BAB 24

6.5K 535 113
                                    

Malam itu Erina berjalan di sekitar resort seorang diri. Entah kenapa dia perlukan udara malam. Dan dia tak mahu bersama orang lain. Dia mahu berseorangan.

Erina menyusuri jalan berbatu yang dilaluinya petang tadi. Dia berjalan tanpa hala tuju. Jalan itu dikelilingi tiang lampu maka tidaklah terlalu gelap.

Sedang Erina berjalan, tiba2 dia terasa tangannya ditarik dari belakang lalu dia diheret ke dalam kawasan pokok2 di sisi jalan berbatu itu. Kawasan itu agak gelap. Erina cuba meronta tapi tidak berjaya melepaskan diri.

Erina disandarkan pada sebuah pokok. Dan dia dikepung oleh dua tangan sasa di kedua sisinya. Nafas Erina mula tersekat. Jantungnya berdegup laju memandang lelaki di hadapannya sekarang.

"Edrian?! Apa kau buat ni?! Lepas la!" Erina cuba melarikan diri dari kepungan Edrian namun lelaki itu mencengkam tangannya.

Edrian memegang wajah Erina. Erina cuba menepis namun lelaki itu tidak berganjak. Semakin lama, wajah Edrian semakin dekat dengan Erina.

"No!!! Edrian stop!!"

Edrian segera menutup mulut Erina dengan meletakkan bibirnya pada bibir gadis itu. Erina mahu memukul lelaki itu namun seluruh badannya tiba2 terasa lemah. Dia tak mampu nak melawan.

Erina menjerit sekuat hati.

Kemudian, matanya terbuka luas. Siling putih biliknya ditenung. Badannya berpeluh-peluh. Erina segera bangun dari berbaring. Dia memandang sekeliling dalam ketakutan.

Erina berada di biliknya. Dan tiada sesiapa di situ. Hanya dia seorang. Erina mengusap wajahnya berkali-kali. Kemudian, dia memeluk erat tubuhnya.

Ya Allah, mimpi apa tadi? Kenapa...kenapa aku mimpi benda tu? Aku takut. Aku takut sangat.

Erina beristighfar panjang. Dia bangun dari katil menuju ke bilik air. Dia perlu solat. Solat saja yang boleh menenangkannya sekarang.

* * *

"Erina, are you okay?"

Lamunan Erina terhenti lalu dia memandang Blanca dan Nafisa yang kelihatan risau. Mereka berlima sedang bersarapan di restoran mewah resort itu. Theo dan Harris sedang sibuk merancang aktiviti mereka selepas ini.

"Ah, I'm fine. Why?"

"You looks gloomy and always daydreaming this morning. Something's wrong?" Soal Nafisa pula sambil memegang dahi Erina, mungkin gadis itu demam.

"No, no. Nothing's wrong. Hehe."

Ah, teruk betul la aku ni. Banyak kali dah benda macam ni jadi. Tak pasal2 aku selalu buat Blanca dengan Nafisa risau. Aku patut control sikit emosi aku ni.

"Okay, guys! Let's start with bungee jumping, then flying fox and after that rock climbing for this morning." Terang Theo.

"Then we'll play paintball after lunch. Next, hedge maze. Then at 6 pm we'll go to jungle trekking because according to Mr Theo here, there is a place where we can watch beautiful sunset." Sambung Harris pula.

"Err gais, actually..." Nafisa teragak-agak mahu menghabiskan ayatnya. "...I'm afraid of height."

Mereka semua tergamam seketika memandang Nafisa.

"Aww, so you can't play with us. Poor you." Pujuk Blanca sambil mengusap kepala Nafisa membuatkan gadis itu ketawa kecil.

"I can accompany you, Nafisa." Tawar Erina namun Nafisa segera melambaikan tangannya, tanda tidak setuju.

"No, please no. You guys have fun. I'll watch you guys, okay?"

"Hmm, actually I'm not feeling well. I have headache this morning. So maybe I can't join you guys too." Terang Erina. "Nafisa, let's just make a tour around here after this okay."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now