EPISOD 17

2.9K 268 220
                                    

13 TAHUN KEMUDIAN...

Kota metropolitan kelihatan sesak dengan deretan kenderaan di atas jalan raya. Sesekali, kedengaran bunyi hon yang saling bersahutan. Menandakan ketidakpuasan sesetengah pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan memberikan kesusahan kepada pengguna lain. 

Secara tidak langsung, kesesakan di jalan raya membuatkan pencemaran udara berlaku. Tidak terkecuali, bangunan pencakar langit yang sedang dibangunkan. Namun, itulah yang menjadi kemegahan ibu kota yang sedang membangun dengan pesat.

Di antara deretan bangunan tersebut, kelihatan sebuah acara perasmian sedang berlangsung di sebuah hotel. Para tetamu yang terdiri dalam kalangan VVIP, kelihatan ralit menjamah makan tengah hari sambil mendengar ucapan daripada seorang tokoh usahawan di atas pentas.

Datuk Sri Lee Abdullah. Sebaris nama itu cukup disegani di dalam dunia perniagaan. Pencapaiannya dalam membanggakan negara sering kali menjadi buah mulut para usahawan.

Malahan, lelaki berumur lingkungan 50 an itu sering dijemput oleh media massa dalam memberikan motivasi berkenaan dunia perniagaan. Namanya juga sering terpampang di dada akhbar dan majalah. Sifatnya yang dermawan juga membuatkan beliau disenangi ramai.

Namun, di sebalik namanya yang dijulang tinggi, nyawanya dan keluarga sering kali menjadi taruhan musuh. Semakin namanya menjadi sebutan ramai, semakin ramai musuh yang menjadikan Datuk Sri Lee Abdullah sebagai target.

Cassandra Lee, anak tunggal si usahawan ternama yang duduk bersama ibunya di barisan hadapan mula berasa bosan. Berkali-kali keluhan meniti di bibir munggilnya. Sesekali, anak matanya memandang beberapa pintu yang berada di dewan hotel. Kelihatan pengawal peribadi ayahnya sudah berjaga di setiap pintu.

"Mummy, what the heck I kena join program daddy hari ni? Dahlah sebab program daddy I kena batalkan photoshoot I!" marah Cassandra. Menyampah betul melihat dirinya sudah dikelilingi dengan golongan VVIP. Cassandra mahu bebas!

"Tak lari ke mana pun photoshoot Sandra tu. Esok boleh pergi. Mummy dengan daddy bawa Sandra sekali pun sebab kita orang risaukan Sandra! Kita orang tak boleh biarkan Sandra pergi tanpa bodyguard daddy.
Tak serik lagi ke dengan apa yang dah jadi minggu lepas?" tegas Datin Sri Zurina. Pusing kepalanya dengan sikap Cassandra yang suka memberontak.

"Minggu lepas tu cerita yang dah lepas. Buat apa mummy nak risau lagi? I dah selamat! Penculik tu pun dah kena tangkap dengan polis. Cuba mummy jangan paranoid sangat!" ujar Cassandra. Suaranya sudah naik seoktaf. Melepaskan rasa tidak puas hatinya.

Cassandra bangun dari duduknya. Clutch berwarna hitam dicapai. Selagi dia ada di dewan, selagi itu kepalanya hampir mahu meletup. Bosan! Program perasmian pembukaan hotel ini benar-benar menghilangkan mood Cassandra.

"I nak pergi toilet," kata Cassandra. Tanpa menunggu kebenaran ibunya, gadis bergaun merah paras lutut itu melangkah keluar dari dewan. Anak matanya dijelingkan ke atas tatkala pintu keluar sudah ditahan oleh Adeline.

"Cik Sandra nak pergi mana?" soal Adeline. Pengawal peribadi Datin Sri Zurina.

"I nak pergi menari tiang dekat luar. You nak join ke? Boleh. Cuma..."

Cassandra jeda.

Dia berpeluk tubuh sambil memandang penampilan Adeline yang formal. Atas bawah. Adeline lengkap berpakaian serba hitam. Hanya kemeja putih yang dipadankan dengan kot hitam saja yang memberikan warna kepada gadis berbangsa cina itu.

"Pakaian you tak sesuai. Sorry eh. You tak boleh join I. Baik you duduk diam dekat sini. Dengar bos you berucap. Hah, lagi bermanfaat tau," kata Cassandra bersama senyuman manis. Bahu Adeline ditepuk bertalu-talu.

AISARA (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now