BAB 22

6.5K 526 179
                                    

Erina segera menepis tangan Edrian yang memegang dagunya. Wajah Erina berkerut membalas pandangan tajam Edrian.

"Awak ni dah kenapa? Bukan ke awak kata nak keluar?"

"I lied to lure you out." Edrian menyelak rambutnya kebelakang. "...and I asked you...are you avoiding me?" Soal Edrian kembali.

Erina diam seketika. "Mengarut apa awak ni? Mana ada."

Edrian ketawa sinis. "Really? But I think you did." Lelaki itu bersilang tangan. "You keep avoiding from talking to me and you always lock yourself in your room."

Jantung Erina mula berdegup laju. Dia tak sangka pula Edrian perasan semua itu. Ingatkan lelaki itu tidak ambil peduli langsung.

"Saya cakap tak, tak la." Balas Erina, ringkas. Dia mahu segera lari dari Edrian sekarang. Suasana itu sangat menyesakkan dadanya.

"I see..."

Sebaik saja menuturkan perkataan itu, Edrian dengan pantas mencapai lengan Erina membuatkan gadis itu sangat terkejut. Dia menarik Erina lebih dekat dengannya.

"Edrian!"

Erina menarik tangannya dengan kasar lalu menampar pipi Edrian. Hatinya benar2 sakit dengan sikap Edrian sekarang. Wajahnya merah menahan marah. Dia jijik dengan sentuhan lelaki itu.

Edrian diam seketika selepas ditampar Erina. Kemudian, dia mula ketawa sinis. Semakin lama, semakin kuat. Lalu matanya tajam memandang Erina dengan senyuman sinis.

"See? I really did something wrong to you, right?"

Erina menggenggam tangannya erat. Dia tak dapat menahan amarahnya lagi. Betapa sakitnya hati dia apabila Edrian berlagak seperti dia tak melakukan apa2 dosa.

"So? What if you really did something wrong? You never care anyway, right? All you think about is yourself."

Semakin tajam pandangan mata Edrian. "The heck? What the hell did I do to you?"

Erina memandang ke sisi. Dia mahu menghamburkan segalanya namun dia masih cuba menahan. Apa gunanya kalau dia bagitau Edrian pun. Lelaki itu takkan kisah.

"Awak selalu buat salah, Edrian. Cuma awak rasa benda yang awak buat tu tak salah. Sebab tu awak asyik buat salah yang sama."

Edrian ketawa sinis selepas mendengar kata2 Erina.

"Hey, do you think you're that great? Do you think you're such an angel and you never committed a sin before?" Bidas Edrian, suaranya kedengaran perlahan namun sangat berbisa. "Kau cuma nampak salah aku, tapi kau tak pernah cari salah sendiri."

Semakin panas hati Erina mendengar kata2 Edrian. "Saya memang pernah buat salah, Edrian. Tapi sekurang-kurangnya saya tak buat benda hina yang awak buat!"

Edrian mencengkam pipi Erina membuatkan gadis itu menjerit kecil. "You're really getting on my nerves now."

Edrian menarik wajah gadis itu dekat dengannya lalu dia mencium bibir Erina secara paksa. Erina yang sangat terkejut dengan perbuatan Edrian menolak tubuh lelaki itu sekuat hati. Namun, badan Edrian yang tegap tidak berganjak.

"Edrian!!" Erina cuba menarik bibirnya dari bibir lelaki itu. Dia menumbuk perut Edrian membuatkan lelaki itu mengaduh sakit lalu melepaskan Erina.

Erina segera menjarakkan diri dari Edrian. Dia mengesat bibirnya berkali-kali. Matanya bulat memandang lelaki itu. Kemudian, air mata Erina mengalir membasahi pipinya. Jijik. Bibirnya yang dikucup Edrian itu terasa sangat menjijikkan.

"AKU BENCI KAU EDRIAN!!! JANGAN SAMAKAN AKU DENGAN PEREMPUAN YANG KAU BAWAK BALIK RUMAH HARITU!! AKU TAK NAK KAU SENTUH AKU!!"

Edrian tersentak mendengar kata2 Erina. Perempuan? Bawak balik rumah? Wait, macam mana Erina boleh tahu?

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now