F I N A L E : 🤍💌

701 90 25
                                    

Hari demi hari berlalu, detik demi detik berjalan begitu laju sahaja. Sudah 2 tahun setengah, min yoongi masih lagi menanti dan berharap puteri beradu nya bangkit dari tidur yang indah itu

Hari harinya berlalu bagaikan kemarau yang tiada hujan untuk membasahinya tapi dia setia menanti

Segalanya sudah selesai, yang mana perlu dihukum semuanya sudah dihukum dengan undang undang, hanya dirinya sahaja masih lagi menanti bunganya kembali mekar

" sayang hari ini, hari ulangtahun kelahiran awak, saya harap awak segera pulih dan dapat menemani saya kembali, saya akan sentiasa menanti awak walau apa pun terjadi, semoga awak akan sihat selalu bungaku, awak tak lupa kan segala janji kita? Banyak lagi yang belum kita buat sama sama, awak takkan pernah lupa kan semua janji kita itu? Kan sayang? Awak akan bangun k-kan?.. " tanpa disedari perlahan air mata berjujuran keluar dari matanya" s-saya sayang awak sangat sangat, maafkan saya kalau dulu saya layan awak dengan teruk, kalau boleh diputarkan masa, saya nak kembali ketika pertama kali saya jumpa b-budak hingusan dengan plastik aiskrim ni, saya nak jadi lebih baik untuk awak, bangunlah sayang, saya tunggu awak ni tau " Yoongi mengesat air matanya yang sudah tidak mampu lagi dia tahan

" u-uh saya macam budak kecil kan sekarang? Asyik menangis je erm haha, saya nak keluar sekejap, cuci muka hehe saya taknak awak nampak saya macam ni " satu kucupan diberikan pada dahi y/n sebelum dia melangkah keluar

🧚‍♂️🧚‍♂️🧚‍♂️

" aku sanggup tunggu seok, dia mungkin bukan yang pertama tapi dia lah yang terakhir tiada siapa dapat ganti tempat dia " Yoongi menegup secawan coffee

" takpe aku tahu kau kuat, kau sabar ye? Walau apa pun terjadi, aku akan sentiasa ade untuk kau abaikan apa orang kata, aku tahu kau sayang y/n seorang je " hoseok menepuk nepuk bahu Yoongi. Dialah seorang sahabat yang sentiasa ada untuk Yoongi susah atau senang. Apabila ramai yang menyuruh Yoongi untuk berhenti mengharap, selain keluarga y/n dan ibunya, hoseok juga ada untuk sentiasa menyokongnya

" terima kasih sebab selalu ada untuk aku hurmm"

" encik min? Saya ada sesuatu nak diberitahu" kedua mereka memandang serentak ke arah doktor yang baru sahaja memanggil Yoongi

" ah ye kenapa ye?" Yoongi segera bangun menuju ke arah doktor

" saya ada berita gembira, tahniah encik min atas segala kesabaran dan pengorbanan, pergila ke bilik isteri awak sekarang" doktor itu tersenyum manis, Yoongi dapat merasakan tetapi tidak mahu terlalu berharap

Hoseok segera mengekori belakang Yoongi menuju ke bilik y/n

" kau masuklah aku tunggu luar, ada apa apa panggil aku tau?" hoseok menyuruh Yoongi masuk dahulu tidak mahi menggangu mereka

Perlahan Yoongi melangkah masuk, susuk tubuh isterinya itu kelihatan bergerak, wanita itu jauh termenung ke arah jendela

Yoongi perlahan mendekati wanita itu, sekuat hati dia cuba menahan air matanya daripada jatuh, dia tidak mahu menangis dihadapan wanita yang dia sayang

" s-sayang" Yoongi perlahan duduk ditepi birai katil sambil meraih tangan lembut isterinya. Wanita itu memandang ke arah Yoongi dengan wajah yang berseri, y/n sentiasa cantik, matanya yang cantik yang sentiasa Yoongi rindui

" hmm?" y/n tersenyum pudar, mungkin ingatannya masih samar samar, tetapi dia tidak pernah lupa tentang suaminya yang sentiasa menemaninya dan menunggunya

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 02, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[C✔️]TRASH -MYGWhere stories live. Discover now