🥤W🥤

136 44 5
                                    

Maaf lama hilangkan diri, Wauthormelon muncul sekejap ye sebab dah mula busy dengan assignment 😔 btw enjoy your reading😘

🥤🍢🥤🍢🥤

𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚🥤
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 8


Pejam celik pejam celik, sudah menginjak fasa kedua bulan Ramadan dimana rata-rata penduduk Kampung Chiangkerik berebut-rebut untuk mengerjakan ibadah yang cuma ada di bulan ini.

Ada juga diantara mereka sudahpun menyibukkan diri dengan persediaan raya. Dua gadis yang sedang berbual mesra di sebuah warung tidak berpenghuni ini juga tidak terkecuali dalam hal tersebut.

"Dari tadi muka kau nampak bengang je tengok phone, K-onn oi. Pahal ni?"

"Haih, aku tengah geram ni, Ida. Benda yang aku search untuk bawal tutorial, takde pulak. Tapi ini yang naik." telefon berjenama Realme mula bertukar tangan, mahu si Ida melihat dengan jelas.

Tidak sampai beberapa saat, Ida pun menghamburkan tawanya. Cukup geli hati dengan sahabatnya yang baru saja berkenalan dalam setahun dua ini.

Mana tidaknya, screenshot yang tertera di bawahlah punca tawa Ida mula meletus.

"K-onn, cuba bayangkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"K-onn, cuba bayangkan. Kalau kau buat trend ikan bawal tepek atas tudung bawal, FUHHH! Boleh jadi fesyen raya 2021 duh!" riuh Ida memberitahu lalu kembali ketawakan K-onn.

"Kau ni pun agak-agaklah!" bentak K-onn separa geram lantas mencubit manja lengan Ida.

Ketika dua gadis ini bergurau senda sesama sendiri, tiba-tiba mereka didatangi oleh beberapa jejaka di warung itu.

Riak wajah Ida dan K-onn mula berkerut tatkala keliru memandang tangan ketiga-tiga jejaka itu menggenggam beberapa kain rentang yang siap dicetak.

"Eh Tae, buat apa datang ke mari? Pak Dollah tak bukak lagi warung waktu ni." soal Ida kebingungan akan kedatangan mereka bertiga ke warung milik ayah saudaranya.

Mana tidaknya, kehadiran Taufiq, Hairil dan Luqmanul begitu awal untuk membeli juadah berbuka puasa di sini.

"Taulah Ida oii. Aku datang sini dengan dorang ni sebab nak gantung benda alah ni semua. Lagipun, aku dah mintak permission dari Pak Dollah time telefon tadi."

Mendengarkan penerangan daripada Taufiq, Ida pun mengangguk faham lalu membiarkan mereka bertiga melakukan kerja-kerja menggantungkan kain rentang.

Tidak sampai 10 minit, akhirnya semuanya selesai dikerjakan.

"Wow, abang Tae. Banyaknya banner dengan flyer Coway kena tepek kat warung ni. Dah macam ada kempen pilihanraya pulak muehehe." ujar K-onn, sekadar bergurau.

"Hehe ke situ pulak K-onn ni. Yang sebenarnya, abang cuba nak lariskan perniagaan servis Coway kat kawasan kampung Chiangkerik ni.

Harap-harap dengan cara pengiklanan macam nilah, orang kampung bolehlah nak melanggan Coway dari abang." K-onn membalas anggukan setelah diterangkan Taufiq.

"Kalau K-onn nak beli Coway, beli je dari abang. Abang kasi harga mur-mur je kat K-onn." beritahu Taufiq dengan terujanya.

K-onn hanya mampu memberikan senyuman kekok sebagai reaksi. Sambil-sambil dia memikirkan sesuatu.

'Eh, takkanlah abang Tae dah lupa aku ni cousin abang San kot?', getus K-onn dalam hati, sambil menghantar pemergian Taufiq, Hairil dan Luqmanul yang berlalu pergi dari warung Pak Dollah.

🥤🍢🥤🍢🥤

See you soon in next chapter😍

【✔️】𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚 • 𝓚𝓲𝓶 𝓣𝓪𝓮𝓱𝔂𝓾𝓷𝓰Where stories live. Discover now