Prolog

5.2K 138 177
                                    

Lagu Gadisku yang Cantik

Amel Wardah gadis kampung berusia 21 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Amel Wardah gadis kampung berusia
21 tahun . Masih mempunyai ibu dan ayah. Anak kedua dari tiga orang adik beradik. Mempunyai seorang kakak dan seorang adik lelaki. Ayahnya hanya seorang pesara guru dan ibunya seorang surirumah.

Amel Wardah gadis berperwatakan sederhana. Berkulit kuning langsat . Mempunyai wajah yang lembut .
Sering berangan dan sentiasa bersikap selamba. Merantau ke ibu kota untuk meneruskan kehidupan. Tidak lagi meneruskan pelajaran. Bekerja sebagai gadis penjual bunga di sebuah kedai bunga yang agak terkenal. Nadia Flowery.

Menyimpan perasaan terhadap seorang peguam muda yang sering bermain dalam angan - angannya.

"Tak payahlah kau nak perhatikan sangat pemuda tu. Dia takkan pandang kau pun. Dia tu seorang peguam dan anak orang kaya. Kau tu hanya budak penjual bunga aje," ujar salah seorang pekerja di kedai bunga setiap kali Amel memerhatikan peguam muda itu.

 Kau tu hanya budak penjual bunga aje," ujar salah seorang pekerja di kedai bunga setiap kali Amel memerhatikan peguam muda itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Reyza Rahizad berumur 28 tahun. Seorang peguam muda yang bekerja di syarikat guaman milik ayahnya. Tampan dan bergaya. Bekerja di bangunan yang berhampiran kedai bunga Nadia Flowery.

Mempunyai sebuah keluarga yang mewah. Daddynya Tan Sri Iskandar seorang peguam bersara , manakala mommy nya Puan Sri Amira seorang empunya butik di ibukota itu. Anak pertama dari dua orang adik beradik.

Reyza Rahizad seorang peguam yang tegas dan hormat kepada orangtuanya.
Mempunyai seorang kekasih yang bekerja sebagai engineer di syarikat milik keluarganya.

"Adik bunga ni memang kuat berangan ye? Dari tadi abang panggil tapi adik asyik renung abang aje. Ada yang tak kena ke kat wajah abang ni?" - Reyza Rahizad.

 Ada yang tak kena ke kat wajah abang ni?" - Reyza Rahizad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Camelia seorang gadis yang cukup package. Cantik dan Jelita. Berumur 28 tahun. Engineer di sebuah syarikat milik keluarganya Dato' Aidil. Anak tunggal dan manja dengan keluarganya. Sentiasa mendapat apa sahaja yang dihajatinya. Tidak pernah hidup susah.

Teman wanita kepada Reyza Rahizad. Menjadi kesayangan pemuda itu sejak dari kolej lagi.

"You sayangkan I kan. Kalau U sayangkan I, U batalkan appointment U dengan klien U hari ni. Kalau tak U takkan jumpa I lagi," - Camelia.

**********

Tadaaaa. Terimalah kisah Cinta gadis penjual bunga yang sentiasa berangan untuk dapatkan Cinta seorang peguam muda yang sudah mempunyai kekasih yang disayanginya. Adakah angan2 gadis ini menjadi kenyataan atau hanya tinggal angan2 saja.

Cerita pendek yang boleh dikatakan komedi romantik. Hehe.

Insyaallah akan dipublish secepat mungkin. Tq cover dari  karlis . Tq juga pada semua yang sentiasa support crite sab. Sab doakan semua sentiasa diberkati dn dirahmati Allah selalu. Aminn.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Where stories live. Discover now