BAB 25

7K 553 208
                                    

"I can't believe you actually succeed in making me walk around this forest to 'get some fresh air'."

Harry tersenyum lebar mendengar sindiran Edrian. Ya, memang dia yang mengheret Edrian keluar dari suite nya. Memandangkan mereka di sini, Harry mahu boss nya itu menghirup udara segar untuk tenangkan fikiran. Kebelakangan ini lelaki itu selalu stress.

Harry tahu Edrian stress kerana Erina lari dari rumah. Sepanjang minggu ini Harry disuruh untuk memerhatikan gerak geri gadis itu untuk memastikan dia selamat.

"It's good for your body, boss. And the sunset just now is beautiful, isn't?" Soal Harry, ceria. Mereka baru saja menyaksikan matahari terbenam dibantu oleh seorang staff dari resort yang sedang berjalan di hadapan mereka sekarang.

"I'm not a kid who gets excited watching something like that." Balas Edrian.

Harry ketawa. Namun, tiba2 tawanya terhenti. Matanya tajam apabila matanya menghala ke suatu arah. Dia terus berhenti berjalan.

"Boss...that's..."

Edrian memandang Harry apabila lelaki itu mahu mengatakan sesuatu. Kemudian, matanya memandang ke arah yang ditunjuk Harry.

Membulat mata Edrian. Erina??

Di hadapan matanya sekarang adalah Erina. Gadis itu berseorangan dan kelihatan panik. Apa dia buat kat dalam hutan ni sorang2?

"Boss, she seems...lost."

Edrian masih berdiri kaku memandang Erina. Melihat boss nya itu tidak memberi respon, Harry menepuk bahu Edrian.

"Boss? Should we help her?"

Edrian tersentak. Dia terus memandang Harry. Patut ke aku tolong? Yela, takkan la aku nak biar dia kat tengah2 hutan ni sorang2 kan. Dah nak malam pulak tu.

Edrian berdehem. "Go." Arahnya, ringkas.

Harry mengangguk faham lalu menyuruh staff itu berhenti seketika. Dia kemudiannya menuju ke arah Erina.

"Erina!"

Erina automatik terkejut apabila ada orang memanggil namanya. Akibat panik, dengan spontan Erina menoleh lalu tangannya dihayun untuk memukul sesiapa saja yang berani mengganggunya di tengah2 hutan ini.

Harry segera mengelak dari ditumbuk Erina. Terkejut dia dengan tindakan gadis itu.

Erina terus terbeliak melihat Harry. "Ha...Harry?!"

Harry ketawa. "Erina, you're so dangerous."

Erina seperti tidak percaya. Di saat dia sedang gelabah memikirkan cara mahu keluar dari situ, Harry muncul di hadapannya. Terima kasih, Ya Allah. Eh, jap. Wait a minute. Kalau Harry ada kat sini, maknanya...

Mata Erina segera memandang ke arah belakang Harry. Kelihatan Edrian sedang berdiri sambil memandang ke arah lain. Tekaannya benar!! Edrian juga berada di sini! Ahh, aku tak nak jumpa dia!! Dah la aku mimpi bukan2 pasal dia malam tadi! Ya Allah, tolong aku!

"Are you lost, Erina?" Soal Harry.

"Err, haah. A..aku tertinggal kat belakang sebab betulkan tali kasut." Balas Erina.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now