BAB 12

2K 101 6
                                    

"Kau marahkan dia lagi?"

Bahrin memandang Sara yang sedang termenung sambil memalingkan wajahnya. Matanya memandang ke luar tingkap sambil melayan perasaannya yang sedang membara. Jari-jemarinya lincah bermain dengan hujung rambutnya sambil tidak mempedulikan kewujudan Bahrin di sebelahnya.

"Aku baru dapat panggilan telefon dari Din. Evans kemalangan,"kata Bahrin. Dia memandang Sara,mahu melihat reaksi gadis itu. Namun wajah gadis itu tetap beku.

"Kau tak risaukan Evans ke?"

Sara menghela nafas berat. "Kenapa aku perlu rasa risau? Dia dah tak ada kena-mengena dalam hidup aku."

Sara mengeluarkan sebuah bekas cincin dan membukanya. Cincin yang terletak cantik di dalam bekas tersebut dipandang sayu. Kekecewaan di hatinya langsung tidak boleh dibendung lagi.

"Dia tipu aku,Bahrin. Selama ni,aku bertepuk sebelah tangan. Aku jadi buta disebabkan cinta. Aku pekakkan telinga daripada terus dengar kutukan orang. Aku tahu dia buaya darat,tapi aku masih pilih jalan untuk sayangkan dia,"kata Sara. Dia tersenyum dan setitis air matanya menitis.

Kesian Bahrin melihat nasib Sara. Nak kata apa? Benda dah jadi. Lagipun,Sara sendiri yang pilih lelaki tu. Bukannya orang sekeliling dia tak pernah beri nasihat dan cuba halang dia.

"Kalau aku rasa risaukan dia sekarang,apa gunanya? Silap-silap,aku pun tak dilayannya. Patutlah dia macam tak setuju bila aku bagitahu nak kahwin cepat,"kata Sara. Dia mengesat air matanya dan tersenyum.

"Sara,aku tahu kau tengah kecewa dengan dia sekarang. Tapi,kau memang tak nak tengok dia dekat hospital? Keluarga dia ada dekat sana. Boleh kau jumpa keluarga dia sekejap. Sekurang-kurangnya tunjuk muka dekat sana."

Sara menggeleng.

"Tak ada gunanya,Bahrin. Tolonglah bagi aku masa untuk tenangkan hati sekejap. Lagipun,dia bukannya nak jumpa aku. Kalau ada apa-apa,bagitahu aku nanti. Aku nak balik rumah. Tolong hantar aku balik ya?"pinta Sara.

Bahrin mengeluh perlahan.Lantas,dia mengangguk.

"Kalau dia ada sebut nama perempuan tu pu,tolong bagitahu aku."

Bahrin memandang sekilas ke arah Sara di sebelahnya.

"Adelia? Kenapa? Kau bukan nak buat onar kan?"soal Bahrin. Risau juga kalua Sara nak buat onar. Kecoh pula jadinya nanti. Memang cari pasallah jawabnya. Lagi-lagi kalua Faiq tahu. Silap-silap,habis Sara dimarahnya nanti. Faiq punya baran pun boleh tahan.

Memanglah Faiq tu suka mainkan perasaan perempuan dan suka menjadi rebutan di kalangan perempuan,tapi bila dah kecoh .. Siapa saja yang suka? Memang boleh buat Faiq naik hantulah kalua begitu jadinya.

"Aku bukannya gila nak buat onar. Aku cuma teringin nak tahu. Kenapa Evans cakap,perempuan tu penting bagi dia? Dia salah seorang mangsa Evans atau.. Dia kekasih simpanan Evans yang selama aku tak tahu?"ujar Sara.

Bahrin mendiamkan diri. Tak tahulah pula siapa Adelia tu. Cantik ke orangnya? Rasanya,dalam banyak-banyak perempuan yang pernah bercinta dengan Faiq.. Sara adalah perempuan yang paling cantik sekali. Tapi,tak tahulah pula kalau Sara ada saingan lain.

Faiq Evans.. Macam-macam hal kau ni! Dah jemu aku dengar khabar angin kau dengan perempuan!

FAIQ perlahan-lahan membuka matanya. Rasanya dia sudah tidur lama untuk merehatkan dirinya.Matanya terpandang ke arah seorang gadis yang tertidur di atas kerusi yang berada disebelah katilnya. Dahinya berkerut. Adelia? Apa yang dia buat dekat sini?

Saat itu,pintu dikuak dan muncul wajah Din dan Auni. Mereka berdua masuk Bersama-sama ke dalam bilik wad Faiq Bersama bungkusan makanan di tangan mereka.

Faiq Evans [C]Where stories live. Discover now