mana sekarang? Kalau aku bagi buang, terasa lah dia. Hmm..

'Haa! I've got an idea'

Jalanku lambatkan supaya Danial berada di depan.

"Syafiq" tegurku sebaik berada disebelah Syafiq. Syafiq memandangku.

"Nah aiskrim. Danial bagi" Syafiq memandang pelik dan mengambilnya teragak-agak.

"Danial? Serious dia bagi?" aku mengangguk.

"Oh okey. Baik pulak dia" kata Syafiq. Geliga tak otak aku? Haha. Aku buat ni pun untuk pulihkan hubungan diorang tau. Tengok, betapa caringnya aku. Err actually aku takde lah caring sebenarnya. Aku sendiri tak tau kenapa aku buat macam ni. Sekali sekala buat baik, apa salahnya.

Beberapa minit kemudia Sofea sampai dan kami menuju ke panggung wayang. Selesai sahaja, kami makan. Lagi. Actually aku dengan Sofea je. Maklumlah, tangki perut kami ni sebesar gajah.

Sejam kemudian kami masing-masing pulang.

******

Aku duduk disebelah abang yang ralit menonton drama bersiri. Sejak bila abang layan drama aku tak tau.

"Syaf, Syaf ada nombor telefon perempuan yang hari tu tak?" aku tersenyum. Amboi, nak ngorat ke bang oii.

"Ada, kenapa? Abang nak masuj line ke? Okey btw nama dia Rasyiqa. Rasanya dia single and available. Dia-"

"Abang nak minta maaf dekat dia je lah. Takdenya abang nak masuk line. Abang memang dah redha pemergiannya, tapi abang masih tak dapat terima pengganti baru ditempatnya" kata abang, mengeluh dihujung kata.

Miss Penyabar Dan Mr PendinginDove le storie prendono vita. Scoprilo ora