🥤O🥤

141 42 2
                                    

Annyeong yeoreobun 🦄🍒💜 Wauthormelon singgah sekejap je sini 😉

🥤🍢🥤🍢🥤

𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚🥤
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 7


Setelah membawa keluar penapis air Coway dari rumah Makcik Maimunah, Taufiq mahu memperingatkan sesuatu buat wanita itu.

Sambil-sambil itu, renungan tajam turut dihadiahkan Taufiq pada Hassan yang mengira duit hasil perkhidmatan pemasangan Cuckoo di depan matanya, cuba menunjuk-nunjuk.

"Kalau makcik bertukar fikiran nak pasang balik Coway, bagitau ye? Saya bagi offer kat makcik."

Meskipun kecewa kerana perkhidmatannya tidak lagi berguna di rumah ini, namun Taufiq Hidayat masih lagi berlembut, ingin menyakinkan kembali Makcik Maimunah.

"Tak payahlah, Tae. Lagipun San dah bagi banyak offer pun kat makcik, lagi jimat. Senang hati sikit makcik nak bayar bulan-bulan kat San nanti." terkedunya akan penerangan wanita 50-an itu, membuatkan mekarnya senyuman Hassan setelah dipuji melambung-lambung.

Patutlah begitu mudah sekali Makcik Maimunah mahu menukar jenama penapis air yang lain, pasti Hassan mengumpannya dengan pelbagai servis dan diskaun.

"Makcik kena ingat tau, makcik masih lagi kena bayar caj penalti sebab langgar kontrak." pesannya kali terakhir sebelum mengangkat penapis air bersama Hairil, ingin beredar dari rumah Makcik Maimunah.

"Erm yelah yelah." acuh tak acuh saja wanita itu membalas, berasa cukup dingin buat halwa telinga pemuda itu.

Tanpa lengahkan masa, mereka pun berlalu pergi tanpa menghiraukan Hassan yang kekal melakarkan senyuman sinis.


🥤🥤🥤

Taufiq meramas helaian rambut lebatnya dengan penuh geram lalu menghempas tangannya ke arah stereng.

"Sabar bosskur. Baru satu pelanggan je hilang. Saya pasti pelanggan-pelanggan lain masih setia dengan Coway." pujuk Hairil Idris sebaik-baiknya sambil menepuk-nepuk belakang majikannya.

"Aku bukannya apa, Deqih. Aku cuma takut San tu makin menjadi-jadi je, bawak mulut dia murai dan promote ke sana sini. Habislah side income aku sebagai tukang servis Coway." ujar Taufiq hinggakan suaranya kian mendatar.

Melihatkan keadaan si majikan kelihatan makin kusut, Hairil pun mula memikirkan sesuatu.

"Ha, Saya ada idea bosskur!" suara lantang Hairil mengundang tolehan daripada Taufiq.

"Apa dia, Deqih?" soalnya bernada separa teruja, seperti tertarik mahu mendengar usul Hairil Idris.

"Kalau abang San boleh bawak mulut dia merata tempat sebab nak promosikan Cuckoo kat orang kampung, why not boss pun guna cara yang sama jugak?"

"Tapi aku taklah seramah San, pongpangpongpang ke sana sini. Lagipun, aku ni sibuk dengan business sate."

"Okeylah, kalau macam tu, saya ada cadangan lain. Apa kata boss buat-" lantas Hairil memperlahankan suaranya kepada berbisik, ingin buatkan para pembaca tertanya-tanya (eh ni thaiba).


🥤🍢🥤🍢🥤

Nunite❤️, jangan lupa niat puasa 😉

【✔️】𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚 • 𝓚𝓲𝓶 𝓣𝓪𝓮𝓱𝔂𝓾𝓷𝓰Where stories live. Discover now