BAB 47

2K 93 2
                                    

"Din! Mana kau pergi? Aku mesej kau tak balas. Apatah lagi aku telefon kau. Langsung tak berjawab. Sibuk sangat ke?"

Auni menegur Din kebetulan mereka terserempak di restoran makan. Laju saja kaki Auni melangkah pergi ke arah Din.

Din kelihatan kelam-kabut menyimpan sesuatu di dalam begnya.

"Kau nak apa? Kalau tak kacau aku, tak sah ke?"kata Din. Nadanya seperti marah saja.

"Aku dah tak boleh nak tegur kawan aku sendiri ke?"soal Auni pula. Selamba dia duduk di hadapan Din tanpa kebenaran lelaki itu.

"Bukan tak boleh tapi bukan sekarang. Aku sibuk." Din segera mengemas barang-barangnya dan mahu beredar dari situ.

Auni menjadi pelik dengan kelakuan Din.

Kenapa dengan mamat ni? Apa yang dia sibukkan?

Saat Din mahu beredsr,suara Auni menahannya.

"3h,Din. Kau tertinggal ni." Auni ternampak sekeping gambar yang tercicir ke lantai daripada dalam fail Din.

Auni mengambil gambar tersebut dan melihatnya. Berkerut dahi gadis itu. Adelia?

"Adelia? Mana kau dapat gambar dia ni?"soal Auni.

Jantung Din berdegup pantas. Segera dia merampas gambar tersebut dari tangan Auni lantas beredar dari situ. Kakinya laju melangkah keluar tanpa menoleh ke belakang untuk memandang Auni yang sudah terpinga-pinga.

"Kenapa dengan Din tu? Aku tanya saja. Yang dia gelabah semacam kenapa?"gumam Auni sendirian.

Pelik. Takkanlah Din..

Auni menggelengkan kepalanya.

Tak,tak mungkin. Din bukan orang macam tu. Dia tahu batas dia sebagai orang Islam.

Din,jangan buat hal sudah! Kata hati Auni.


DIN berjalan meluru ke arah kereta dan segera masuk ke dalamnya. Pintu kereta dikunci. Dadanya berombak kerana bernafas dengan agak laju.

Din meraup wajahnya.

Janganlah Auni dapat tahu rancangannya sudah! Habis nanti!

Beg yang berisi barang-barangnya tadi diambil. Tadi,dia mengemas dalam keadaan kelam kabut. Risau sekiranya ada yang tertinggal disana. Naya nanti!

Din memeriksa semula barang-barangnya.

"Tak lawak.. Tak lawak!" Din memeriksa di setiap pelusuk di dalam begnya. Setiap poket yang terdapat pada begnya diperiksa.

"Mana pula perginya? Takkan aku tertinggal?" Berkerut-kerut wajah Din.

Kalau tercicir di restoran tadi,memang tamatlah riwayatnya. Lebih-lebih lagi kalau dapat pada Auni. Habis!

Din mulai resah. Di saat dia sedang sibuk mencari,telefonnya berbunyi. Satu mesej telah sampai kepadanya.

Tengah mencari barang ke tu?
- Auni

Din meneguk air liurnya yang terasa kelat tiba-tiba. Dia menjadi semakin resah apabila melihat gambar yang dihantar oleh Auni.

Sekali lagi,Auni menghantarnya satu mesej.

Bawa-bawa la bertaubat,Din. Aku tahu,kau bukan macam ni. Ingat Allah!
-Auni

"Tak gunalah! Macam manalah aku boleh cuai?"bentak Din. Dia merengus kuat dan cuba untuk menutupi rasa resahnya.

Dahlah aku hanya ada satu saja benda tu. Takkan nak jumpa lagi Pak Mal? Bukannya murah! Din bermonolog di dalam hatinya.

"Tak boleh. Aku kena jumpa Auni juga." Din bergegas keluar daripada keretanya dan pergi semula ke restoran tadi.

Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now