𝟎 𝟐 | 𝐒𝐁𝐒

1.1K 45 4
                                    


𝐍 𝐎 𝐀 𝐇 𝐃 𝐘 𝐀

"HOI! Tadi kau kata nak story tup tup kau dah balik? Sembang kari punya kawan!!" Aadya hanya tersengih kambing melihat wajah marah Althea. Sekarang, mereka sedang membuat video call memandangkan cerita yang ingin diceritakan oleh Aadya pagi tadi tidak kesampaian.

"Chill ah. Aku janji, esok aku cerita kat korang." Aadya meminta maaf. Nathalia pula hanya diam mendengar pertelingkahan di antara dua manusia itu.

"Kalau kau kari lagi, memang aku campak kau ke dalam lautan pasifik!!" Althea menjeling tajam wajah Aadya melalui panggilan video itu.

"Uih, dalam tuih." Sesekali, Nathalia menyampuk. Entah apa yang ingin dia borakkan memandangkan dia hanya menjadi CCTV buat pasangan anjing dan kucing itu.

"Ha, ye ye! Sumpah aku tak kari. Bye lah korang. Aku hung up dulu." Aadya menghadiahkan dua orang sahabatnya itu sebuah senyuman comel serta lambaian sebelum mematikan panggilan video itu.

HONKKK !!

"Allahuakhbar!!"

Terkejut beruk Aadya dibuatnya apabila ada kereta lain menekan hon kepadanya. Dengan perasaan penuh geram, dia menoleh ke arah belakang sebelum keluar dari perut kereta miliknya.

"Kurang asam punya manusia!" Aadya bercekak pinggang. Kereta berjenama di hadapannya itu dipandang geram. Kakinya laju mengatur langkah mendekati kereta Porsche itu sebelum dia menendang kuat bahagian hadapan kereta itu.

Untung betul hari ini dia mengenakan kasut tumit tinggi. Tak sia-sia kakinya menanggung sakit akibat memakai kasut tersebut.

"Hoi!!"

Marah pemilik kereta Porsche itu apabila kereta kesayangannya dilakukan sedemikian rupa. Laju sahaja kepalanya mengjenguk keluar cermin tingkap kereta sebelum menengking kuat Aadya. Kereta aku mahal lah gila!

"Kau dah kenapa huh?!"

"Padan muka! Itulah padahnya bila bawak kereta tak reti pakai otak! Kalau saya ada sakit jantung tadi macam mana?!" Aadya tidak mahu kalah juga. Ditengkingnya kembali gerangan tersebut.

Apabila dilihat kembali, tiada lansung salahnya di situ. Dia dah parkir kereta betul-betul bukan kat tempat laluan kereta lalu. Apa pasal pula dia kena hon jugak ni?

"Lain kali parkir lah kereta kau tu dekat sini lagi! Baik aku rempuh je kereta cap ayam kau ni!" Geram jejaka itu membalas. Makin panas pula Aadya dibuatnya. Dia kata baby aku ni cap ayam?

Tanpa banyak bunyi, Aadya segera menapak mendekati jejaka tersebut. Ceh, kemain betul bawak kereta pakai cermin mata hitam. Sekarang ni tengah hujan lah bang! Memang ada pantulan sianaran matahari pun!

"Patutlah hon orang sesuka hati mak nenek awak je, tak pandai rupanya." Ejek Aadya sinis. Orang bodoh je yang pakai cermin mata hitam waktu hujan-hujan ni!

"Girl, are you serious? You just blocked my way and said to me that I'm stupid? Huh!" Jejaka itu tersenyum sinis. Dari segi penglihatannya, jelas lagikan bersuluh yang gadis di hadapannya ini salah.

Sudahlah menghalang laluan orang! Sedap mulut mak nenek dia aje mengata orang tak pandai.

"Saya dah parkir kat tepi ni kan? Yang awak nak lalu sini jugak kenapa? Sengaja je kan?" Marah Aadya lagi. Dia pasti laluan ini tidak digunakan sesiapa memandangkan ramai sahaja kereta berhenti di laluan ini.

OG | Suamiku Budak Sekolah ?!Where stories live. Discover now