🥤Y🥤

164 43 5
                                    

And now we're in last chapter 😔 sayonara yeoreobun~

🥤🍢🥤🍢🥤

𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚🥤
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10 (Finale)

Suasana riuh rendah di kawasan balai raya menjadi hening apabila Zarul Irshad menengking begitu lantang pada khalayak. Tahap senyapnya mengalahkan grup wasap yang dipenuhi kaum CCTV.

"Terima kasih Seokjin sebab tolong jeritkan untuk kita orang." ucap Hamadi Affendi buat sahabatnya, Zarul Irshad sebelum mengatur langkah ke arah Taufiq dan Hassan yang telahpun dikerumuni orang ramai.

Dalam berkira-kira dia mahu mengikuti langkah Hamadi, sempat Harris Solihin membisikkan sesuatu pada Zarul.

"Jangan pergi tadah air paip pulak sebab tekak kering."

Sebagai reaksi, Zarul mengepal tumbukan sambil melemparkan pandangan siap-la-kau-lepas-iftar-ni buatnya.

Berbalik kepada situasi Taufiq dan Hassan, mereka didatangi tiga orang pemuda yang dikenali ramai.

"Abe Seokjin, burger-tar hati saya tengok muka worldwide hensem abang! UWU!"

"Fulamak CEO Sope Lemang Enterprise duhh! Lemang world domination!"

Rata-rata penduduk kampung yang berkunjung ke situ mula bersorak riang. Mana tidaknya, mereka bertiga ini antara pemuda-pemuda yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing, hinggakan produk yang mereka pasarkan dikenali ramai.

"Tae, San. Apa jadi dengan korang ni? Gaduh bagai nak rak ni!" tergeleng-geleng Hamadi memandang mereka berdua sambil bercekak pinggang. Harris dan Zarul turut membuat perbuatan yang sama seperti pemuda berkulit putih pucat itu.

"Ni ha, si Tae ni cari pasal dulu. Seronok-seronok aku tengah promote KuckQoo kat orang kampung, tiba-tiba je serang aku tak tentu pasal ni." adu Hassan diselangi dengusan, kelihatan tidak berpuas hati.

"Hey San-tan, kalau kau tak mulakan dulu, tak ada maknanya aku nak serang kau!" Taufiq kembali bersuara setelah lama mendiamkan diri.

Maka di sini tercetusnya adegan bertikam lidah antara Taufiq dan Hassan yang disaksikan mereka bertiga dan juga penduduk kampung. Hairil dan Luqmanul memaut erat lengan Taufiq agar dia tidak mara menghampiri Hassan.

"EH AKU JUGAK?"

"YELAH, SIAPA LAGI HASSAN BULLEO BULLEO URI JIGEUM BULLEO DALAM KAMPUNG NI?"

Disebabkan telinga-telinga mereka makin berdesing mendengar pertelingkahan, ada baiknya jikalau Harris sendiri masuk campur dalam hal ini.

Namun apakan daya, usahanya untuk menghentikan keadaan genting ini tidak berhasil, bahkan semakin menjadi-jadi.

"Sudah-sudahlah Tae San oii~ tak penat ke gaduh tengah-tengah bulan puasa ni?" pening kepala si Harris untuk cara-cara meleraikan pertelingkahan mereka berdua.

Melihatkan suasana makin tegang, kalini mereka akhirnya keluarkan 'senjata' yang masih ada, iaitu kata-kata pedas daripada...

"Ehem, ehem! Korang ingat gaduh sampai jadi macam ni boleh selesai ke masalah, hah? Cubalah berfikiran matang sikit. Korang nak ke tiap-tiap hari bermasam muka setiap kali jumpa? Mesti tak nak kan?" lidah Taufiq dan Hassan terkelu seribu bahasa lantaran Hamadi melontarkan kata-kata sentap.

"Ingatlah wahai Tae dan San, berdosa besar tau kalau kita memutuskan silaturahim sesama umat Islam. And hati kita takkan tenang kalau benda ni berlarutan, gelisahnya tak habis-habis sampai ke sudahnya, tau? So, why not korang tak berbaik je sekarang ni?"

Kini, pandangan Taufiq dan Hassan mula tertunduk ke bawah, tidak seperti tadi dimana mereka saling bertentang mata ketika bertikam lidah. Ternyatalah mereka berdua ini mula dihimpit perasaan malu untuk mengakui kesalahan masing-masing.

"San, so-sorry weyh se-sebab serang kau tiba-tiba." tergagap-gagap menzahirkan kemaafan buat Hassan.

"Aku pun nak mintak maaf jugak sebab dengkikan kau. Yela, aku dah tau kau orang pertama yang buat servis pemasangan Coway kat kampung, sebab tu aku pergi kursus Cuckoo semata-mata nak bersaing dengan kau."

Mereka saling berpandangan sebelum salah seorang daripada mereka mula bersuara.

"Kita kawan balik ye, San bulleo bulleo uri jigeum bulleo?"

"Tch, kau ni macam tak ada nama lain nak panggil aku kan?"

"Dah tu nama komersial kau kat kampung ni muehehehe."

Maka, perbualan kekok mereka disudahi dengan sebuah dakapan erat.

"AWWW~" rata-rata kampung yang mengelilingi mereka mula rasa terharu.

Adegan berbaik semula ini turut menarik perhatian mereka bertiga, lebih-lebih lagi Hamadi dan Harris.

"Hai~ bila tengok dua ketul ni mengingatkan aku waktu mula-mula kita berbaik dulu, kan Gesdi?" ujar Harris kepada Hamadi disulami dengan kenangan ketika itu.

"Erm, apa-apa jelah Hoseok oi." balas Hamadi secara acuh tak acuh, sambil matanya mula menikam pada jarum jam.

Mata kuyu milik Hamadi mula membeliak tatkala menyedari sekarang hampir masuknya waktu berbuka puasa.

"ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR!"

Akibatnya, kesemua mereka termasuk penduduk kampung mula bertempiaran lari lalu beredar pergi dari balai raya untuk segerakan berbuka puasa di rumah masing-masing.

TAMAT

🥤🍢🥤🍢🥤

Heyyo semua buat remi-remi, terlebih dahulu Wauthormelon ingin ucapkan jutaan terima kasih buat korang semua sebab sudi singgah ke ff hambar ini dan sentiasa menantikan dari awal chapter hinggalah ke penghujung.

Mintak maaflah ye kalau ada serba kekurangan dari segi ayat, lawak (obviously hambar) dan sebagainya.

Apa-apapun Wauthormelon nak maklumkan, yang sebenarnya ff ini bakal menjadi siri terakhir untuk Kampung Boi, jadi lepas ni takde dah siri-siri berikutnya. Tapi jangan risau, Wauthormelon akan buat comeback di siri Kampung Boi yang ke-5, 'Nak Coklat Tak?' cuti nanti untuk melengkapkan keenam-enam siri😆

Wauthormelon akan mengakhiri ucapan di sini dengan Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat menjalani ibadah puasa buat 10 hari terakhir Ramadan kali ini ❤️

Completed on 01.05.21 at 23.40 p.m.

🎉 You've finished reading 【✔️】𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚 • 𝓚𝓲𝓶 𝓣𝓪𝓮𝓱𝔂𝓾𝓷𝓰 🎉
【✔️】𝑨𝒃𝒂𝒏𝒈 𝑪𝒐𝒘𝒂𝒚 • 𝓚𝓲𝓶 𝓣𝓪𝓮𝓱𝔂𝓾𝓷𝓰Where stories live. Discover now