Bab 48

1.1K 78 31
                                    

Ting! Tong!

Pintu utama Nadia Flowery terbuka dan Amel masuk dengan sengihan yang seperti kerang busuk itu.

Farid, Jamie dan Airul memandang Amel pelik. Pagi lagi sudah datang ke Nadia Flowery. Mimpi di siang hari ke?

"Kau tak kerja ke hari ni Mel?" tegur Farid.

"Baru nak start kerja lah ni?"

"Habis, kenapa pakai macam ni?"

"Laaa, kau nak aku pakai macam mana? Takkan nak pakai kebarung kerja kat kedai bunga."

Farid merenung Amel dengan rasa pelik di fikirannya. Minah ni lupa ingatan ke apa? Memori kedai bunga je ke yang Amel ingat .

"Kau ni amnesia ke Amel? Kau sekarang bukan ke kerja sebagai setiausaha Encik Reyza tu. Bila pula kau kerja kat kedai bunga ni balik? Dah, pergi naik atas office tunang kau. Kita orang banyak kerja dan pagi-pagi tak kuasa nak layan amnesia kau."

"Encik Farid bin Anwar, saya Amel Wardah binti Razali ingin memohon kerja di kedai bunga Nadia Flowery ni semula. Harap Encik Farid boleh terima saya dan saya akan menjalankan tanggungjawab saya dengan cekap dan amanah."

Farid tidak melayan kerenah Amel yang difikirkan Farid hanya bergurau sahaja. Menunduk dia membuat gubahan yang belum selesai lagi. Amel geram melihat Farid yang tidak mengendahkan dirinya.

Amel berdiri rapat di depan Farid. Menggerakkan badannya ke kiri kanan seolah seorang model yang sedang memperagakan fesyen. Rimas pula Farid. Tanganya berhenti dari membuat gubahan itu dan merenung tajam ke arah Amel.

"Kau ni dah kenapa Amel? Lagi tadi dah macam monyet je. Aku nak buat kerja pun tak senang."

"Kau tu tak bagi tahu lagi, terima atau tak aku kerja kat sini? Aku dah resign sebagai setiausaha Encik Reyza serta merta. Kalau kau tak percaya, kau call lah Encik Reyza ."

Jamie dan Airul turut memandang ke arah Amel. Macam tak percaya sahaja Amel sudah berhenti kerja.

"Kenapa kau berhenti kerja? "

"Suka hati aku lah. Lagipun aku dah putus tunang dengan Encik Reyza serta merta juga."

Gedebuk!

Seperti nangka busuk, Farid terkucil dari atas kerusi dan jatuh ke lantai kerana terkejut. Melopong mulutnya memandang Amel. Hendak kata telinga dia tidak korek baru semalam dia korek telinga. Amel , Airul dan Jamie tergelak melihat Farid yang jatuh terduduk itu.

Farid bangun perlahan-lahan sambil mengibas-ngibas punggungnya. Malu pula dia pada Airul dan Jamie. Setakat Amel dia tidak kisah pun.

"Adoiiii Fariddd. Kau terperanjat ke dengar aku putus tunang? "

"Terperanjat lah juga. Apa masalah kau orang berdua ni? Takkan sebab jumpa Encik Reyza dan Camelia semalam, kau terus putus tunang. Amel, kau kena tanya Encik Reyza betul-betul, bukan buat keputusan melulu macam ni. Kau kan cinta sangat dengan Encik Reyza tu setengah mati. Takkan boleh putus pula." Panjang lebar bebelan Farid pada Amel.

"Kau dah habis membebel. Kalau dah habis, biar aku pula yang cakap. Sebenarnya kita orang putus bukan disebabkan Camelia tu. Kita orang memang dah sepakat nak putus tunang."

Airul dan Jamie turut terperanjat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Amel. Airul automatik terbayangkan wajah walidnya yang sudah macam singa. Habislah Amel lepas ini tapi dari pandangannya tentang Amel, kakaknya itu nampak relax sahaja.

*****

Puan Sri Amirah terkejut besar dengan statement putus tunang Reyza dan Amel. Lebih mengejutkan bila nama Camelia disebut oleh Reyza yang dia dan Camelia sudah berbaik semula. Kerana tidak tahan hati dengan penjelasan Reyza itu, Puan Sri Amirah memandu sendiri untuk berjumpa dengan Camelia.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now