Bab 22

1K 73 103
                                    

Dengarlah lagu bintang hatiku...✌❤

"Kenapa awak balik kampung tak beritahu saya ye Amel. Saya cari awak, call awal tak angkat pun. Nasib Farid yang jawab panggilan saya."

Amel terkedu. Membisu seribu bahasa. Takkan Encik Reyza rindu kat aku. Jangan perasan sangatlah Amel. Tak mungkin dia rindu kat kau sedangkan dia tak ada langsung perasaan dekat kau . Mencebik bibir dia sejurus berkata sendiri di dalam hati.

"Saya rindu kat awak Amel." Reyza berkata lagi.

Amel menepuk-nepuk pipinya . Terasa sakit pipinya , maknanya dia tidak bermimpi.

"Awak tidak bermimpi Amel. Saya rasa macam suka  pada awak , Amel." Reyza tersenyum memandang Amel.

Mulut Amel terkunci rapat. Dia terkejut. Tidak tahu untuk berkata apa-apa.

"Err, Encik Reyza bergurau ke?"

"Saya tak bergurau . Saya tak mampu nak tipu diri saya yang saya rindu bila tidak nampak awak. Saya benar-benar rasa sunyi bila awak takde Amel." ujar Reyza lembut.

"Ermm... Encik Reyza..." Bertambah kelu lidah Amel untuk berkata-kata.

Reality atau ini hanya imaginasi dia. Tapi bila dia tepuk pipi tadi memang terasa sakit. Ya Allah! Crush aku akhirnya suka dekat aku.

Amel sempat menelefon Farid mengatakan dia ambil cuti setengah hari. Farid membenarkannya walaupun hati dia mula resah. Betullah apa yang dikatakan Airul, jujur pada hatinya. Kalau tidak dia yang akan kecewa. Rambutnya diserabaikan seperti orang banyak masalah. Masalah cinta .

"Perlukah aku bagi tau Amel yang aku suka kat dia? Kalau dia tak terima macam mana? Malulah aku nanti? Tapi aku kena juga bagi tau dia. Aku tak boleh sembunyikan lagi perasaan aku ni. Kalau dia tolak aku redha ajelah. Cinta tak semestinya memiliki." Berkata Farid sendiri.

************
Selepas makan tengahari, Reyza mengajak Amel ke suatu tempat istimewa. Kata Reyza, Amel adalah orang pertama yang dia bawa ke tempat itu. Berbangga sekejap Amel. Mahu sahaja dia bertanya pasal Camelia,  tetapi fikirkan ini masa untuk dia dan Reyza berdating, dilupakan sahaja pertanyaan itu. Betulkah perkataan dating tu. Laaa, tidak kisahlah asal dia dapat berduaan dengan Encik Reyza.

"Amel, kita dah sampai." Tersentak Amel dari lamunan. Mata Amel terpegun melihat suasana tempat yang dibawa oleh Reyza. Cantiknya! Indahnya ciptaan Allah!.

Amel dan Reyza keluar dari kereta.  Hembusan angin seperti menyambut ketibaan dua  merpati sejoli. Sejoli lah sangat. Terlopong  mulut Amel memerhati keadaan banglo setingkat yang tersergam indah dikelilingi pokok-pokok bunga bermacam jenis dan warna.

"Amel, selamat datang ke Villa Kasih kepunyaan saya. Sebenarnya awak orang pertama yang saya bawa ke sini dan awak juga orang pertama yang tahu pasal villa ini. Keluarga saya pun tidak tahu tentang Villa Kasih ini." jelas Reyza dan dengan tidak disangka-sangka tangan Amel dicapai dan digenggam erat. Terkedu Amel bila jarinya digenggam erat oleh Reyza.  Sooo  Sweet !

"Woi, Amel... haram tu. Kau jangan buat tak senonoh Amel. Aku debik kau karang..." Tiba-tiba suara Farid menerjah ke dalam gegendang telinganya.

Astaghfirullahalazim! Tersedar Amel dari perbuatan yang tidak elok itu.

"Encik Reyza,  Tak elok  kalau orang nampak kita macam ni . Kita bukan muhrim ." Amel segera menarik jari jemarinya dari genggaman Reyza. Hari tu boleh aje Amel. Tapi bagus juga Amel ada kesedaran macam ni. Itupun dari suara Farid .

Reyza meraup wajahnya. Malu mungkin. Muka pun sudah bertukar merah.

"Maaf Amel . Saya tak sedar sebab terlalu gembira bersama awak, " ujarnya lembut.

Cinta Gadis Bunga (Completed)Onde histórias criam vida. Descubra agora