Bab 1

530 1 3
                                    

16 Jun 2022

Family Mart Shah Alam Seksyen 7 | 3.00 petang

Pintu ditolak. Walaupun sepatutnya ditarik. Kaki melangkah masuk ke dalam. Mata mula melilau, mula mejadi rambang mata apabila melihat pelbagai aneka makanan segera.

'Banyak makanan yang ku ingin beli, namun, sedikitnya wang yang ku miliki.' Ujar gadis itu di dalam hati. Kaki terus melangkah ke arah kaunter masakan panas. Kut. Ada oden! Duit pun tak banyak jadi baik beli oden.

Setelah membuat pesanan, gadis itu melangkah ke arah makanan segera sebentar untuk membuang masa. Ya, membuang masa. Duit tak ada. Tengok pun jadilah. Di hujung matanya, terlibat susuk tubuh lelaki dewasa, berketinggian lebih kurang 180 cm. Mungkin. Kacak! Hehe.

"Nampak macam oden tu dah nak siap." Ujar gadis itu perlahan. Kaki terus melangkah ke arah kaunter untuk mengambil pesanan. Tak sabar nak makan oden Family Mart. Tu je yang mampu. Nak buat sendiri tak sedap.

"Eh, tu saya punya. Bukan cik." Kata lelaki tadi dengan wajah yang agak dingin apabila melihat gadis itu mengambil oden tersebut.

'Aku order dulu. Dia pula sibuk nak ambil. Ikut turn la.' Lelaki itu berbisik dalam hati. Tangan bergerak mengambil pesanan tersebut. Namun, gadis itu mengambil terlebih dahulu. Tak tahu malu punya perempuan.

"Saya punya!" Ujar gadis itu sedikit keras. Pekerja-pekerja di situ mula terkebil-kebil. Kenapa pula berebut oden ni? Macamlah tak boleh tunggu order lain.

"Err, cik. Ni encik ni punya. Cik punya tengah otw. Tu. Haa tu. Hehe. Jangan gaduh-gaduh. Malu budak kecil tu tengok." Pekerja di situ mula menenangkan keadaan yang sedikit tegang. Meminta mereka beralah sesama sendiri. Tak nak ganggu pelanggan lain.

"Haih. Okay. Budak. Kau ambil la. Tak menyabar sangat. Kebulur agaknya. Kang tak sempat makan, mati pula." Lelaki itu berkata dengan nada sinis. Kepala digeleng perlahan. Tak faham dengan otak gadis dihadapannya. Apa yang difikir pun tak tau. Ni mesti masa sekolah tak reti beratur kat kantin ni.

Muka gadis itu mula merah. Malu atau marah? Atau? Malu dan marah? Nafas ditarik dan dihela perlahan. Matanya memandang lelaki itu.

"Terima kasih, pak cik. Saya amat menghargainya." Ujar gadis itu dengan senyuman palsu lalu badan ditundukkan sedikit. Sebal. Tapi memang salah sendiri. Tiba-tiba perutnya berbunyi kuat tanda lapar. Terdengar ketawa kecil daripada lelaki itu.

"Ehem. Memang betul lah tu. Kebulur. By the way, saya bukan pak cik awak, budak. Saya tak ada anak buah perangai macam ni." Ujar lelaki itu lalu mengambil pesanannya. "Makanlah. Takut mati pula nanti." Sambung lelaki itu dan terus keluar dari kedai tersebut.

Lelaki itu sempat menoleh kembali melihat si gadis. 'Budak sekarang ni. Kalau adik aku dah lama kena jek atas kepala ni. Harap muka je lawa tapi macam pernah tengok la muka budak ni.' Ujar lelaki itu sambil berjalan ke arah keretanya. Pintu kereta dibuka, tubuh di masukkan ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan. Tiba-tiba telefon pintarnya berdering tanda ada panggilan masuk. Umi.

"Assalamualaikum, Kash. Kash ada mana ni?" Kedengaran suara Umi si ibu kepada lelaki tersebut bertanya.

"Waalaikumussalam. Kash ada kedai. Ada apa Umi? Nak kirim barang ke?" Soal Kash si lelaki itu. Haa dah tau nama. Tak payahlah susah nak taip lelaki tersebut, lelaki itu, si lelaki. Hahaha.

Manakala keadaan si gadis di dalam Family Mart pula begini.

Makin merah wajah si gadis itu. Sempat matanya melilau melihat pelanggan lain. Nampaklah ada seorang budak kecil lingkungan umur 4 tahun sedang melihat adegan tadi. Nampaklah budak tu tengah ketawa. Malu pula rasanya. Cepat-cepat gadis itu keluar. Sempat dikerling kereta Audi CX30 berwarna putih di hadapannya. Wau. Kacaknya kereta ni tapi tak sekacak lelaki tadi. Hikhokhikhok.

Seri Untuk TuanWhere stories live. Discover now