EPISOD 26

2.6K 225 85
                                    

"WELCOME to our boutique, bride and groom to be. So, bila majlis kau orang berlangsung? Tema dah bincang? Konsep majlis resepsi?"

Inara dan Zulfan hanya tersenyum riang dengan sambutan daripada Munirah. Si perancang perkahwinan kelihatan ramah dan ceria. Baru saja dua pasangan itu melangkah masuk, mereka terus disambut dengan suasana yang meriah.

"Majlisnya ada dalam lima bulan lagi. Semua pasal tema dan konsep, saya serahkan saja dekat bakal isteri saya. Kalau itu yang dia suka, saya setuju saja," ujar Zulfan seraya menarik kerusi buat Inara. Kemudian, Zulfan melabuhkan duduk di sebelah Inara dan bertentangan dengan  si perancang perkahwinan.

Munirah terangguk-angguk. Wajah Zulfan dan Inara dipandang silih berganti. Kelihatan Inara seakan-akan tidak bersetuju dengan cadangan Zulfan yang ingin menyerahkan segalanya kepada dia. Gadis itu sudah tergeleng dan berkerut dahi. Buku yang memaparkan hasil rekaan busana pengantin ditolak ke arah Inara.

"How sweet, handsome and gentleman fiance do you have, doctor Inara. Ini hari bahagia you. Janganlah segan kalau cik abang dah bagi green light untuk you pilih tema," ujar Munirah. Cuba memberikan keselesaan kepada Inara yang kelihatan janggal.

Inara menghela nafas berat. Sebenarnya, Inara keletihan. Dia hanya mahukan rehat setelah melakukan tiga pembedahan. Semalam, rehatnya juga terganggu bila Aisar terlantar di hospital. Inara tidak tega meninggalkan Aisar yang sakit. Masih tersisa rasa takut melihat Aisar yang cedera. Maka, Inara korbankan saja masa rehat walaupun sudah ditegah oleh sahabatnya.

Hari ini, Inara masih tidak boleh berehat sepenuhnya. Keletihannya semakin berada di kemuncak. Inara benar-benar tidak bermaya. Kepalanya seakan-akan berputar dan matanya juga semakin layu. Namun, demi menjaga perasaan Zulfan, Inara gagahkan saja dirinya untuk menguruskan perkahwinan mereka.

"Saya nak konsep..."

Inara kematian kata bila kepalanya sudah tersengguk. Mata sudah terkatup akibat mengantuk. Hanya tangannya saja semakin longlai membelek majalah tersebut.

"Awak okay ke tak ni?"

"Hah. Okay saja. Fan, kita discuss pasal baju dulu eh. Saya tak boleh nak fikir semua dalam satu masa yang samalah," jawab Inara. Mengharapkan Zulfan membatalkan dahulu perbincangan perkahwinan mereka hari ini.

Mendengarkan itu, wajah Zulfan mula menjadi tegang. Bibir diketap menahan geram. Alasan! Semalam, bukannya dia tidak lihat Inara yang kelihatan segar berhadapan dengan Aisar.

Hari ini, mahu berdiskusi tentang perkahwinan mereka saja Inara beralasan letih. Zulfan yang merupakan doktor di bahagian kecemasan juga letih! Silih berganti pesakit dari setiap zon datang. Tetapi, sebaik mungkin Zulfan cuba menggagahkan dirinya demi persiapan perkahwinannya dan Inara.

"Maaf Mun. Kita orang terpaksa batalkan diskusi hari ini. Doktor Inara ni letih sangat sampai tak berdaya. Kami minta diri dulu. Nanti bila situasi mengizinkan, kita orang datang lagi," kata Zulfan. Wajah pura-pura dimaniskan di hadapan Munirah.

"Zul..."

"Jom sayang. Kita balik dulu. Kalau keadaan awak dah penat sangat, susah juga kalau nak berfikir dengan tenang. Tak apa. Kita tundakan dulu," pintas Zulfan. Dari pandangan mata saja dia mengarahkan Inara untuk bangun.

Inara mengeluh berat dengan pandangan sinis Zulfan. Hatinya terjentik rasa bengang. Hanya anggukan saja yang diberikan kepada pemuda berkemeja biru muda itu. Kenapalah Zulfan ini sejenis yang suka membuat sesuatu sesuka hatinya saja? Benar-benar mencabar kesabaran seorang  Nur Inara!

 Kenapalah Zulfan ini sejenis yang suka membuat sesuatu sesuka hatinya saja? Benar-benar mencabar kesabaran seorang  Nur Inara!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AISARA (COMPLETED) ✔Where stories live. Discover now