BAB 27

6.8K 567 130
                                    

Edrian duduk di kerusi menunggu di luar bilik pembedahan sejak tiga jam yang lalu. Dia tidak berganjak langsung. Bercakap pun tidak. Sesiapa saja yang lalu lalang di hadapannya tidak dihiraukan. Matanya menatap lantai hospital itu.

Harry pula setia berdiri di sisi Edrian, menanti jika Edrian perlukan bantuannya. Manakala selang beberapa kerusi dari Edrian, kelihatan Blanca dan Nafisa saling berpelukan.

Blanca menenangkan Nafisa yang tidak berhenti menangis sejak tadi. Diusapnya belakang gadis itu sambil mengeluarkan kata2 semangat. Namun, hati Blanca juga menangis, dia juga sedih namun dia perlu kuat.

Harris dan Theo pula bersandar di tepi tingkap hospital di hujung koridor. Masing2 diam membisu. Perkara yang telah terjadi benar2 di luar jangkaan mereka.

Siapa sangka, Erina telah ditembak oleh seseorang pagi tadi. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Apabila mereka menoleh, dilihatnya Erina sudah rebah dengan darah mengalir dari dada, sangat dekat dengan jantungnya. Mereka segera menelefon ambulans dan Erina digegaskan ke hospital.

Persoalannya, siapa yang menembak Erina? Apa motifnya? Adakah Erina mempunyai musuh? Soalan itu masih berlegar-legar dalam kepala mereka.

"Why?"

Harris menoleh memandang Theo di sebelah apabila kedengaran suara lelaki itu. Wajah Theo kelihatan sangat keruh, seolah-olah lelaki itu tidak boleh menerima hakikat.

"Why did all of this happened to Erina? Who the f*** dare to do this to her?! I'll kill them for sure."

Harris mendekati Theo apabila dilihatnya lelaki itu mula mengamuk. "Weh, Theo. Sabar. Jangan ikut perasaan. Pembedahan Erina pun masih belum selesai. Tak perlu keruhkan keadaan. Kita tunggu dulu keputusan doktor."

Tiba2, kelihatan seorang doktor wanita keluar dari bilik pembedahan membuatkan mereka semua segera berdiri. Masing2 berdebar menanti keputusan pembedahan Erina.

"Who is her family?" Soal doktor wanita itu.

"Me. I'm her family."

Terkejut besar Blanca, Nafisa dan Harris apabila mendengar kata2 Edrian. Mereka pelik mengapa lelaki yang baru mereka kenali itu mengaku dirinya sebagai keluarga Erina. Ada sesuatu yang tak kena namun tiada seorang pun bersuara.

Theo memandang Edrian dengan wajah marah. Dia menggenggam penumbuknya erat. Shit, I am right all this time! Edrian dengan Erina memang ada hubungan. Tetapi sejauh mana hubungan mereka?

"Sir, luckily the surgery went well. The bullet didn't hit her heart, but it still dangerously close. We have removed the bullet and it'll take 8 to 10 days for her to recover fully." Terang doktor wanita itu.

Edrian terasa jantungnya bagai mahu pecah. Betapa bersyukurnya dia mendengar kata2 doktor itu. Edrian tak dapat bayangkan apa yang akan dia buat kalau terjadi apa2 kepada Erina. Bagaimana dia mahu terangkan kepada Ayah Daud dan Dato' Syukri nanti.

"Thank you so much, doctor." Ucap Edrian, seikhlas hatinya.

"The patient will be moved to the ward later. So, you can visit her. But only one person at a time." Terang Doktor wanita itu.

"Okay, doc."

Doktor itu tersenyum manis lalu melangkah pergi meninggalkan mereka semua.

Automatik Edrian terduduk di kerusi menunggu. Dia mengusap wajahnya berulang kali. Dadanya benar2 sakit tadi memikirkan nasib Erina. Entah kenapa dia sangat takut apa2 terjadi pada gadis itu.

Dia takkan maafkan sesiapa saja yang berani melakukan semua ini kepada Erina. Edrian akan cari orang itu sehingga ke lubang cacing.

"Harry."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now